Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dua Ikon Relevan tercalon TikTok Awards Malaysia 2024

    Dua Ikon Relevan tercalon TikTok Awards Malaysia 2024

    By Umi FatehahJuly 31, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dua Ikon Relevan tercalon TikTok Awards Malaysia 2024.

    KITA ada banyak acara anugerah. Untuk wartawan, ahli sukan, ahli perniagaan, penjawat awam atau ejen insurans. Pasti ada anugerah.

    Seiring dunia yang bagi sesetengah orang berputar pada paksi pempengaruh, TikTok juga ada anugerah.

    Pertama kali dianjurkan di Malaysia tahun lalu, malam berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 akan berlangsung pada 11 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Mengapa perlu ada TikTok Awards?

    Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil, TikTok Awards Malaysia 2024 mahu menjadi platform penting yang dapat mengubah impian pencipta kandungan menjadi realiti melangkaui skrin.

    Sebab itu tema yang dipilih tahun ini ialah “Realisasikan Impianmu”. Mereka mahu beri inspirasi kepada lebih ramai pencipta kandungan untuk merealisasikan impian masing-masing.

    Menurut Anuar, istimewanya tahun ini, mereka memperkenalkan kategori baharu, iaitu Changemaker of the Year. Ia bagi menghargai pencipta kandungan yang memberi impak positif kepada masyarakat.

    “Melalui kategori Changemaker of the Year, TikTok berhasrat mengiktiraf pencipta kandungan yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan positif melalui kandungan dicipta,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

    Dua Ikon Relevan tercalon dalam TikTok Awards Malaysia

    Ketika melihat kategori-kategori yang tersenarai dalam anugerah ini, saya senang dan gembira apabila melihat dua nama yang tidak asing dengan Relevan. 

    Dalam kategori Education Creator of the Year, individu yang tercalon ialah aminxabid, financialfaiz, eizuwan, lawyersresponse dan professionalbimbo.

    Dua calon itu, eizuwan atau nama penuhnya Eizuwan Eizuddin dan financialfaiz (Faiz Azmi) merupakan Ikon Relevan. Masih ingat ruangan kami dalam akhbar cetak Utusan Malaysia?

    Saya berpeluang untuk menemu bual financialfaiz secara langsung. Meskipun tidak menyumbang apa-apa kepada penganugerahan ini, saya tetap bangga. Hal ini kerana dalam kalangan 568,000 pengikutnya di TikTok, saya antara yang pernah berbual secara bersemuka dengannya.

    Saya tak pernah bersua muka dengan Eizuwan tapi tetap juga berbangga kerana namanya tersemat kemas dalam arkib Relevan.

    Ikon Kerjaya: Eizuwan 

    Eizuwan memulakan perjalanan sebagai pencipta kandungan ketika pandemik Covid-19 mula melanda negara dahulu. 

    Bermula dengan kerap membeli barang secara dalam talian, Eizuwan sering menghasilkan video unboxing.

    ARTIKEL BERKAITAN: Menganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan

    Waktu ditemu bual penulis kami dahulu, Eizuwan kata, waktu itu semua orang duduk rumah, semua main telefon. Jadi, apa saja yang dimuat naik di TikTok akan dapat tontonan yang sangat banyak. 

    Dari situ dia sedar, apa sahaja yang dimuat naik boleh mempengaruhi orang untuk membeli. 

    Pada asalnya dia menghasilkan video tersebut kerana bosan, tidak buat apa-apa di rumah tapi rezekinya murah, dia berjaya menjana pendapatan melalui pemasaran gabungan sehingga hari ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Merakam dan mengenal hidupan liar melalui fotografi

    Antara produk yang kerap dipamerkan dalam videonya adalah berkaitan gajet, peralatan elektronik – hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. 

    Melihat sambutan orang ramai, Eizuwan mula menghasilkan video yang lebih pelbagai. Dia mula membuat blog video (vlog), video kembara, ulasan isu semasa dan ulasan makanan. Dia juga bertemu nyala rasanya yang baharu.

    “Saya suka ajar orang jadi mula buat video tutorial. Ada kepuasan apabila kita dapat mengajar orang perkara yang mereka belum tahu. 

    “Perkara yang mudah sahaja, macam cara nak sorok status Whatsapp, cara nak cari arah kiblat (guna aplikasi) atau nak hubungkan Apple Pay dengan telefon. Walaupun mudah, masih ramai lagi yang tak tahu,” katanya.

    Eizuwan alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walaupun tidak mengambil jurusan pendidikan, jiwa pendidiknya kental. Sebab itu kategori Education Creator of the Year sangat sesuai dengannya.

    Ikon Kewangan: Financial Faiz

    Topik kewangan sememangnya penting untuk kita. Tidak kiralah berapa umur anda sekalipun, ilmu kewangan sangat penting agar kita tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan berkaitan kewangan.

    Sama seperti Eizuwan, Faiz juga mula menceburi dunia penciptaan kandungan ketika pandemik. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Financial Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan

    Beliau yang pada ketika itu bekerja sebagai perunding unit amanah, ejen insurans dan takaful secara giat tidak dapat berjumpa klien secara bersemuka. Dia perlu berurusan secara dalam talian.

    Justeru itu, dia mengambil inisiatif untuk memuat naik video di YouTube. Perjalanan Faiz sebagai pencipta kandungan bermula di YouTube, kemudian baru TikTok. 

    Berdasarkan pemerhatiannya, rata-rata orang kita kurang celik dalam ilmu kewangan. Berdasarkan komen yang diterima di TikTok dan YouTube pula, dia dapat buat kesimpulan bahawa ramai orang tahu isu kewangan tetapi bukan secara menyeluruh.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    Jadi, niatnya berkongsi ilmu kewangan adalah untuk mendidik setiap rakyat Malaysia agar orang ramai tidak membuat keputusan yang merugikan. 

    Jelasnya lagi, kebanyakan ilmu kewangan banyak dikongsi dalam bahasa Inggeris oleh pakar-pakar di luar negara. Disebabkan tidak mahu rakyat sendiri ketinggalan, dia ambil inisiatif untuk sebarkan ilmu kewangan dalam bahasa ibunda.

    Ini jasa Faiz untuk ratusan ribu pengikutnya di TikTok. Melalui jalan kewangan, dia mendidik orang ramai dalam isu yang asas dalam kehidupan. 

    Undian sudah dibuka! Undi pencipta kandungan pilihan hati di pautan disediakan.

    TikTok Awards Malaysia 2024

    – RELEVAN

    eizuwan featured financialfaiz pendidikan tiktok tiktok awards

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.