Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British

    Ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British

    By Umi FatehahDecember 23, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ekonomi tradisional masyarakat Melayu sebelum campur tangan British. - GAMBAR HIASAN MUHAMMAD IQBAL ROSLI

    PENJAJAHAN British di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light mula menakluki Pulau Pinang. Penjajahan British telah meninggalkan kesan yang mendalam dari sudut politik, sosial dan terutamanya ekonomi buat Tanah Melayu.

    Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan di Tanah Melayu telah mempunyai sistem ekonomi tersendiri. Sistem itu terbahagi kepada dua iaitu ekonomi sara diri dan komersial. 

    Apa itu ekonomi sara diri?

    Ekonomi sara diri merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan bagi kegunaan diri sendiri dan keluarga tanpa ada lebihan atau stok. Antara kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan masyarakat terdahulu ialah pertanian, perikanan, perlombongan dan penternakan.

    Sejarah mendapati hampir keseluruhan masyarakat tempatan menceburi bidang pertanian. Kebanyakan daripada mereka menanam sayur-sayuran, ubi keledek, padi, buah-buahan dan lain-lain tanaman lagi. 

    Tanaman utama yang ditanam mereka ialah padi bukit dan padi sawah. Negeri yang banyak menanam padi ialah Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Sabah dan Sarawak.

    Kegiatan tanaman padi di Kedah dan Perlis yang giat telah mendorong kepada ekonomi yang lebih komersial. 

    Disebabkan ketika itu masih belum ada kemajuan teknologi, mereka hanya menggunakan peralatan pertanian tradisional seperti tajak, bajak dan cangkul. Kebiasaannya, hasil tanaman itu cukup-cukup makan sahaja bagi mengisi perut keluarga masing-masing.

    Perikanan

    Masyarakat juga menjalankan kegiatan perikanan demi kelangsungan kehidupan. Kegiatan perikanan ini dilakukan di tepi laut, tasik, kolam dan sawah. Pada ketika itu, masih belum ada teknologi atau peralatan canggih diciptakan bagi memudahkan urusan menangkap ikan. Mereka hanya menggunakan peralatan seperti bubu, jala, pukat, serkap dan lukah.

    Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan laut, ia akan diproses menjadi ikan kering, keropok, belacan, sos bilis dan lain-lain.

    Perlombongan

    Masyarakat terdahulu menjalankan industri perlombangan secara kecil-kecilan. Mereka melombong bijih timah, emas, perak dan lain-lain lagi. Namun, pada peringkat awal kegiatan ini dijalankan, setiap hasil perlombongan dimiliki oleh pembesar dan raja.

    Dalam masa yang sama, ada juga beberapa pembesar Melayu menjalankan kegiatan perlombongan secara komersial. 

    Ia bermula apabila pembesar-pembesar itu mengusahakan kegiatan ini bersama tauke Cina. Sebagai contoh, Ngah Ibrahim di Larut menjalankan kerjasama dengan kongsi gelap Hai San.

    Sistem barter

    Sebelum sistem mata wang diperkenalkan, masyarakat terdahulu menjalankan perniagaan dengan menggunakan sistem barter. Sistem ini merupakan urusan menukar barang antara satu sama lain dengan syarat, kedua-dua pihak perlu ada persetujuan dan wujud keperluan serentak. 

    Pembeli dan penjual mendapatkan keperluan secara langsung dan dapat memenuhi keperluan dengan segera. Barangan-barangan yang ditukarkan meliputi semua sumber seperti beras, makanan laut, hasil tanaman dan lain-lain.

    Kraf tangan

    Selain itu, masyarakat tempatan juga mengamalkan sistem ekonomi pertukangan. Lazimnya, masyarakat yang terlibat dalam industri kraf tangan mempunyai kemahiran seperti pertukangan kayu, logam, mencipta pelbagai jenis peralatan, senjata tradisional serta membuat perahu. 

    Kegiatan-kegiatan lain selalunya diceburi oleh kaum wanita seperti menenun kain dan menyulam seperti yang terdapat di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Mereka menghasilkan kain pua dan songket. 

    Oleh sebab sistem mata wang belum diwujudkan, mereka menggunakan sistem barter iaitu sistem pertukaran barang sebagai urusan jual beli. Maka, sekiranya mereka tidak menggunakan hasil kraftangan ini untuk diri sendiri, ia ditukarkan dengan barangan lain.

    Mencari hasil hutan

    Mencari hasil hutan juga merupakan kegiatan ekonomi sara diri sekiranya masyarakat tempatan tidak terlibat dengan sistem ekonomi sara diri yang lain. Antara hasil hutan yang dicari ialah rotan, nipah, getah perca, damar, buah kabung, daun palas dan lain-lain lagi. 

    Penduduk di Sarawak pula mencari sarang burung dan kayu di gua-gua kawasan pedalaman. Ada juga yang mencari akar kayu dan herba. Walau bagaimanapun, kegiatan ini bukan merupakan kegiatan utama kerana ia hanya kegiatan sampingan sekiranya ada masa terluang.

    Penternakan

    Ternakan dijalankan secara kecil-kecilan di samping pertanian. Haiwan-haiwan yang diternak adalah seperti lembu, kerbau, ayam, itik dan lain-lain. 

    Penternakan dijalankan sebagai sumber makanan dan juga untuk membantu membajak sawah, menarik kereta lembu dan lain-lain pekerjaan. 

    Memburu binatang

    Kegiatan memburu binatang juga dijalankan bagi mencari sumber makanan. Antara binatang yang diburu ialah pelanduk, kancil, rusa, landak dan ayam hutan. Peralatan yang digunakan untuk memburu ialah tali, jerat dan perangkap. 

    Kegiatan ini banyak diamalkan oleh masyarakat negeri Pahang. Kegiatan ini dijalankan menggunakan kaedah meramu iaitu mencari dan menangkap. 

    Binatang yang diburu akan dijadikan makanan. Sekiranya wujud lebihan, ia akan ditukarkan dengan barangan lain melalui sistem barter.

    Dengan ini, kita dapat simpulkan bahawa sistem ekonomi masyarakat tempatan pada peringkat awal dijalankan secara sara diri dan separa sara diri. 

    Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi mula berubah dengan kemasukan kuasa British kerana hasil-hasil ekonomi dan keuntungan ekonomi telah dibolot oleh mereka sehingga menyebabkan sultan-sultan Melayu dan pembesar-pembesar tempatan mula hilang kuasa. 

    Keadaan ini mula membawa kepada rasa tidak puas hati dan mula membawa penentangan terhadap British dan ia akhirnya menjadi sebab kemunculan nasionalisme. – RELEVAN

    ekonomi featured pendidikan pertanian sejarah
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.