Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Urus e-sisa untuk masa hadapan lebih lestari

    Urus e-sisa untuk masa hadapan lebih lestari

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 5, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    e-sisa
    JIKA sisa elektronik tidak diuruskan dengan baik, kita mungkin tidak dapat mengelakkan malapetaka besar pada masa hadapan. - GAMBAR HIASAN JOHN CAMERON/UNSPLASH

    PENGHASILAN sisa elektronik dunia kini meningkat lima kali ganda lebih pantas daripada usaha kitar semula. 

    Menurut laporan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), jumlah e-sisa yang dihasilkan oleh penduduk dunia pada 2022 adalah sebanyak 62 juta tan. Kalau disusun tinggi-tinggi, boleh bina 41 buah Menara Berkembar Petronas (KLCC). 

    Bagaimanapun, hanya 22 peratus sahaja sisa elektronik dapat dikumpul dan dikitar semula dengan cara yang mesra alam. Sebahagian besarnya dibiarkan begitu sahaja di tempat pembuangan tanpa sebarang rawatan. 

    Sisa elektronik mengandungi logam berat seperti merkuri, kadmium dan plumbum boleh meresap ke dalam tanah dan mencemari sumber air bawah tanah. 

    Tanpa intervensi, bahan pencemar ini boleh menjadi sebahagian daripada rantaian makanan dan secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit dalam kalangan manusia. 

    Teknologi yang berkembang pesat pada zaman ini menyebabkan jumlah sisa elektronik bertambah secara drastik. Kini, ada lebih kurang 7.5 bilion manusia di muka bumi. Kebanyakan orang mempunyai telefon bimbit dan komputer riba sendiri. 

    Jika sisa elektronik tidak diuruskan dengan baik, kita mungkin tidak dapat mengelakkan malapetaka besar pada masa hadapan. 

    Urus e-sisa secara berhemah 

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, e-sisa merupakan bahan buangan yang merangkumi barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang. 

    Contoh e-sisa yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian ialah telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa. 

    E-sisa merupakan buangan berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

    Oleh itu, e-sisa tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah secara sewenang-wenangnya kerana ada garis panduan tertentu untuk mentadbir sisa tersebut. 

    Sebagai pengguna, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan e-sisa di tempat pelupusan sampah.

    Periksa jangka hayat barangan elektrik

    Sebelum beli sebarang perkakas elektrik baharu, periksa dahulu jangka hayatnya. Patuhi jadual penyelenggaraan (jika ada). Barangan elektronik diselenggara dan dijaga selalunya tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. 

    Selain itu, anda juga boleh beli barangan elektrik cekap tenaga. Produk yang mempunyai lima bintang tahan lebih lama dan mampu memberikan penjimatan dalam jangka masa panjang.

    Jumlah e-sisa di tempat pelupusan sampah dapat dikurangkan jika masyarakat memilih untuk membeli barangan yang berkualiti dan tahan lama. Oleh itu, jaga barangan elektronik sedia ada supaya jangka hayatnya dapat dipanjangkan. 

    Beli hanya jika perlu

    Jangan terlalu mengikut nafsu ketika membeli barangan elektronik. Didik diri agar beli hanya ketika perlu. Jika ada barangan elektronik yang rosak, hantar ke kedai untuk dibaiki. 

    Ini merupakan langkah terbaik untuk mengelakkan pembaziran dan juga penambahan e-sisa sedia ada di tempat pelupusan sampah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia hanya ada masa tiga tahun untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, kata saintis

    Derma barangan yang tidak digunakan

    Sampah bagi kita tetapi harta karun bagi orang lain. 

    Jika barangan elektronik yang sedia ada masih berfungsi dengan baik, dermakanlah kepada orang yang lebih memerlukan. 

    Selain itu, anda juga boleh menjual barangan terpakai di sesetengah kedai elektronik. Mereka boleh baik pulih dan jual semula dengan harga yang lebih murah. 

    Kitar dan guna semula

    Hampir 100 peratus bahan pada peranti elektronik boleh dikitar semula. Misalnya, litium daripada bateri telefon boleh diekstrak bagi menghasilkan bateri baharu. 

    Bahan yang tidak boleh dibaharui seperti kadmium, merkuri, nikel dan zink pula boleh dikitar semula dan dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan produk lain. 

    Selain itu, kaca, plastik dan logam berharga pada peranti elektronik juga boleh diproses untuk digunakan bagi tujuan lain. 

    Hantar e-sisa ke pusat pengumpulan berdaftar

    Jika perlu membuang peranti elektronik tertentu, anda boleh menghantarnya terus ke pusat pengumpulan e-sisa yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh JAS. 

    Malah, anda juga boleh menghubungi mana-mana pusat pengumpulan yang menawarkan servis pengambilan e-sisa dari rumah. – RELEVAN

    Previous ArticleMalaysia kekurangan tenaga mahir dalam pemasangan solar
    Next Article Sisi gelap fesyen segera

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.