Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan

    Menganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 20, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EIZUWAN menganjak hobinya merakam detik kepada kerjaya sebagai pencipta kandungan dan pempengaruh. - GAMBAR/MUHAMAD IQBAL ROSLI (UTUSAN)

    WAKTU pertama kali berjumpa Eizuwan Eizuddin hampir 10 tahun lalu, dia sudah menunjukkan minatnya dalam merakam detik. Apa sahaja detik – keluar ke pekan, aktiviti orientasi universiti atau sekadar makan di kafe kolej bersama rakan – akan terakam dalam kameranya.

    Siapa sahaja yang berkawan dengan Eizuwan waktu itu akan rasa sangat beruntung kerana segala aktiviti bersama didokumentasi dengan kemas dalam pemacu keras komputer atau simpanan memori awan media sosial.

    “Dulu, media sosial kita guna untuk kita. Macam Instagram, orang tak guna untuk dapat clout, mereka jadi diri sendiri. Lebih autentik dan semuanya tentang kita, bukan orang lain,” kata Eizuwan.

    Begitulah yang saya lihat pada dia dahulu, waktu kami menjadi pelajar tahun satu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

    Ketika itu, perkataan pempengaruh (influencer) belum popular. Kita guna media sosial untuk berhubung dengan rakan, meluahkan perasaan juga idea serta mengekspresikan diri sendiri dalam ruang yang selamat.

    Namun, fungsi itu sudah berubah. Media sosial kini menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia. Malah, ia kini mampu memberi pengaruh kepada semua aspek kehidupan manusia, baik sosial, ekonomi mahupun politik.

    “Konsep pempengaruh ini bermula apabila jenama-jenama mula masuk dalam media sosial untuk pemasaran. Mereka mula guna individu untuk mewakili dan mengiklankan produk mereka.

    “Ia bermula dengan Instagram. Facebook lebih awal tapi dia tak guna individu, sebaliknya page-page besar. Cara iklan pun lebih kepada hard sell berbanding soft sell macam sekarang,” jelas Eizuwan.

    Kesan PKP

    Pandemik Covid-19 antara peristiwa yang memangkin pengaruh media sosial terhadap manusia. Ketika itu pergerakan fizikal terbatas. Kita jadi sangat bergantung kepada perhubungan maya.

    Eizuwan juga bertemu potensinya sebagai pencipta kandungan dalam fasa pandemik, ketika kita semua duduk di rumah mentaati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    DALAM tempoh hampir tiga tahun sebagai pencipta kandungan, Eizuwan telah mengumpul jutaan tontonan untuk video-videonya di TikTok. – GAMBAR/MUHAMAD IQBAL ROSLI (UTUSAN)

    “Saya banyak beli barang dalam talian. Boleh kata, setiap hari akan ada barang sampai. Duduk rumah tak tahu nak buat apa, jadi saya rakam video unboxing.

    “Waktu itu semua orang duduk rumah, semua main telefon. Jadi, apa saja yang saya muat naik di TikTok akan dapat tontonan yang sangat banyak. 

    “Saya baru sedar, apa saja yang saya muat naik boleh pengaruh orang untuk membeli. Waktu itu saya belum buat pemasaran gabungan (affiliate marketing), hanya letak pautan Shopee saja,” jelas Eizuwan.

    Melihat sambutan orang ramai, Eizuwan mula menghasilkan video yang lebih pelbagai. Dia mula membuat blog video (vlog), video kembara, ulasan isu semasa dan ulasan makanan. Dia juga bertemu nyala rasanya yang baharu.

    “Saya suka ajar orang jadi mula buat video tutorial. Ada kepuasan apabila kita dapat mengajar orang perkara yang mereka belum tahu. 

    “Perkara yang mudah sahaja, macam cara nak sorok status Whatsapp, cara nak cari arah kiblat (guna aplikasi) atau nak hubungkan Apple Pay dengan telefon. Walaupun mudah, masih ramai lagi yang tak tahu,” katanya.

    Selain gaji bulanannya sebagai pereka grafik pemasaran di sebuah syarikat ketika itu, aktivitinya di media sosial juga mula mendatangkan pendapatan.

    Kini dia menjadi pempengaruh dan pengurus agensi penciptaan kandungan secara sepenuh masa. Akaun TikToknya telah mengumpul 393,000 pengikut dan 11.9 juta sukaan. 

    “Kalau saya buat video cara nak pasang CCTV, video itu tular, akan ada jenama CCTV yang datang ajak kolaborasi.

    “Lama-lama nama saya dah ada dalam pangkalan data semua jenama-jenama ini. Sebab mereka sentiasa memerhati apa yang terjadi (dalam media sosial),” kata Eizuwan.

    Bagi Eizuwan, dalam tempoh PKP, ada golongan yang kehilangan peluang dan ada golongan yang jumpa peluang baharu. Dia golongan kedua.

    “Saya nampak peluang itu sebab hampir semuanya dah beralih ke video. Kita boleh buat apa sahaja hanya dengan satu telefon. Tambahan pula, orang suka ulasan yang dibuat oleh orang awam. Mereka lebih percaya.

    “Di Malaysia ini ada berjuta pemilik perniagaan. Kalau kita boleh cipta kandungan untuk mereka ini, bayangkan betapa besarnya peluang yang ada. Ini satu pasaran baharu yang sangat besar,” katanya.

    Fulamak!

    Yang ikuti Eizuwan pasti sudah terbiasa dengan ungkapan “fulamak!”. Hampir setiap videonya dimulakan dengan ungkapan ini, memberikan penonton keterujaan sejak saat pertama tontonan.

    Ungkapan itu terus menjadi tangkal tuah buat Eizuwan apabila dia membuka agensi penciptaan kandungannya sendiri dengan nama Fulamak Agency.

    BARISAN pencipta kandungan di bawah naungan Fulamak Agency. Dari kiri: Fakhrul Rodzi (@pa_koi), Mohd. Azlan Aziz (@alanazizreview), Huda Mansor (@hudatographic), Ahmad Putra (@putraz99) dan Fahmi Perwira Madahab Amril (@bospami). – GAMBAR/MUHAMAD IQBAL ROSLI (UTUSAN)

    “Asasnya, Fulamak Agency ialah orang tengah yang menghubungkan jenama dengan pencipta kandungan. 

    “Saya kenal ramai pencipta kandungan lain, dari ribuan sehingga jutaan pengikut. Dalam masa sama, saya juga kenal tauke gudang dan pemilik perniagaan.

    “Pemilik perniagaan ini ada duit dan produk tapi mereka tiada kepakaran. Ramai yang datang minta hasilkan video dan saya beritahu, saya ada ramai kawan yang boleh buat. 

    “Dari situ wujudnya Fulamak Agency apabila saya banyak hubungkan pemilik perniagaan dengan pencipta kandungan lain,” jelas Eizuwan.

    Antara pencipta kandungan yang bernaung di bawah Fulamak Agency ialah Fakhrul Rodzi (@/pa_koi), Mohd. Azlan Aziz (@/alanazizreview), Huda Mansor (@/hudatographic), Ahmad Putra (@/putraz99) dan Fahmi Perwira Madahab Amril (@/bospami). – RELEVAN

    featured Ikon Relevan kerjaya pencipta kandungan
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.