Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pekerja tidak sihat disebabkan sindrom bangunan sakit

    Pekerja tidak sihat disebabkan sindrom bangunan sakit

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pekerja yang sering jatuh sakit di pejabat mungkin mengalami sindrom bangunan sakit - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    MUKMIN rasa pelik. Kenapa bila dia sampai di pejabat, kepalanya mula pening? 

    Hendak fokus pada kerja pun tidak boleh disebabkan sakit kepala yang mencucuk-cucuk.

    Tidak lama kemudian, hidungnya mula berair. Peliknya, dia tidak pernah mengalami simptom sebegini ketika berada di rumah.

    Tetapi, sesampainya sahaja di pejabat, mulalah rasa sakit dan pening-pening.

    Namun, apa yang menghairankan, simptom tersebut terus hilang sejurus dia meninggalkan bangunan tempatnya bekerja.

    Sebenarnya, apa yang Mukmin alami bukanlah satu perkara yang luar biasa. Simptom yang dialami mungkin berlaku disebabkan satu keadaan yang dikenali sebagai sindrom bangunan sakit.

    Apa maksud sindrom bangunan sakit?

    Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat (AS), terma sindrom bangunan sakit digunakan untuk menerangkan masalah kesihatan yang dialami seseorang ketika berada dalam satu-satu bangunan atau bilik dalam satu tempoh masa tertentu.

    Selalunya, mereka yang mengalami sindrom bangunan sakit akan rasa pening kepala, hidung berair, gatal badan, selalu batuk atau bersin dan sukar menumpukan perhatian setelah memasuki bangunan tertentu.

    Wanita lebih berisiko mengalami simptom tertentu disebabkan sindrom bangunan sakit berbanding lelaki.

    Malah, mereka yang bekerja sebagai kerani atau banyak menghabiskan masa di pejabat juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.

    Kajian mendapati, simptom lebih lazim dalam kalangan pekerja yang menghabiskan masa dalam pejabat yang mempunyai pendingin hawa.

    Malah, bangunan kerajaan juga didapati lebih berisiko ‘jatuh sakit’ disebabkan rekaannya yang kurang moden dan tidak dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik.

    Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati hampir 30 peratus bangunan di seluruh dunia mempunyai tahap kualiti udara dalaman yang kurang memuaskan.

    Mereka juga mendapati, bangunan yang boleh mencetuskan masalah kesihatan selalunya tidak diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak pengurusan.

    Ada juga kemungkinan, bangunan tersebut tidak direka dengan sistem pengudaraan yang baik.

    Bagaimanapun, tingkah laku penghuni juga boleh menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada sindrom bangunan sakit.

    Sebagai contoh, tabiat merokok dalam pejabat atau bilik yang tertutup juga boleh menyebabkan orang lain mengalami sindrom tersebut.

    Menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom, sukar untuk menentukan punca sebenar sindrom bangunan sakit.

    Ia boleh berlaku disebabkan pengudaraan yang tidak baik, penggunaan lampu yang terlalu terang (atau berkelip-kelip) serta susun atur pejabat yang menyebabkan proses pembersihan sukar dilakukan.

    Bagaimanapun, simptom yang dialami oleh pesakit akan beransur pulih atau hilang selepas mereka meninggalkan bangunan tersebut.

    Namun, simptom yang dialami boleh mengurangkan kecekapan pekerja dalam satu-satu bangunan.

    Malah, ia juga boleh mendatangkan tekanan perasaan kepada sesetengah pihak, lebih-lebih lagi jika simptom yang dialami tidak dapat dikenal pasti puncanya.

    Artikel berkaitan: Salah guna jabatan kecemasan: Apa pesakit patut buat?

    Artikel berkaitan: Orang berhenti kerja bukan sebab pekerjaan tetapi kerana bos yang teruk

    Udara tercemar buatkan penghuni jatuh sakit

    Selain pengudaraan yang tidak baik, kewujudan bahan cemar tertentu juga boleh mencetuskan sindrom bangunan sakit.

    Antara bahan cemar yang berpotensi mendatangkan simptom kepada penghuni satu-satu bangunan adalah penggunaan cat, karpet, bahan pencuci atau lantai yang tidak sesuai.

    Selain itu, faktor fizikal seperti suhu bilik, kelembapan, pencemaran bunyi dan penggunaan lampu yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala dan simptom seakan-akan asma.

    Kewujudan kulat pada permukaan dinding dan lantai juga boleh menyebabkan sindrom bangunan sakit.

    Perkara tersebut akan berlaku sekiranya pendingin hawa di pejabat sudah lama tidak diservis atau ada kebocoran pada atap bangunan.

    Langkah terbaik untuk mengurangkan simptom yang berlaku akibat sindrom bangunan sakit adalah dengan mengurangkan kadar pencemaran udara dalaman.

    Jika boleh:

    • Buka tingkap untuk pastikan udara dapat keluar masuk.
    • Pastikan suhu di pejabat ditetapkan pada 19 darjah Celscius.
    • Jangan duduk menghadap komputer terlalu lama. Pastikan anda rehatkan mata untuk seketika.
    • Keluar dari pejabat ketika waktu makan tengah hari untuk elakkan simptom jadi semakin teruk. – RELEVAN
    featured kesihatan pening kepala sakit kepala sindrom bangunan sakit
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.