Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 9, 2026Updated:February 9, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli. GAMBAR IHSAN SMT SE

    GURAUAN yang dianggap remeh kadangkala meninggalkan kesan mendalam kepada emosi seseorang individu. Menyedari hakikat itu, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menganjurkan program “Gully: Gurau atau Bully?” menerusi See Media Through: Special Edition (SMT SE) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang.

    Program yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan oleh pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM).

    Fokus fahami batas gurauan dan buli

    Bertemakan isu buli, program ini menekankan pemahaman terhadap perbezaan antara gurauan dan perlakuan buli yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar sekolah.

    Pelaksanaan program ini diperkukuhkan melalui kolaborasi strategik bersama Persatuan Alumni MRSM (ANSARA) Kuantan, ANSARA Pusat serta Muafakat MRSM Kuantan. Kerjasama ini menandakan komitmen bersama dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan berempati.

    Pendekatan pendidikan sejajar realiti remaja

    SMT SE dilaksanakan di bawah kursus Undang-undang Media, Peraturan dan Etika dengan misinya untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai padah buli terhadap kesejahteraan emosi dan pencapaian akademik. Program ini juga bertujuan memupuk nilai empati, rasa hormat dan tanggungjawab sosial dalam interaksi harian pelajar.

    Menurut Penasihat Program SMT SE, Dr. Mohd Yusof Zulkefli, pendekatan pendidikan mengenai isu buli perlu disesuaikan dengan realiti generasi muda masa kini dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional.

    “Pendidikan mengenai isu buli perlu disampaikan dengan cara yang dekat dengan kehidupan pelajar supaya mesej dapat difahami secara mendalam dan diterima dengan penuh empati,” ulasnya.

    Tambah beliau, program seperti SMT SE bukan sahaja berfungsi sebagai platform kesedaran, malah berperanan penting dalam membentuk sahsiah, empati dan kepekaan sosial dalam kalangan pelajar serta mahasiswa.

    Aktiviti interaktif tarik penglibatan peserta

    Sementara itu, Penolong Pengarah Program, Muhammad Harith Danish Mohd Khalid berkata, penganjuran program ini dirangka bagi membantu pelajar memahami situasi yang dianggap sebagai gurauan boleh memberi kesan negatif sekiranya dilakukan tanpa batas dan sensitiviti terhadap perasaan orang lain.

    “Pendekatan komunikasi kreatif serta aktiviti interaktif digunakan bagi memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami dengan lebih berkesan oleh pelajar sekolah,” jelasnya.

    Sepanjang program berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti interaktif yang memberi ruang untuk refleksi kendiri serta pemahaman menyeluruh mengenai isu buli dalam konteks kehidupan seharian.

    Maklum balas positif peserta

    Wakil peserta yang dinobatkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik, Darwish Nur Aiman bin Norfadzli Shah, menyifatkan program tersebut sebagai penuh manfaat dan menarik.

    “Jika diberi penilaian daripada skala satu hingga 10, saya memberi markah 10 kerana semua aktiviti yang dijalankan sangat menarik, daripada sesi ice breaking sehinggalah aktiviti berkumpulan,” ujarnya. -RELEVAN

    Previous ArticleBakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    Next Article Jangan simpan ini dalam kereta!

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.