Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 cara majikan tingkatkan motivasi pekerja menurut Teori Herzberg

    7 cara majikan tingkatkan motivasi pekerja menurut Teori Herzberg

    By January 29, 2024Updated:January 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEKERJA lebih bermotivasi apabila rasa dihargai dan diberi ganjaran sewajarnya. - Gambar hiasan/Tirachardz/ Freepik

    SEBELUM ini, Relevan telah kongsikan mengenai Teori Dua Faktor Herzberg : Motivasi-Kebersihan (hygiene) yang sangat penting untuk kepuasan pekerja dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bekerja.

    Pekerja adalah aset syarikat dan pihak majikan wajar memandang serius tentang perkara ini supaya kedua-duanya dalam situasi menang-menang. Jika pekerja gembira dengan pekerjaan mereka, maka produktiviti meningkat dan syarikat semakin berkembang maju.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh cara untuk mengaplikasikan teori Herzberg agar pekerja lebih bermotivasi dan gembira seperti berikut: 

    1. Dasar syarikat dan pentadbiran

    Dasar organisasi boleh menjadi sumber kekecewaan yang besar bagi pekerja jika dasar itu tidak jelas atau tidak perlu dan tidak adil. Oleh itu, sebagai majikan anda boleh mengurangkan rasa tidak puas hati dengan memastikan dasar itu adil dan digunakan secara sama rata kepada semua pekerja.

    1. Gaji

    Gaji adalah pendorong kepada pekerja dan mereka mahu dibayar secara adil. Jika pekerja percaya mereka tidak diberi pampasan yang baik, mereka akan berasa tidak senang bekerja untuk syarikat itu. Maka pastikan anda memberi gaji yang setimpal dengan kerja keras mereka. 

    Syarikat juga perlu mempunyai polisi yang jelas berkaitan dengan gaji, kenaikan gaji dan bonus.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Teori Dua Faktor Herzberg: Pekerja lebih bermotivasi dan gembira

    1. Persekitaran positif tempat kerja

    Persekitaran tempat kerja yang baik dengan dikelilingi manusia yang positif dan disokong oleh kemudahan untuk pekerja melakukan pekerjaan sangat penting kepada mereka untuk melakukan pekerjaan dengan penuh motivasi.

    Tempat kerja yang cantik dan kemas membuatkan mereka bangga berada di situ. Sediakan kerusi dan meja yang selesa untuk mereka bekerja. Ruang yang selesa juga akan membuatkan pekerja bekerja tanpa rasa terganggu.

    1. Pencapaian

     Sebagai pekerja, pastinya ingin melakukan pekerjaan itu dengan sehabis baik. Untuk itu, pastikan penyelia telah meletakkan mereka dalam jawatan yang sesuai dengan bakat dan kebolehan mereka. Tetapkan matlamat dan piawaian yang jelas dan boleh dicapai untuk setiap jawatan serta pastikan pekerja mengetahui matlamat dan piawaian tersebut.

    Pekerja juga harus menerima maklum balas tentang prestasi mereka dan perlu merasakan mereka dicabar secukupnya dalam pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, jangan pula terlalu membebankan mereka dengan cabaran yang terlalu sukar atau mustahil kerana ia boleh melumpuhkan prestasi mereka.

    1. Pengiktirafan

    Pekerja di semua peringkat organisasi ingin diiktiraf atas pencapaian mereka di tempat kerja. Jika anda melihat pekerja melakukan sesuatu dengan baik, luangkan masa untuk mengiktiraf kerja baik mereka dengan segera dan berikan ganjaran sewajarnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Buang rasa malas dengan 8 teknik popular Jepun, produktiviti meningkat

    Ucapkan terima kasih atau tuliskan nota pujian. Majikan juga boleh memberi mereka bonus atau penganugerahan seperti Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan.

    1. Tanggungjawab

    Pekerja akan lebih bermotivasi untuk melakukan kerja mereka dengan baik jika mereka mempunyai pemilikan terhadap kerja mereka. Pekerja perlu diberikan kebebasan dan kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas mereka supaya mereka merasakan mereka “memiliki” hasilnya.

    Apabila individu matang dalam pekerjaan mereka, sediakan peluang untuk tanggungjawab tambahan, tetapi jangan sampai membebankan mereka.

    Sebaliknya, cari cara untuk menambah kerja yang mencabar dan bermakna, mungkin memberi pekerja kebebasan dan kuasa yang lebih besar juga.

    1. Kemajuan

    Beri ganjaran di atas kesetiaan dan prestasi. Jika majikan tidak mempunyai jawatan terbuka untuk menaikkan pangkat pekerja itu, cuba pertimbangkan untuk memberinya gelaran baharu yang mencerminkan tahap kerja yang telah dicapainya.

    Majikan juga boleh menyokong perkembangan pekerja dengan memberikan mereka peluang melanjutkan pengajian yang akan menjadikan mereka lebih berharga.

    – RELEVAN

    featured gembira kerja motivasi pekerja
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.