Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 20, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais. GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI beranggapan menyimpan makanan di dalam peti ais merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kualiti. Sebenarnya ada makanan yang lebih sesuai dibiarkan pada suhu persekitaran. Menurut laporan Reader’s Digest berikut ialah makanan yang akan baik dan sepatutnya dikekalkan pada suhu persekitaran.

    1. Tembikai yang belum dipotong

    Satu kajian dari U.S Department of Agriculture (USDA) mendapati tembikai yang disimpan pada suhu bilik menghasilkan dua kali ganda antioksidan berbanding buah sama yang disimpan dalam peti ais. 

    Suhu sejuk boleh menghalang pembentukan “beta-carotene” (warna asli pada tumbuhan) yang baik untuk kesihatan kulit dan mata. Bagaimanapun, tembikai yang sudah dipotong perlu disejukkan untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

    1. Daun basil atau selasih

    Tumbuhan ini mudah bertukar warna gelap jika disimpan di bawah suhu 40 darjah Fahrenheit. Cara terbaik adalah dengan meletakkannya di tempat bersuhu bilik atau rendamkannya di dalam pasu, sama seperti cara penjagaan pokok bunga.

    1. Kentang

    Suhu sejuk boleh menukar kanji dalam kentang kepada gula sehingga menyebabkan teksturnya berpasir dan rasa sedikit manis. Oleh itu, tip mudah untuk menyimpan kentang adalah dengan meletakkannya di tempat teduh. Ini kerana cahaya matahari boleh mengakibatkan kentang rasa pahit dan bertukar warna kehijauan.

    1. Timun

    Timun yang disimpan dalam peti ais menjadikannya lebih berair dan berlubang. Hal ini demikian kerana suhu sejuk boleh merosakkan strukturnya yang menyebabkan tekstur timun lebih lembik.

    1. Bawang

    Bawang memerlukan pengudaraan yang baik. Selain itu, elakkan menyimpan berhampiran dengan kentang kerana gas dan kelembapan dari bawang boleh merosakkan kentang dalam tempoh singkat.

    1. Tomato

    Udara dingin mengganggu proses semula jadi tomato. Oleh sebab itu, simpan tomato di ruang bersuhu bilik demi mengekalkan kesegarannya.

    1. Kopi

    Kelembapan dalam peti ais boleh merosakkan biji atau serbuk kopi dan menghilangkan rasa aslinya. Penyelesaiannya – simpan kopi dalam bekas kedap udara di ruang bersuhu semula jadi.

    1. Sos pedas

    Kebanyakan sos berperisa pedas mengandungi cuka dan bahan pengawet. Oleh demikian, elakkan menyimpannya dalam peti ais kerana berpotensi mengurangkan rasa pedas.

    1. Madu

    Madu akan mengeras sekiranya diletakkan dalam peti ais. Simpan di tempat bersuhu persekitaran adalah yang terbaik untuk mengekalkan tekstur dan kualitinya.

    1. Kacang

    Kacang tidak memerlukan suhu yang sejuk kerana kandungan kelembapannya agak rendah. Ia selamat disimpan pada suhu bilik sehingga tiga bulan dalam bekas kedap udara. 

    1. Avokado

    Avokado perlu disimpan pada suhu bilik agar ia bertambah ranum. Simpan peti ais hanya membuatkannya lebih kering dan pahit.

    1. Buah berbiji besar

    Buah dengan biji besar seperti aprikot, pic dan plum memerlukan suhu semula jadi demi mengekalkan rasa manis.

    1. Minyak Zaitun

    Simpan minyak zaitun di ruang bersuhu biasa. Jika disimpan di dalam peti ais, teksturnya akan mengeras seperti mentega. -RELEVAN

    Previous Article10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Next Article Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.