Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teori Dua Faktor Herzberg: Pekerja lebih bermotivasi dan gembira

    Teori Dua Faktor Herzberg: Pekerja lebih bermotivasi dan gembira

    By January 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEORI Dua Faktor Herzberg mendapati kepuasan pekerja bergantung kepada dua faktor iaitu motivasi dan 'kebersihan'.- Gambar hiasan/Tirachardz/Freepik

    PEKERJA yang berpuas hati cenderung untuk menjadi lebih produktif, kreatif dan komited kepada majikan mereka. Perkara ini dijelaskan dalam Teori Dua Faktor Herzberg : Motivasi-Kebersihan (hygiene).

    Menurut teori daripada Frederick Herzberg itu, kepuasan pekerja mempunyai dua dimensi: ‘kebersihan’ dan motivasi.

    Faktor kebersihan meliputi keperluan ekstrinsik seperti gred gaji, penyeliaan, dasar tempat kerja, persekitaran dan hubungan dengan rakan sekerja.

    Untuk faktor motivasi pula meliputi keperluan intrinsik seperti pencapaian, pengiktirafan, dan kemajuan.  Motivasi membolehkan pekerja berpuas hati dalam pekerjaan mereka dan menggalakkan pertumbuhan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 petanda sudah capai perkembangan kerjaya

    Teori Herzberg

    Pada penghujung 1950-an, Frederick Herzberg yang dianggap oleh ramai orang sebagai perintis dalam teori motivasi telah menemu bual sekumpulan pekerja untuk mengetahui apa yang membuatkan mereka berpuas hati dan tidak berpuas hati di tempat kerja. 

    Dia bertanya kepada pekerja dengan menggunakan dua set soalan:

    Fikirkan masa ketika anda berasa sangat baik tentang pekerjaan anda. Kenapa anda rasa begitu?

    Fikirkan masa ketika anda berasa sangat teruk tentang pekerjaan anda. Kenapa anda rasa begitu?

    Hasil daripada temu bual itu, Herzberg terus mengembangkan teorinya bahawa terdapat dua dimensi kepada kepuasan kerja: motivasi dan ‘kebersihan’.

    Teori Herzberg berkaitan dengan Maslow

    Ramai yang biasa dengar tentang Hierarki Keperluan Abraham Maslow yang menggariskan keperluan asas, psikologi dan pemenuhan diri manusia. 

    Teorinya meneroka keperluan yang ada pada manusia, terutamanya perkembangan dan hubungan dengan orang lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 kesilapan tukar kerjaya yang perlu dielakkan

    Herzberg menjalankan pengkajian pada masa yang sama dengan Maslow dan membina teorinya untuk menangani motivasi di tempat kerja. 

    Herzberg memberi tumpuan kepada sikap pekerja dan kepuasan kerja. Jika mana-mana faktor ini kurang atau tiada, seseorang pekerja berkemungkinan besar tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka.

    Pekerja yang secara konsisten memfailkan aduan selalunya mempunyai satu atau lebih keperluan mereka yang tidak dipenuhi. Contohnya, tidak berpuas hati dengan dasar tempat kerja yang lemah, pengurusan yang agresif atau persekitaran tempat kerja yang negatif.

    Pengurus selalunya boleh meningkatkan kepuasan di tempat kerja dengan hanya mengadakan perbualan dengan pekerja untuk mengetahui perkara yang mereka tidak berpuas hati.

    Gaji pekerja selalunya merupakan isu yang lebih mencabar untuk diperbetulkan, tetapi penyelia masih harus menilai pelan perniagaan dan strategi pampasan mereka.

    Penyelia juga perlu menghubungi pekerja untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang faktor dalam kehidupan peribadi mereka yang boleh menjejaskan kepuasan kerja mereka. 

    Adalah penting pengurusan tempat kerja menawarkan sokongan emosi dan mengekalkan hubungan positif dengan para pekerja mereka.

    Pada asasnya, pengurus perlu menilai semula aspek ‘manusia’ pekerja mereka, termasuk matlamat, nilai dan hobi. 

    Mereka perlu melabur secara emosi ke dalam perhubungan dengan meluangkan masa untuk bercakap dengan para pekerja, mengucapkan terima kasih atas kesetiaan mereka atau menghantar kad yang mengiktiraf kerja keras mereka.

    Pengurus juga boleh meraikan kreativiti pekerja atau peristiwa penting dalam kerjaya mereka. Jadilah pemimpin yang baik dengan membantu orang bawahan mengembangkan potensi mereka sepenuhnya.- RELEVAN

    featured gembira kerja teori
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.