Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    • 5 tabiat urus kewangan pada usia muda
    • Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ubah dunia dengan bunga

    Ubah dunia dengan bunga

    By October 11, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    bunga
    Haaziq melakukan gubahan bunga tanpa plastik demi menjaga alam sekitar. FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    SABAN tahun, jutaan tan plastik dibuang ke dalam laut. Penggunaan plastik yang dahulunya lazim kini menjadi ancaman terbesar terhadap bumi, manusia dan hidupan laut.

    Haaziq Mohamad, 26, sedar tentang ancaman tersebut. Oleh itu, dia menggunakan pengaruh kerjayanya sebagai penggubah bunga dan kuasa media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahaya penggunaan plastik.

    Haaziq percaya setiap orang ada tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar, termasuk dirinya sendiri. Mungkin usahanya kecil tapi dia percaya, setiap tindakan ada potensi melahirkan impak besar pada masa hadapan.

    Maka dia membina prinsip dalam kerjaya sendiri – gubahan bunga bukan sahaja perlu cantik, malah harus bersifat mesra alam supaya alam sekitar terus terjaga.

    Komited melestari alam

    Haaziq sudah lama sedar, penggunaan bahan tertentu dalam gubahan bunga boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Misalnya, penggunaan pembalut plastik dan bongkah busa bunga (floral foam).

    Namun, kesedaran tentang kelestarian alam sekitar belum meluas dalam kalangan masyarakat.

    Atas dasar tanggungjawab, dia menggunakan platform media sosial untuk bercakap mengenai isu alam sekitar, terutamanya penggunaan bahan-bahan yang mencemar.

    “Sebenarnya, di luar negara, sudah ramai yang mempraktikkan amalan hijau. Bukan sahaja dalam industri bunga semata-mata, malah dalam kehidupan seharian. 

    “Ramai yang tidak sedar, dengan penggunaan plastik, kita telah merosakkan planet sedikit demi sedikit. 

    “Hanya dengan perubahan kecil – misalnya dengan beralih kepada penggunaan bahan mesra alam – kita boleh membawa perubahan yang positif dan mengurangkan penggunaan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar,” jelasnya. 

    Haaziq percaya bahawa bunga masih boleh digubah cantik tanpa menggunakan bahan-bahan yang boleh mencetuskan pencemaran.

    Ini membolehkan dia memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan gubahan cantik dan dalam masa sama mengekalkan prinsip untuk menjaga kelestarian alam.

    “Ada banyak alternatif yang boleh digunakan. 

    “Apa yang penting, saya mahu pelanggan rasa puas hati apabila pembelian (bunga) yang dilakukan bukan sahaja cantik, malah tidak menyumbang kepada sebarang bentuk pencemaran,” jelasnya. 

    Tambah Haaziq, dia juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang memahami. 

    Hampir semua pelanggan menyokong pendekatannya yang hanya menggunakan bahan mesra alam.

    “Pelanggan hormat keputusan saya untuk buat gubahan bunga tanpa plastik. Saya juga rasa bersyukur kerana kebanyakan pelanggan faham dan turut sama ingin memperjuangkan alam sekitar seperti saya,” katanya. 

    Artikel penuh: Urus e-sisa untuk masa hadapan lebih lestari

    Artikel penuh: Sisi gelap fesyen segera

    Bunga mesra alam

    Haaziq berkata, gubahannya adalah 100 peratus mesra alam. 

    Prinsipnya, dia tidak akan sesekali menggunakan bahan konvensional seperti busa bunga dan pembalut plastik yang terbukti boleh mencemarkan alam sekitar. 

    Menurut Haaziq, ramai yang tidak tahu mengenai bahaya busa bunga. Ia adalah sejenis plastik berasaskan petroleum yang mengandungi fenol formaldehid. 

    Setelah terdedah kepada perubahan cuaca, busa bunga akan terurai menjadi plastik kecil yang dikenali sebagai mikroplastik. 

    “Kajian menunjukkan, Malaysia antara negara pemakan mikroplastik tertinggi di dunia. Disebabkan saiznya yang kecil, mikroplastik boleh memasuki rantaian makanan. 

    “Pada mulanya ikan akan makan plastik tersebut, kemudian manusia pula makan ikan. Akhirnya, tanpa sedar, plastik ini akan masuk ke dalam tubuh manusia. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi menyebabkan masalah kesihatan. 

    “Oleh itu, kita perlu ambil tindakan segera dan mengurangkan penggunaan plastik demi melindungi kesihatan manusia dan menyelamatkan alam sekitar,” jelasnya.

    Haaziq berkata, selain memudaratkan kesihatan, penggunaan bahan-bahan lain terutamanya yang berasaskan plastik juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    Tambahnya, jika manusia tidak berhenti menggunakan plastik, ia berupaya mendatangkan malapetaka terhadap alam sekitar, misalnya penipisan ozon dan perubahan iklim. 

    Sebagai alternatif, Haaziq menggunakan jaring (chicken wire) sebagai pengganti busa bunga. 

    Walaupun penggunaan jaring lebih mencabar, usaha itu berbaloi demi kecintaannya terhadap alam sekitar. 

    “Ada teknik tertentu yang perlu saya praktikkan ketika melakukan gubahan menggunakan jaring. Sukar untuk pastikan gubahan tersebut stabil dan seimbang jika tidak biasa menggunakannya. 

    “Walaupun sukar pada awalnya, lama-kelamaan penggunaan jaring jadi lebih mudah. Saya rasa lebih puas apabila menghasilkan gubahan kerana tahu saya tidak menyumbang kepada pencemaran planet,” jelasnya. 

    Dalam pada itu, Haaziq juga tidak menggunakan pembalut plastik. Dia memilih untuk menggunakan pembalut kertas, bekas kaca atau bahan yang diperbuat daripada bahan mudah lerai jika perlu. 

    “Saya juga lebih suka guna pasu kaca berbanding menggunakan bahan-bahan yang tidak mesra alam. 

    “Malah, saya juga menggalakkan pelanggan membawa pasu sendiri atau memulangkan pasu daripada pesanan sebelumnya supaya dapat mengurangkan pembaziran,” jelasnya.

    featured gubah bunga haaziq mohamad kerjaya

    Artikel berkaitan

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025

    Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.