Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa memori lebih penting berbanding barangan?

    Mengapa memori lebih penting berbanding barangan?

    By Umi FatehahOctober 11, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mengapa memori lebih penting berbanding barangan? - GAMBAR HIASAN RAJ RANA/UNSPLASH

    DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku perubahan ketara dalam cara orang membelanjakan wang. 

    Daripada melabur dalam barangan material seperti peralatan baharu, pakaian atau hiasan rumah, semakin ramai memilih untuk menggunakan wang hasil titik peluh mereka bagi mengumpul pengalaman dan mencipta memori.

    Sama ada melancong ke destinasi impian, menghadiri konsert atau festival, atau menikmati hidangan mewah (fine dining), ramai yang kini tidak lagi menumpu kepada mengumpul harta benda.

    Fenomena ini – dikenali sebagai Ekonomi Pengalaman – secara asasnya mengubah perspektif kita tentang nilai dan makna kehidupan yang memuaskan.

    Namun, apa yang mendorong peralihan ini? Apakah implikasi kewangan, emosi dan jangka panjang akibat memilih pengalaman berbanding barangan material?

    1. Faktor kebahagiaan

    Kajian menunjukkan bahawa pengalaman menawarkan kebahagiaan jangka panjang yang lebih berbanding barangan material. 

    Salah satu sebab utamanya, barangan kebiasaannya hanya memberikan keseronokan yang sementara, lebih-lebih lagi apabila kita sudah terbiasa dengannya. Fenomena ini dikenali sebagai penyesuaian hedonik.

    Sebaliknya, pengalaman menghasilkan kenangan abadi yang lebih bernilai untuk dikenang sepanjang hidup.

    1. Pengaruh media sosial

    Peningkatan penggunaan media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan Ekonomi Pengalaman. 

    Platform seperti Instagram, Facebook dan TikTok menggalakkan pengguna berkongsi detik-detik kehidupan mereka. Bermula dengan pemandangan matahari terbenam semasa bercuti, kafe unik, hingga berkongsi video klip menghadiri konsert artis kegemaran.

    Ini mewujudkan budaya yang mana pengalaman bukan sahaja dihargai tetapi turut dikongsi dan diraikan dalam talian, yang  menjadikannya lebih berharga.

    Malah, ada yang lebih mengutamakan pengalaman dalam media sosial berbanding pengalaman yang benar-benar mereka nikmati. Itu semua didorong oleh keinginan untuk mempamerkan imej tertentu atau bahasa kasarnya, hidup untuk mendapatkan validasi orang lain. 

    Pemikiran instagrammable ini telah memacu pertumbuhan perniagaan yang menawarkan pengalaman visual yang unik dan memukau.

    1. Gerakan minimalis

    Seiring dengan peningkatan penerimaan gaya hidup minimalis, keinginan untuk mengumpul harta benda semakin berkurang. 

    Minimalisme menggalakkan kehidupan yang sederhana dengan memiliki barangan material yang sedikit. Hal ini semua didorong oleh kepercayaan bahawa barangan fizikal bukan segalanya-galanya. 

    Malah, harta benda boleh membebankan dari segi mental dan emosi.

    Sebaliknya, golongan minimalis lebih cenderung meningkatkan mutu dan taraf kehidupan melalui pengalaman. Ia sesuatu yang tidak boleh disimpan secara fizikal tetapi akan kekal dalam ingatan.

    Peralihan ini juga mencerminkan kritikan terhadap budaya konsumerisme yang semakin meluas. 

    Kini, ramai yang lebih peka terhadap kesan kewangan dan alam sekitar akibat pembelian barangan yang berterusan dan mula mencari cara yang lebih bermakna serta memuaskan untuk membelanjakan wang mereka. – RELEVAN

    Previous ArticleUbah dunia dengan bunga
    Next Article Sedih, resah menjaga orang tua sakit

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.