Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2024: Bina sekolah baharu, perkasa pelajar miskin dan OKU

    Belanjawan 2024: Bina sekolah baharu, perkasa pelajar miskin dan OKU

    By Umi FatehahOctober 13, 2023Updated:October 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEKTOR pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua. - GAMBAR HIASAN AMIN AZMAN.

    PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan penanda aras untuk Malaysia berada di kedudukan ke-25 dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Antara kriteria yang mengukur HDI termasuklah tahap pendidikan dan kesihatan rakyat sesebuah negara.

    Justeru itu, bagi Belanjawan 2024, sektor pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua. Kementerian Pendidikan khususnya akan menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun lepas.

    Berikut merupakan 10 perkara berkaitan pendidikan peringkat arus perdana yang melibatkan pelajar sekolah, guru dan ibu bapa.

    1. Peruntukan untuk KEMAS

    Perdana menteri menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak akan terus diberi perhatian. Bagi tahun hadapan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerima peruntukan sebanyak RM586 juta.

    Sebanyak 10 buah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (Taska) baharu dengan kos RM31 juta akan dibina. Antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor.

    Sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas.

    Tahun hadapan juga, 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan akan dibina melibatkan kos RM82 juta. Ini termasuk pembinaan bangunan prasekolah di:

    • Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Simunjan, Sarawak
    • Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, Pahang
    • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chabau, Melaka

    Penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran akan terus diperkasakan sejak awal usia. Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta dengan sasaran untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026.

    1. Menaik taraf sekolah

    RM1.9 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara. Ini termasuk RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

    Sebanyak RM1 bilion pula diagihkan untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah tamil dan cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

    1. Pembinaan sekolah

    Sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah 2.5 bilion ringgit. Antara sekolah yang akan dibina ialah:

    • SMK Laya-laya, Tuaran Sabah
    • SMK Baie, Bintulu, Sarawak
    • SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang
    • SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak
    • SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan
    1. Peluasan syarat permohonan biasiswa 

    Mulai tahun hadapan, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini. 

    Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 lagi pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk memohon BKP.

    1. Bantuan untuk anak-anak daripada keluarga miskin

    Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini. 

    Menjadikan keseluruhannya, seramai 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.

    1. Pemerkasaan STEM

    Kementerian Pendidikan telah merekodkan penurunan penyertaan murid menengah atas dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada 40.94 peratus pada 2022 berbanding 45.2 peratus pada 2017.

    Bagi memperkasa STEM, sebuah Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

    Kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM. 

    Wakil industri juga akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar dan membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid mempelajari STEM.

    1. Sokongan murid berkeperluan khas

    18 blok baharu pendidikan khas akan dibina dengan kos RM180 juta. Ini antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis. 

    RM30 juta juga disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.

    1. Bantuan secara holistik akibat penutupan sekolah 

    Malaysia merekodkan penutupan sekolah tertinggi berbanding negara serantau ketika pandemik Covid-19. 

    Rentetan itu, ada sebilangan murid yang masih tercicir dan memerlukan bimbingan lanjut. Untuk itu, RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid yang terkesan.

    1. Pelaksanaan Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara

    Bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang sedang dirangka turut mengambil kira cadangan dan kekhuatiran ibu bapa, warga pendidik dan industri, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara. – RELEVAN

    bantuan Belanjawan 2024 featured ibu bapa oku pendidikan sekolah
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.