Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

    Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 27, 2025Updated:October 28, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makanan yang beri tenaga seharian. GAMBAR HIASAN CANVA

    PELARI maraton memerlukan tenaga yang tinggi untuk menempuh jarak larian yang jauh. Oleh itu, pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat penting bagi membekalkan tenaga dan mengekalkan ketahanan tubuh sepanjang perlumbaan.

    Pelan makanan berasaskan cita rasa rakyat Malaysia seperti nasi goreng atau roti bakar juga boleh menjadi pilihan terbaik, asalkan makanan yang diambil mengikut keseimbangan diet yang betul.

    Pakar Dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari menggalakkan pelari maraton memilih makanan tinggi karbohidrat, sederhana protein dan rendah lemak bagi mengekalkan tenaga sepanjang aktiviti yang memerlukan pergerakan berterusan itu.

    Berikut contoh menu harian yang boleh dijadikan panduan kepada atlet atau peserta maraton.

    Sarapan

    • Satu pinggan nasi goreng cina
    • Segelas Teh O ais bergula

    Sarapan tinggi karbohidrat membantu membekalkan tenaga. Pilih nasi goreng kurang berminyak dan elak lauk bergoreng berlebihan. Teh O ais boleh diambil dengan sedikit gula untuk kekal bertenaga pada awal pagi. Hidangan ini sesuai dinikmati seawal pukul lapan pagi bagi memastikan tubuh badan mendapat tenaga mencukupi sebelum mula berlari jarak jauh.

    Snek pagi

    • Dua buah pisang
    • Yogurt rendah lemak (berperisa)

    Pisang membekalkan tenaga semula jadi untuk otot, manakala yogurt rendah lemak memberi tambahan protein bagi mengurangkan rasa lapar. Snek ringan disyorkan untuk diambil pada pukul 10 pagi bagi mengekalkan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.

    Makan tengah hari

    • Nasi ayam
    • Segelas jus buah-buahan

    Kombinasi nasi dan ayam memberikan karbohidrat serta protein sederhana untuk tenaga tahan lama. Jus buah boleh membantu ganti cecair dan garam mineral yang hilang semasa berlari. Hidangan ini sesuai dinikmati pada pukul satu petang sebagai makan tengah hari yang mengenyangkan.

    Minum petang

    • Tiga keping roti bakar kaya atau jem / kuih tempatan
    • Segelas air coklat

    Ramai tidak tahu, minum petang mampu mengekalkan tenaga menjelang waktu malam. Pilih roti bakar atau kuih yang kurang manis. Air coklat pula boleh membantu memulihkan tenaga setelah berlari untuk tempoh yang panjang. Snek ini sesuai diambil pada pukul empat petang bagi mengelakkan rasa letih atau lapar sebelum makan malam.

    Makan malam

    • Semangkuk sup mi
    • Air kosong atau air pilihan tanpa gula

    Sup mi mengandungi karbohidrat dan sedikit protein boleh memulihkan tenaga dalam tubuh. Elakkan kuah terlalu berminyak atau pedas. Hidangan ini sesuai dinikmati pada pukul lapan malam.

    Snek sebelum tidur

    • Dua keping roti ban berperisa

    Bagi individu yang masih lapar sebelum tidur, snek ringan seperti roti ban membantu menstabilkan gula dalam darah dan elak rasa letih ketika bangun pagi.

    Nasihat pakar dietetik

    Nurul ‘Aqilah turut menasihatkan agar pelan pemakanan ini disesuaikan mengikut pilihan dan keperluan individu. Beliau juga mengingatkan supaya elakkan pengambilan sayur dan buah yang masih mentah serta makanan berminyak atau pedas.

    Katanya, hidangan yang diambil seeloknya mengandungi karbohidrat tinggi, protein sederhana dan rendah lemak bagi memastikan tubuh badan kekal bertenaga.

    Bagaimanapun, Nurul ‘Aqilah mengingatkan orang awam supaya tidak mengamalkan pelan pemakanan pelari maraton ini setiap hari kerana kandungan gulanya agak tinggi. -RELEVAN

    Previous Article4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia
    Next Article Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.