Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 manfaat urutan wajah untuk kulit cantik dan sihat

    7 manfaat urutan wajah untuk kulit cantik dan sihat

    By December 27, 2023Updated:December 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    URUTAN wajah boleh melegakan otot di bahagian wajah, melancarkan peredaran darah, membantu masalah kulit kusam dan parut jerawat.- Foto Pressfoto/Freepik

    KITA sudah biasa mendengar mengenai urutan badan dan manfaatnya kepada kesihatan. Tahukah anda yang urutan wajah juga mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk mencantikkan kulit wajah?

    Urutan wajah juga boleh melegakan otot di bahagian wajah, melancarkan peredaran darah, membantu masalah kulit kusam dan parut jerawat.

    Jom teruskan membaca untuk mengetahui banyak lagi manfaat urutan wajah dengan merujuk Rouge Beautybar.

    1. Menegangkan otot muka dan melegakan ketegangan

    Kita banyak menahan ketegangan di wajah ketika berdepan emosi marah, tertekan dan sedang menumpukan perhatian. Akibatnya, kulit muka mudah berkedut.

    Urutan wajah juga sangat membantu mereka yang mengalami masalah sindrom temporomandibular joint (TMJ) iaitu gangguan pada otot dan saraf rahang.

    1. Antipenuaan

    Salah satu manfaat penting urutan muka adalah anti penuaan dan mengurangkan kedutan. Sesetengah orang memutuskan untuk memilih urutan muka berbanding botox dan filler (pengisi). Ia bukan sahaja lebih murah, tetapi berkesan.

    Kajian yang dilakukan pada 2017 menunjukkan bahawa dengan melakukan urutan muka dan krim kulit bersama-sama selama lapan minggu, peserta melihat perbezaan pada kulit mereka. Mereka melihat peningkatan dalam tekstur kulit, kedutan dan keanjalan kulit.

    Urutan muka membantu wajah anda berehat dan kelihatan lebih muda. Ia juga boleh mengurangkan bengkak, lingkaran hitam dan kusam.

    1. Melancarkan peredaran darah

    Meningkatkan peredaran di wajah anda adalah cara terbaik untuk menjadikannya kelihatan lebih terjaga. Oleh itu, dengan urutan muka boleh menghantar gelombang darah dan oksigen ke kulit anda untuk menjadikan wajah lebih segar serta sihat.

    Peningkatan aliran darah menghilangkan bengkak di muka anda, terutamanya di bawah mata anda. Ia juga meratakan tona kulit dan membantu menyahtoksik kulit anda.

    Oksigen tambahan di muka anda menggalakkan pengeluaran kolagen dan pertumbuhan sel.

    1. Meredakan resdung

    Faedah urutan muka tidak terhad kepada kecantikan kulit tetapi ia juga boleh membantu meredakan tekanan resdung. Perlu diingat ia tidak boleh menyembuhkan sinusitis akut atau jangkitan sinus.

    Urutan boleh membantu melegakan ketidakselesaan sinus. Ia boleh menggalakkan pengaliran lendir dari sinus dan melegakan sakit kepala. Urutan selama 20 minit yang memfokuskan pada kawasan hidung boleh membantu melegakannya.

    1. Mengeluarkan Toksin

    Persekitaran tempat tinggal boleh menyebabkan muka kita terdedah kepada pelbagai perkara ‘jahat’. Pembentukan toksin pada kulit kita menyebabkan garis halus, jerawat, bengkak dan bintik hitam.

    Mengurut boleh mengeluarkan toksin, meningkatkan aliran darah dan membawa toksin keluar dari badan anda melalui saluran limfa.

    Toksin ini juga dikeluarkan melalui kulit mati. Ketika mengurut kulit mati akan mengelupas keluar dan menarik kekotoran, maka kulit anda kelihatan bercahaya.

    1. Memperbaiki parut wajah dan jerawat

    Kesan daripada mengurut wajah akan membuatkan peredaran darah di wajah semakin baik dan sekali gus, mengurangkan keradangan, parut dan jerawat.

    Walaupun begitu, anda harus berhati-hati mengurut wajah berjerawat dengan memberi sentuhan lembut.

    Mengurut boleh melonggarkan tisu berdekatan dan meratakan benjolan. Urutan juga boleh melegakan sedikit kesakitan dan kegatalan yang berkaitan dengan parut.

    1. Menaikkan pipi dan mengurangkan dagu berlapis

    Urutan muka juga boleh mengubah sedikit bentuk wajah anda. Ia boleh menghilangkan lemak berlebihan yang membuatkan pipi anda kelihatan tembam.

    Ia juga boleh mengurangkan masalah dagu berlapis dengan menegangkan kulit dan otot di leher anda.

    Urutan muka membantu memecahkan lemak, menegangkan otot dan meningkatkan peredaran darah.- RELEVAN

    cantik featured urut wajah
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.