Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu kekurangan G6PD? 

    Apa itu kekurangan G6PD? 

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    G6PD
    Kekurangan G6PD merupakan satu penyakit yang lazim dialami oleh penduduk Asia Tenggara. - GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KEKURANGAN G6PD (Glukosa-6-fosfat dehidrogenase) merupakan satu penyakit genetik yang berlaku apabila badan tidak mempunyai enzim G6PD yang mencukupi. 

    G6PD ialah sejenis enzim yang melindungi sel darah merah daripada sebarang anasir luar yang boleh mendatangkan bahaya. 

    Selain itu, enzim sama juga membantu sel darah merah berfungsi dengan baik. Tanpanya, sel darah merah akan terurai lebih pantas daripada biasa. 

    Kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan anemia hemolitik. Ia boleh menyebabkan pesakit rasa penat, pening kepala dan mual-mual. 

    Selain itu, pengambilan sesetengah ubat-ubatan dan makanan juga boleh mencetuskan kekurangan G6PD. Salah satu makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang kurang G6PD ialah kacang parang. 

    Kanak-kanak yang kurang G6PD juga lebih berisiko mengalami anemia hemolitik jika terdedah kepada ubat gegat yang mengandungi naftalena. 

    Siapa yang terkesan dengan G6PD?

    kekurangan g6pd
    Kekurangan G6PD boleh menyebabkan penghidapnya sering pening kepada dan rasa hendak pitam. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut Cleaveland Clinic, kekurangan G6PD berlaku kepada hampir 400 hingga 500 juta individu di seluruh dunia. 

    Ia lebih lazim berlaku dalam kalangan penduduk di kawasan sub-Sahara Afrika, Mediterranean dan Asia Tenggara. 

    Hampir 30 peratus bayi yang lahir dengan demam kuning yang teruk selalunya mempunyai kekurangan G6PD. 

    Kekurangan G6PD merupakan penyakit keturunan. Ia berlaku disebabkan mutasi pada gen G6PD yang terletak di kromosom X.  Sebab itulah, kaum lelaki lebih ramai menghidap kekurangan G6PD berbanding wanita.   

    Kekurangan enzim G6PD membuatkan darah mudah pecah. Akibatnya, oksigen reaktif boleh berkumpul dan merosakkan sel darah merah dari dalam. 

    Pengurangan sel darah merah inilah yang menyebabkan seseorang individu mengalami anemia. 

    Bagaimanapun, pakar mendapati, mereka yang kurang G6PD selalunya lebih rintang terhadap jangkitan malaria, sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ketiadaan G6PD menyebabkan parasit sukar untuk memasuki sel darah merah. 

    Simptom-simptom kekurangan G6PD

    Penghidap kekurangan G6PD mungkin akan mengalami anemia hemolitik yang boleh mendatangkan simptom seperti: 

    1. Anemia. 
    2. Jaundis (demam kuning). 
    3. Air kencing berwarna gelap. 
    4. Badan rasa letih dan lemah. 
    5. Wajah nampak pucat. 
    6. Jantung berdegup dengan pantas. 
    7. Sesak nafas. 
    8. Limpa membengkak. 

    Doktor boleh mendiagnosis G6PD dengan melakukan ujian darah. Anda dinasihatkan untuk melakukan ujian sama sekiranya:

    1. Tinggal di kawasan yang mempunyai ramai penghidap kekuranganG6PD
    2. Ada ahli keluarga yang kurang G6PD 
    3. Menghidap anemia yang tidak diketahui

    Artikel berkaitan: 5 langkah cegah nyanyuk, jaga kesihatan fizikal dan mental  

    Artikel berkaitan: 7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental

    Keadaan, makanan dan ubat-ubatan yang boleh mencetuskan kekurangan G6PD

    Menurut pakar, kacang parang merupakan pencetus utama kekurangan G6PD. Setelah makan kacang tersebut, pesakit mungkin akan rasa pening kepala, mual dan muntah-muntah disebabkan anemia hemolitik. 

    Selain itu, ubat-ubatan dan keadaan lain yang boleh mencetuskan anemia dalam kalangan penghidap G6PD ialah: 

    • Jangkitan seperti hepatitis A dan hepatitis B, demam tifoid serta pneumonia.
    • Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat malaria, termasuklah primaquine. 
    • Antibiotik tertentu, seperti nitrofurantoin, dosome dan ubat-ubatan sulfa. 
    • Aspirin. 
    • Makanan tertentu, seperti kacang soya. 
    • Stres yang melampau.
    • Pendedahan terhadap ubat gegat. 

    Penghidap G6PD mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap pencetus di atas. Ada yang mengalami pening biasa, ada juga yang perlu dikejarkan ke hospital untuk menerima pemindahan darah. 

    Tiada penawar untuk G6PD

    kekurangan G6PD
    Jumpa doktor sekiranya anda mengalami gejala anemia. – GAMBAR HIASAN MARCELO LEAL/UNSPLASH

    Hingga hari ini, masih belum ada sebarang penawar untuk kekurangan G6PD. Bagaimanapun, kebanyakan penghidapnya boleh hidup seperti biasa, sama seperti orang lain. 

    Bagaimanapun, jika anda telah didiagnosis dengan kekurangan G6PD, ada kemungkinan anak akan menghidap keadaan sama. 

    G6PD tidak boleh diubati. Namun, simptomnya boleh dikawal. Pesakit boleh mengelak pengambilan makanan atau ubatan tertentu untuk mencegah anemia hemolitik. 

    Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat. Pastikan badan mendapat rehat yang cukup dan berhenti merokok. Merokok dapat menyebabkan G6PD menjadi semakin teruk. – RELEVAN

    Previous ArticlePerbandingan ialah pencuri rasa gembira
    Next Article Artis Malaysia mengedar candu, artis Indonesia turun berdemonstrasi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.