Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Petanda, kesan dan rawatan strok untuk kembali pulih

    Petanda, kesan dan rawatan strok untuk kembali pulih

    By Umi FatehahAugust 9, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dr. Elaijah Sasitharan di Columbia Asia Hospital Rawatan Lanjutan. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN
    Dr. Elaijah Sasitharan di Columbia Asia Hospital Rawatan Lanjutan. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN

    DALAM artikel sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Rawatan Lanjutan Columbia Asia (CAECH), Dr. Elaijah Sasitharan Rajehgopal sudah menjelaskan bahawa strok tidak mengenal usia atau latar belakang. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

    Elaijah Sasitharan yang lebih mesra dikenali sebagai Sashi berkata, terdapat dua jenis strok yang biasa berlaku kepada kebanyakan pesakit. 

    Pertama, strok iskemia. Strok jenis ini berlaku apabila saluran darah di mana-mana bahagian otak tersumbat akibat darah beku. 

    Kedua, strok hemoragik yang berlaku apabila salur darah di bahagian otak pecah. Apabila pengaliran darah terganggu, oksigen tidak dapat dihantar ke otak. 

    Berikut, Sashi kongsikan tanda-tanda awal strok agar orang ramai boleh ambil perhatian.

    Tanda-tanda awal strok

    • Hilang keupayaan untuk melihat dengan jelas pada satu atau kedua-dua belah mata secara tiba-tiba.
    • Kesukaran untuk berjalan, hilang keseimbangan
    • Kaki, tangan atau muka terasa kebas atau lemah secara mendadak
    • Sukar untuk bercakap atau memahami percakapan orang lain
    • Sakit kepala yang teruk dan muntah

    Jika anda atau orang sekeliling mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, dapatkan bantuan perubatan segera. Jangan anggap ia perkara biasa kerana anda tidak tahu keadaan kesihatan diri sendiri.

    Kesan jangka masa panjang selepas diserang strok

    Menurut Sashi, strok boleh menyebabkan kesan jangka masa panjang yang ketara, bergantung kepada bahagian otak yang terlibat dan tahap keparahan. 

    Dr. Sashi bersama salah seorang pesakitnya. - GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN
    Dr. Sashi bersama salah seorang pesakitnya. – GAMBAR NURUL NAJWA HASRAN

    Antara kesan jangka masa panjang pesakit strok ialah:

    1. Kehilangan fungsi motor

    Kelumpuhan atau hilang kawalan pada bahagian badan tertentu seperti tangan atau kaki yang menyukarkan aktiviti harian seperti berjalan.

    1. Tidak mampu melakukan aktiviti harian

    Kebanyakan pesakit strok memerlukan bantuan untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, mandi, pakai baju dan sebagainya.

    1. Afasia

    Afasia merujuk kepada ketidakmampuan untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain.

    1. Masalah kognitif

    Ada pesakit yang mempunyai masalah dengan ingatan, menumpukan perhatian atau pemikiran abstrak.

    1. Gangguan emosi

    Strok boleh menyebabkan perubahan emosi seperti kebimbangan, kemurungan, mudah tersinggung atau agresif. Ini boleh menjadi cabaran dalam pemulihan jangka masa panjang.

    1. Masalah kesihatan lain 

    Strok boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah neurologikal lain. 

    Selain itu, pesakit juga akan ada risiko yang lebih tinggi untuk diserang strok kedua dan seterusnya.

    Rawatan dan peluang untuk pulih sepenuhnya

    Kata Sashi, di CAECH, terapi fizikal yang diberikan kepada pesakit disesuaikan secara khusus untuk setiap pesakit.

    Tetapi perkara paling utama ialah kekerapan terapi dan mencabar keupayaan pesakit secara berperingkat supaya keadaan kesihatan mereka meningkat. 

    Antara terapi yang pesakit perlu lakukan ialah terapi pekerjaan (occupational therapy). Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan atau mengembalikan kemampuan pesakit untuk melakukan aktiviti harian asas seperti makan, pakai baju, gosok gigi dan sebagainya.

    Sebagai seorang doktor yang sudah berkhidmat selama 13 tahun di hospital itu, dia sudah merawat ratusan atau mungkin ribuan pesakit strok.

    Menurutnya, untuk pesakit strok pulih sepenuhnya bergantung kepada tahap keparahan dan peratusan bahagian otak yang terjejas akibat strok.

    “Ramai pesakit memperoleh semula sebahagian atau keseluruhan keupayaan mereka untuk menjaga diri sendiri.

    “Selain bergantung kepada keadaan mereka selepas strok, rawatan dan pemulihan selepas itu juga memainkan peranan yang besar,” jelasnya.

    Ketika saya melawat hospital itu untuk menemu bual Sashi, saya melihatnya sebagai sebuah hospital yang sederhana. 

    Tidak semegah hospital lain tetapi ada makna yang mendalam di sebalik kelangsungan operasinya. 

    SHAH ALAM, 29 Julai 2024 – Sesi fotografi bersama Dr. Elaijah Sasitharan Anak Lelaki Rajehgopal (tengah) bersama kakitangannya di Columbia Asia Hospital Rawatan Lanjutan. Gambar NURUL NAJWA HASRAN

    Skala hospital itu kecil, maka pesakitnya pun tak ramai. Bagi saya, itu bukan satu kekurangan tetapi kelebihan. 

    Hal ini kerana setiap doktor, jururawat dan pembantu kesihatan lain dapat memberi tumpuan yang lebih kepada setiap pesakit. 

    Berdasarkan pemerhatian, cara Sashi dan tenaga kerja hospital lain merawat dan melayan pesakit sudah seperti keluarga. 

    Dalam ruang yang sederhana dan intim, mereka menjadi akrab dan boleh bergurau senda sesama sendiri.

    Apa yang Sashi dan seluruh tenaga kerja hospital itu lakukan bukan sekadar memberi rawatan, malah berkongsi rasa bahagia dan kasih sayang.

    Segala yang diperlukan oleh pesakit untuk kembali sembuh ada di sini: rawatan, sokongan dan kasih sayang.

    Jelas Sashi, ada pesakit yang sudah berada di bawah jagaan mereka selama 13 hingga 16 tahun. Lama bukan?

    Pesakit-pesakitnya juga terdiri daripada pelbagai latar belakang. Namun, semuanya dilayan secara sama rata dan mereka merawat setiap pesakit sehabis baik.

    Sashi juga berkongsi bahawa pesakitnya bukan sahaja dirawat di hospital, malah di kediaman mereka sendiri. Ada beberapa pesakitnya tinggal di luar kawasan Selangor. 

    Sampai masa rutin pemeriksaan, Sashi dan pasukannya akan menuju ke rumah pesakit, tanpa mengira di mana mereka berada.

    Saya menemu bual Sashi pada hari Rabu. Keesokan harinya, dia perlu ke Negeri Sembilan untuk merawat pesakitnya.

    Saya kira komitmen dan rasa tanggungjawab yang ada pada diri Sashi sebagai seorang doktor sudah menjadi sebab kukuh mengapa dia sesuai berada dalam kolum ini: Ikon Kesihatan Relevan.

    Dedikasinya yang tidak berbelah bahagi terhadap kesejahteraan pesakit dan usahanya yang berterusan dalam memperjuangkan kesihatan masyarakat menjadikannya bukan sahaja seorang doktor yang cemerlang, malah seorang insan yang luar biasa. – RELEVAN

    Previous ArticleStrok tidak kenal usia; cegah sebelum rawat, ubah sebelum terlambat
    Next Article Mari bermalasan sempena Hari Malas Sedunia

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.