Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

    Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

    By Umi FatehahDecember 1, 2023Updated:December 1, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun. - GAMBAR HIASAN ONLINE MARKETING/UNSPLASH

    RAMAI yang memandang ringan terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan. Lagipun, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. 

    Ini menyebabkan sebilangan orang bertangguh-tangguh untuk membuat pemeriksaan, malah ada yang mengelak terus.

    Mungkin tak ramai tapi pasti ada yang fikir, kalau ada penyakit pun lebih tak tahu daripada tahu. Maka, pemeriksaan kesihatan dianggap sesuatu yang membuang masa dan wang.

    Sebenarnya, pemikiran sebegini akan memudaratkan kesihatan untuk jangka masa yang panjang. 

    Bukankah lebih bagus sekiranya kita tahu masalah kesihatan pada peringkat awal dan dapatkan rawatan sebelum keadaan beransur teruk? 

    Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di IMU Healthcare, Dr. Muralitharan Ganesalingam berkata, matlamat ujian saringan adalah untuk mengesan perubahan dalam badan sebelum ia menjadi tidak terurus. 

    Jelasnya, dengan cara ini, anda berpeluang mengubah suai gaya hidup dan mengelak daripada mempunyai penyakit tertentu.

    Langkah pertama untuk pemeriksaan kesihatan

    Menurut Muralithan, badan kita melalui proses penuaan semula jadi dan kita perlu meletakkan matlamat untuk menua secara sihat. 

    Secara amnya, wanita berumur antara 19 hingga 24 tahun dianggap berada di kemuncak kesihatan paras optimum.

    “Bermula usia 25 tahun, lemak mula terkumpul terutamanya di pinggul, paha dan perut. Jisim otot pun semakin merosot. Dari umur 35 tahun, jisim tulang berkurangan pada kadar 0.5 hingga 1 peratus setahun.

    “Semua itu adalah perubahan semula jadi walaupun setiap orang ada perbezaannya. Oleh itu, seeloknya pemeriksaan tahunan dilakukan sejurus mencapai usia dewasa dan dua kali setahun selepas berumur 45 tahun,” nasihatnya.

    Ujian apakah yang perlu diutamakan?

    Statistik penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi telah meningkat selama bertahun-tahun. Oleh itu, beliau mencadangkan pemeriksaan kesihatan tahunan untuk semua orang dewasa yang sihat harus bermula dengan:

    • Ujian tekanan darah 

    Ujian ini dilakukan untuk memeriksa hipertensi. Penyakit yang dikenali sebagai pembunuh senyap ini berkembang tanpa gejala yang ketara dan menjejaskan tiga daripada 10 rakyat Malaysia, iaitu kira-kira 6.4 juta orang serta meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

    • Kiraan darah

    Ujian kiraan darah diambil untuk mengesan penyakit seperti anemia. Secara purata, anemia menjejaskan tiga daripada 10 orang wanita berumur 15 hingga 49 tahun. Anemia juga boleh menyebabkan komplikasi semasa hamil seperti keguguran dan kelahiran pramatang.

    • Ujian glukosa darah

      Ujian glukosa darah perlu dilakukan untuk memeriksa sama ada anda mempunyai diabetes atau tidak. Kira-kira satu daripada lima orang dewasa iaitu bersamaan dengan 3.9 juta orang dewasa menghidap diabetes.
    • Indeks Jisim Badan (BMI)

      Ujian ini perlu dilakukan untuk memantau kenaikan berat badan dan membantu mencegah obesiti. Statistik kebangsaan menunjukkan bahawa satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Manakala seorang daripada dua orang mempunyai obesiti perut.
    • Ujian lipid

      Doktor mengesyorkan untuk melakukan ujian ini bagi memeriksa peningkatan paras kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Sekitar empat daripada 10 rakyat Malaysia, iaitu kira-kira 8 juta orang mengalami tahap kolesterol yang tinggi.

      Wanita lebih berkemungkinan mempunyai tahap lebih tinggi berbanding lelaki. Walaupun begitu, seorang daripada empat orang tidak menyedari yang mereka mempunyai kolesterol tinggi.
    • Fungsi buah pinggang dan profil hati

      Pentingnya untuk melakukan ujian ini kerana penyakit buah pinggang kronik menjejaskan seorang daripada tujuh orang rakyat Malaysia dan diabetes merupakan faktor risiko yang ketara.

    Selain ujian yang disebutkan di atas, Muralithan turut mengesyorkan pemeriksaan mata tahunan, ujian pendengaran dan pemeriksaan pergigian. – RELEVAN

    buah pinggang darah diabetes featured kesihatan pemeriksaan kesihatan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.