Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Strok tidak kenal usia; cegah sebelum rawat, ubah sebelum terlambat

    Strok tidak kenal usia; cegah sebelum rawat, ubah sebelum terlambat

    By Umi FatehahAugust 9, 2024Updated:September 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    STROK boleh menyerang sesiapa sahaja. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN
    STROK boleh menyerang sesiapa sahaja. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN

    KESIHATAN adalah harta paling berharga dalamkehidupan. Ia jauh lebih bernilai daripada harta fizikal seperti rumah banglo atau kereta mewah. 

    Sekiranya harta fizikal mengalami kerosakan, segalanya boleh dibaiki dengan wang. Tetapi kalau kesihatan terjejas, tidak kiralah berapa banyak wang yang kita ada sekalipun, ia tidak menjamin kesihatan akan pulih seperti sedia kala. 

    Bayangkan seorang pemuda bernama Amar. Orangnya positif dan bercita-cita tinggi. Secara fizikal, dia kelihatan seperti pemuda yang sihat. 

    Pada usia 25 tahun, dia telah mencapai banyak kejayaan dalam kerjayanya. Namun, hidupnya berubah dalam sekelip mata. 

    Dia diserang strok ketika sedang bekerja di pejabat. Sebagai orang yang masih muda dan bertenaga, Amar tak sangka dia boleh jadi mangsa penyakit yang sering dikaitkan dengan golongan tua. 

    Seiring dengan peningkatan usia, risiko untuk menghidap penyakit seperti strok semakin meningkat. Ia juga menjadi peringatan bahawa menjaga kesihatan adalah keutamaan yang tidak boleh diabaikan pada setiap peringkat kehidupan.

    Dr. Elaijah Sasitharan di Columbia Asia Hospital Rawatan Lanjutan. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN
    Dr. Elaijah Sasitharan di Columbia Asia Hospital Rawatan Lanjutan. – GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia (CAECH), Dr. Elaijah Sasitharan Rajehgopal, strok tidak mengenal usia atau latar belakang. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

    “Dulu strok lebih kerap dikaitkan dengan golongan tua. Kini semakin ramai orang muda yang turut terdedah kepada risiko strok.

    “Faktor-faktor seperti gaya hidup tidak sihat, tekanan mental dan kekurangan aktiviti fizikal menjadi penyumbang kepada peningkatan kes strok dalam kalangan generasi muda,” jelasnya. 

    Di Malaysia, masih belum ada statistik yang spesifik mengenai peratusan pesakit strok dalam kalangan generasi muda. 

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyelidikan yang menunjukkan pesakit strok dalam kalangan generasi muda semakin meningkat, khususnya di negara-negara membangun termasuk Malaysia. 

    Elaijah Sasitharan yang lebih mesra dikenali sebagai Sashi berkata, terdapat dua jenis strok yang biasa berlaku kepada kebanyakan pesakit. 

    Pertama, strok iskemia. Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah di mana-mana bahagian otak tersumbat akibat darah beku. 

    Kedua, strok hemoragik yang berlaku apabila salur darah di bahagian otak pecah. Apabila pengaliran darah terganggu, oksigen tidak dapat dihantar ke otak. 

    Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak yang serius. Selain itu, ia juga berpotensi menjejaskan kemampuan seseorang untuk bergerak, bercakap atau berfikir.

    Faktor strok dalam kalangan orang muda

    Apabila ditanyakan soalan itu, Sashi mengeluh, “biasalah zaman sekarang”. 

    Dia kemudiannya menjawab: “Makanan segera makin banyak. Rokok dan vape juga ada pelbagai perisa dijual di pasaran.

    “Kebanyakan golongan muda pula kurang menjaga pemakanan. Mereka tidak kawal pengambilan makanan tinggi lemak tepu, garam dan gula.

    “Makanan-makanan sedemikian akan meningkatkan risiko darah tinggi dan kolesterol, seterusnya menyebabkan strok,” ujarnya.

    Sashi berkata, pengamalan diet tidak sihat ditambah pula dengan senaman yang kurang akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes. 

    Segala penyakit itu akan meningkatkan risiko diserang strok. Namun pesannya, seelok-elok bersenam, anda tidak boleh lakukan senaman atau aktiviti fizikal dengan intensiti tinggi secara mendadak. 

    Ia boleh menjadi punca serangan strok secara tiba-tiba. Sebaliknya, lakukan secara perlahan-lahan dan mulakan dengan kadar paling rendah dahulu.

    “Stres atau tekanan kronik pun salah satu penyebab sampingan tekanan darah meningkat. Saya faham semua orang ada fasa tertekan tapi cuba-cubalah kawal.

    “Masalah kesihatan sedia ada seperti sakit jantung dan diabetes juga meningkatkan risiko diserang strok,” tambahnya.

    Menurutnya, penghidap sakit jantung dan diabetes terutamanya perlu ambil langkah yang lebih intensif untuk menjaga kesihatan agar dapat mengelakkan daripada diserang strok. – RELEVAN

    Previous ArticleLima tahap kesedihan menurut Kübler-Ross
    Next Article Petanda, kesan dan rawatan strok untuk kembali pulih

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.