Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

    Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

    By Umi FatehahSeptember 23, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    KADAR inflasi meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks yang direkodkan adalah 134.9 berbanding 133.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong kenaikan dalam hampir semua komponen yang diukur dalam bakul keperluan pengguna.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Ogos 2025, disebabkan kenaikan komponen insurans dan perkhidmatan kewangan iaitu 5.6 peratus berbanding 5.5 peratus pada Julai 2025.

    “Pertumbuhan ini turut dipengaruhi oleh penjagaan peribadi, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 4.0 peratus (Julai 2025: 3.9 peratus), perkhidmatan restoran dan penginapan pada 3.5 peratus (Julai 2025: 3.1 peratus) serta pendidikan pada 2.4 peratus (Julai 2025: 2.2 peratus).

    “Ia juga melibatkan kenaikan makanan dan minuman sebanyak 2.0 peratus (Julai 2025: 1.9 peratus), rekreasi, sukan dan kebudayaan sebanyak 0.9 peratus (Julai 2025: 0.8 peratus) serta perabot, peralatan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah pada 0.2 peratus (Julai 2025: 0.1 peratus),” kata DOSM dalam satu kenyataan.

    Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada jumlah wajaran CPI meningkat 2.0 peratus pada Ogos berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

    DOSM memaklumkan inflasi makanan di luar rumah kekal pada 4.3 peratus berbanding bulan sebelumnya manakala makanan di rumah mencatatkan penurunan kepada -0.1 peratus pada Ogos daripada -0.3 peratus pada Julai.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata 59.7 peratus barangan (342 daripada 573) dalam bakul CPI mencatatkan kenaikan harga. 

    Daripada jumlah itu, 332 barangan atau 97.1 peratus mencatatkan kenaikan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 10 barangan mencatatkan kenaikan lebih 10 peratus pada Ogos 2025.

    “Baki 185 barangan (32.3 peratus) menunjukkan penurunan, manakala 46 barangan kekal tidak berubah,” katanya.

    DOSM turut memaklumkan bahawa inflasi bagi petrol tanpa plumbum RON97 dan diesel kekal negatif pada Ogos berbanding Julai iaitu -9.2 peratus daripada -7.8 peratus dan -5.7 peratus daripada -7.1 peratus.

    “Purata harga petrol RON97 pada Ogos 2025 ialah RM3.15 seliter berbanding RM3.47 seliter pada Ogos 2024 (Julai 2025: RM3.20). Sementara itu, purata harga diesel di Semenanjung Malaysia ialah RM2.90 seliter berbanding RM3.27 seliter pada Ogos 2024 (Julai 2025: RM2.89).

    “Bagaimanapun, purata harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,” katanya.

    Di peringkat negeri, Mohd Uzir berkata 10 negeri mencatatkan kadar inflasi di bawah paras nasional 1.3 peratus, dengan Kelantan merekodkan kadar terendah iaitu 0.1 peratus pada Ogos.

    Namun, empat negeri mencatatkan kadar inflasi melebihi paras nasional, iaitu Johor pada 2.0 peratus, diikuti Selangor (1.5 peratus), Terengganu (1.5 peratus) dan Negeri Sembilan (1.4 peratus). – RELEVAN

    Previous ArticleGuna telefon terlalu lama di tandas meningkatkan risiko buasir
    Next Article Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.