Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 20, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bahagian putih di belakang tekak itu ialah batu tonsil, yang sering menjadi punca nafas berbau. GAMBAR HIASAN CANVA

    Pernahkah anda merasa tidak selesa di bahagian kerongkong atau ditegur kerana nafas berbau? Puncanya nafas berbau mungkin bukan berpunca dari sisa makanan atau cara kita memberus gigi, Ketulan kecil berwarna putih yang tersembunyi di bahagian belakang tekak, dikenali sebagai batu tonsil, mungkin punca nafas berbau berterusan dan sakit yang kerap berulang. Hakikatnya, tonsil anda mungkin menjadi musuh dalam selimut bagi masalah tersebut. 

    Tanda batu tonsil muncul

    Batu tonsil kecil selalunya tidak disedari, namun yang boleh menimbulkan masalah seperti nafas berbau berterusan sehingga terpaksa menggunakan gula-gula penyegar untuk mengelakkan rasa malu.

    Tanda lain termasuk sakit tekak berulang, kesukaran menelan, rasa sesuatu tersangkut di kerongkong serta bintik putih pada tonsil. Kadangkala batu ini terkeluar sendiri ketika batuk atau makan, tetapi mudah terbentuk semula jika tidak dirawat.

    Menurut perkongsian Colgate, tonsil berfungsi membantu sistem imun dengan menapis virus dan bakteria yang masuk melalui mulut, menjadikannya barisan pertahanan pertama tubuh.

    Permukaan tonsil dilapisi mukus dan mempunyai lubang kecil atau kripta, yang jumlahnya berbeza bagi setiap orang. Di sinilah sisa makanan, bakteria dan kotoran boleh tersangkut lalu mengeras menjadi batu tonsil. Jika tonsil kerap meradang atau mudah teriritasi, risiko terbentuknya batu tonsil akan lebih tinggi.

    Rawatan dan langkah pencegahan batu tonsil

    Jika batu tonsil tidak mengganggu, rawatan lanjut tidak diperlukan. Namun bagi nafas berbau, doktor boleh mengeluarkannya. Bagaimanapun ia boleh muncul dan terbentuk semula. Salah satu cara untuk mencegahnya adalah melalui pembedahan tonsil, manakala cubaan mengeluarkan sendiri berisiko dan tidak digalakkan kecuali dengan alat pencuci gigi menggunakan air atau dikenali sebagai ‘water floss’.

    Menerusi laporan CNA Lifestyle, pakar kesihatan mencadangkan untuk berkumur dengan air garam suam membantu mengeluarkan batu kecil, mengurangkan bakteria dan melegakan tekak sebagai langkah pencegahan. 

    Batu yang mudah dicapai boleh ditolak perlahan dengan putik kapas, namun perlu berhati-hati kerana bahagian tonsil sangat sensitif.

    Pakar kesihatan turut menekankan kepentingan penjagaan mulut dan pernafasan sihat dengan mengamalkan rutin kebersihan oral yang baik, termasuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari serta berkumur secara teratur.

    Selain itu, penggunaan pencuci mulut yang sesuai digalakkan bagi mengekalkan kesegaran nafas dan memastikan kebersihan mulut sentiasa terjaga. -RELEVAN

    Previous ArticleSmokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    Next Article Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.