Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sisi gelap fesyen segera

    Sisi gelap fesyen segera

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 5, 2024Updated:August 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INDUSTRI fesyen juga merupakan penyumbang pencemaran global kedua terbesar selepas industri penerbangan. -

    FESYEN segera merupakan satu trend yang berjaya merubah dunia. Istilah ‘segera’ yang diguna pakai dalam terma tersebut merujuk kepada betapa pantasnya satu-satu pakaian itu dihasilkan.

    Disebabkan kos buruh dan bahan asas yang rendah, orang ramai dapat membeli pakaian dengan harga yang sangat murah. Kadangkala serendah RM10 atau RM20 sehelai tanpa perlu mengikat perut pada hujung bulan.

    Terma fesyen segera pertama kali diperkenalkan syarikat terkemuka, Zara pada awal 1990. Hanya dalam masa 15 hari, Zara berjaya mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan koleksi pakaian mereka. Oleh sebab harganya yang mampu milik, pakaian tersebut laku keras dan habis dijual dalam masa yang singkat.

    Bagaimanapun, fesyen segera telah mencetuskan satu dilema terhadap alam sekitar. Disebabkan kualitinya yang rendah, pakaian yang dihasilkan mudah rosak.

    Menurut laporan Morgan McFall-Johnsen di Business Insider, 85 peratus pakaian yang dibeli akan dibuang pada hujung tahun. Pengguna juga mengakui mereka hanya pakai pakaian tersebut dua tiga kali sebelum ia dihumban ke dalam tong sampah disebabkan mentaliti ‘senang beli, senang buang’.

    Selain itu, industri fesyen juga merupakan penyumbang pencemaran global kedua terbesar selepas industri penerbangan. Gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh industri fesyen adalah sebanyak 1.7 bilion tan setiap tahun, merangkumi 10 peratus daripada pelepasan gas karbon global.

    Malah, pakaian yang dibasuh juga menghasilkan hampir 500,000 tan gentian mikro, bersamaan pembuangan 50 juta botol plastik ke dalam laut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bekas plastik mesra alam daripada ubi kayu dan daun pisang  

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia dalam bahaya: udara, air dan makanan tercemar dengan mikroplastik

    Impak fesyen segera terhadap alam sekitar

    fesyen segera
    Pembebasan gas daripada penghasilan fabrik sahaja diunjurkan meningkat sebanyak 60 peratus menjelang 2030. – GAMBAR HIASAN HANNAH MORGAN/UNSPLASH

    Kesan fesyen segera terhadap alam sekitar amatlah dahsyat.

    Menurut Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim, pembebasan gas daripada penghasilan fabrik sahaja diunjurkan meningkat sebanyak 60 peratus menjelang 2030. Antara impak fesyen segera terhadap alam sekitar ialah:

    1. Air

    Industri fesyen adalah industri kedua terbesar dalam penggunaan air dan tenaga di dunia.

    Bagi menghasilkan satu helai baju T dan sepasang seluar jeans, jumlah air yang diperlukan adalah kira-kira 10,000 liter. Bayangkan berapa banyak air yang diperlukan untuk menghasilkan baju yang tergantung di rak-rak pasar raya.

    Bukan itu sahaja, penggunaan pewarna pakaian juga merupakan antara pencemar utama sumber air kerana saki-baki proses tersebut selalunya akan dibuang terus ke dalam longkang atau sungai.

    2. Mikroplastik

    fesyen segera
    Hampir 35 peratus mikroplastik di lautan berasal daripada penggunaan fabrik sintetik. – GAMBAR HIASAN NAJA BERTOLT JENSEN/UNSPLASH

    Pakaian yang dihasilkan oleh syarikat yang melaksanakan fesyen segera selalunya diperbuat daripada fabrik sintetik seperti poliester, nilon dan akrilik yang boleh mengambil masa ratusan tahun untuk terlerai.

    Menurut laporan International Union for Conservation of Nature (IUCN) pada 2017, hampir 35 peratus mikroplastik di lautan berasal daripada penggunaan fabrik sintetik.

    Menurut Yayasan Ellen MacArthur, fabrik sebegini menghasilkan setengah juta tan gentian mikro ketika dipakai, dibasuh atau dilupuskan. Lama kelamaan, gentian plastik ini boleh masuk ke dalam rantaian makanan dan akhirnya dimakan oleh manusia.

    3. Tenaga

    Penghasilan fabrik daripada gentian plastik merupakan satu proses yang memakan banyak tenaga. Hampir 69 peratus fabrik sintetik diperbuat daripada bahan api fosil, misalnya poliester.

    Fabrik ini diperbuat daripada polietilena tereftalat (PET), sejenis plastik yang dihasilkan daripada minyak mentah dan gas asli. Bahan sama juga digunakan untuk membuat botol plastik.

    Lebih memburukkan keadaan, pakaian yang dihasilkan tidak boleh dikitar semula kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan sintetik. – RELEVAN

    Previous ArticleUrus e-sisa untuk masa hadapan lebih lestari
    Next Article Demi ibu bernama bumi

    Artikel berkaitan

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.