Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    By Umi FatehahFebruary 6, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    BELAKANGAN ini, harga emas dilaporkan meningkat sehingga hampir RM700 segram, antara paras tertinggi pernah direkodkan sejarah logam berharga itu.

    Lonjakan itu berlaku ketika kos sara hidup masih tinggi sekali gus memberi kesan berbeza kepada pasangan muda yang bakal berkahwin dan individu yang sudah lama menyimpan emas.

    Kenaikan harga emas menimbulkan persoalan sama ada ini masa paling sesuai untuk membeli atau perlu menunggu harga turun?

    Apa faktor naik turun harga emas?

    Pakar kewangan, Afyan Mat Rawi berkata, kenaikan harga emas ketika ini lebih banyak dipacu faktor global berbanding faktor domestik.

    “Kenaikan harga emas hari ini lebih banyak dipacu oleh ketidaktentuan ekonomi dunia. Apabila ekonomi tidak stabil, pelabur akan lari kepada aset selamat. Emas ialah aset selamat yang paling lama wujud dalam sejarah manusia.

    “Bank pusat banyak negara juga sedang meningkatkan simpanan emas mereka. Apabila permintaan meningkat dan bekalan terhad, harga akan naik. Faktor domestik seperti nilai ringgit hanya mempengaruhi kadar kenaikan dalam Ringgit Malaysia, bukan punca utama,” katanya.

    Beliau menjelaskan tiada siapa mampu meramal dengan tepat pergerakan harga emas, namun trend jangka sederhana masih menunjukkan kecenderungan menaik.

    Katanya, selagi inflasi wujud, ketegangan geopolitik berlaku dan hutang negara-negara besar meningkat, emas akan terus mendapat permintaan. Harga mungkin turun untuk sementara tetapi trend jangka panjang masih menunjukkan kenaikan.

    “Dalam hampir semua krisis besar dunia seperti Krisis Kewangan Asia 1998, Krisis Subprima 2008 dan pandemik COVID-19 pada 2020, emas menunjukkan corak sama apabila pelabur beralih kepada aset selamat.

    “Modal bergerak keluar daripada aset berisiko dan masuk ke aset selamat seperti emas. Sebab itu emas sering dipanggil crisis hedge atau safe haven,” katanya.

    Adat atau kelangsungan hidup?

    Dalam konteks perkahwinan pula, Afyan menegaskan pasangan tidak seharusnya mengambil hutang semata-mata untuk membeli emas.

    “Saya tidak akan sarankan sama sekali untuk berhutang hanya semata-mata nak kahwin atau beli emas perkahwinan.

    “Emas perkahwinan adalah simbol dan adat. Hutang pula komitmen jangka panjang. Tidak logik memulakan alam perkahwinan dengan tekanan hutang yang tidak perlu. Nilai perkahwinan tidak diukur melalui berat emas,” katanya.

    Beliau menyarankan pasangan berbincang secara jujur dan menetapkan bajet berdasarkan kemampuan sebenar.

    Katanya, adat itu penting tetapi kelangsungan hidup jauh lebih penting.

    Nasihatnya, beli sedikit demi sedikit. Fokus kepada berat emas, bukan harga semata-mata. Jangan mudah terpengaruh dan terkejar-kejar beli kerana ikut trend. Jika mahu beli, pastikan guna duit lebihan simpanan dan untuk jangka panjang.

    Bagaimana nasib pasangan muda bakal berkahwin?

    Sementara itu, pasangan muda, Meor Zarif Hilman, 25, berkata kenaikan harga emas tidak memberi kesan besar kerana beliau dan pasangan telah membuat perancangan lebih awal.

    Menurutnya, pembelian emas untuk majlis merisik, pertunangan dan nikah termasuk seutas gelang emas sebagai mas kahwin sudah dirancang.

    “Kami sudah tetapkan bajet sendiri dan mahu elakkan campur tangan ahli keluarga dalam pembelian emas.

    “Buat masa ini tiada perancangan untuk mengubah jumlah emas yang mahu dibeli. Tekanan antara kami juga tiada,” katanya.

    Tambahnya, keluarga menasihatkan supaya menunggu masa sesuai sebelum membuat pembelian besar namun pada masa sama melihat emas sebagai aset untuk masa depan.

    Bagaimana nasib pasangan muda bakal berkahwin? – GAMBAR HIASAN UTUSAN

    Berbeza pula dengan seorang lagi bakal pengantin yang mahu dikenali sebagai Aiman, 24, yang mengakui kenaikan harga emas memberi kesan langsung kepada perancangannya.

    Beliau kini berdepan dilema sama ada perlu menunggu harga turun atau membeli segera kerana bimbang harga akan terus meningkat.

    “Kami memang keliru. Kalau tunggu, takut harga naik lagi. Kalau beli sekarang, rasa macam beli pada harga terlalu tinggi.

    “Selepas membuat kira-kira semula bajet keseluruhan majlis, pembelian emas mungkin terpaksa dihadkan kepada berat paling minimum bagi mengelakkan perbelanjaan melampaui kemampuan,” katanya.

    Beliau mengakui keputusan itu menimbulkan rasa ralat kerana rekaan lebih ringan bukan pilihan idaman pasangan selain kebimbangan dari segi ketahanan jangka panjang.

    Tambahnya, terdapat juga perbincangan mengenai berat emas tertentu yang diharapkan oleh keluarga, sekali gus menambah tekanan kepada pihak lelaki.

    “Rasa sedih juga sebab cincin atau gelang yang lebih ringan mungkin tak sekuat atau tak seperti yang diimpikan. Tapi nak buat macam mana, kena ikut kemampuan.

    “Ada juga keluarga yang menetapkan berat tertentu. Itu yang jadi lebih membebankan sebab kita bukan nak berkira tapi realiti harga sekarang memang tinggi,” katanya.

    Tuah pengumpul emas

    Dalam masa sama, kenaikan harga emas memberi kelebihan kepada penyimpan sedia ada.

    Bagi Muhammad Iqkfan, 27, lonjakan harga ketika ini dilihat menguntungkan kerana beliau membeli emas ketika harganya jauh lebih rendah.

    Beliau mula membeli emas fizikal pada 2023 ketika harga sekitar RM270 bagi satu gram. Pada harga semasa yang melebihi RM700 segram, nilainya meningkat dengan ketara.

    “Setakat ini pulangan memang besar. Sebab itu saya simpan untuk jangka panjang.”

    Bagaimanapun, Afyan mengingatkan bahawa emas bukan instrumen tanpa risiko. Walaupun sejarah menunjukkan trend kenaikan dalam jangka panjang, harga emas tetap mengalami turun naik dan perubahan pasaran.

    Dalam keadaan harga berada pada paras tinggi, keputusan membeli atau menjual akhirnya bergantung kepada kemampuan, matlamat dan perancangan jangka panjang masing-masing. – RELEVAN

    Previous ArticlePunca bateri telefon sentiasa habis
    Next Article SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.