Facebook Twitter
    Trending
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MAREA dan MPAJ gerakkan Program Kutipan Kitar Semula Strata 

    MAREA dan MPAJ gerakkan Program Kutipan Kitar Semula Strata 

    By March 19, 2024Updated:March 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBAGAI salah satu usaha yang berterusan untuk menerapkan amalan kitar semula di seluruh negara, Malaysian Recycling Alliance (MAREA) telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menggalakkan penduduk Ampang Jaya mengamalkan pengasingan sisa kitar semula di punca dengan menyediakan perkhidmatan kutipan barangan kitar semula di kawasan strata.

    Program Kutipan Kitar Semula Strata ini sebagai usaha kolektif antara MPAJ dan MAREA yang melibatkan  9,100 isi rumah daripada 23 kediaman berstrata di kawasan MPAJ. Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar kitar semula dan mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sampah.

    Dengan sokongan MAREA dalam membantu menganjurkan program pendidikan dan kesedaran awam, program ini disasarkan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti kutipan sisa kitar semula daripada kediaman. 

    MAREA turut menyokong inisiatif pengutipan bahan kitar semula menggunakan kenderaan dan kakitangan yang akan membantu penduduk untuk mengasingkan sisa kitar semula di punca bagi mencapai kadar kitar semula yang tinggi dengan kerjasama pelbagai pihak.

    Program ini merupakan salah satu inisiatif MAREA di bawah Extended Producer Responsibility (EPR) dengan kerjasama MPAJ sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memupuk tanggungjawab memelihara alam sekitar bersama masyarakat. 

    Inisiatif ini diharapkan dapat menggerakkan usaha serata negara untuk memberi tumpuan kepada pengurusan pembungkusan selepas diguna pakai oleh pengguna agar dapat memberi kesan positif kepada usaha amalan kitar semula di Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif MAREA, Roberto Benetello berkata, Malaysia sedang menghadapi cabaran alam sekitar yang kritikal dengan tempat pelupusan sampah yang melimpah dan kadar kitar semula negara hanya 33 peratus pada 2022. 

    “Kitar semula dan pengasingan sisa di punca adalah tanggungjawab kolektif. 

    “Kerjasama dengan MPAJ membolehkan kami melibatkan penduduk secara langsung, mendidik mereka dalam menjalankan pengasingan sisa di punca dengan cara yang betul dan menyediakan perkhidmatan kutipan sisa kitar semula secara terus dari kediaman. 

    “Inisiatif pengumpulan seperti ini penting dalam membantu kami memahami cabaran kitar semula di peringkat akar umbi dan meningkatkan usaha kitar semula di seluruh negara bagi mencapai sasaran kadar kitar semula negara sebanyak 40 peratus menjelang 2025,” katanya.

    Sementara itu, Yang Dipertua MPAJ, Dr. Ani Ahmad berkata, adalah penting untuk kita beralih daripada sistem ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. 

    “Program Kutipan Kitar Semula Strata hasil kerjasama agensi kerajaan dan swasta ini berpotensi untuk merealisasikan peralihan kepada ekonomi kitaran. 

    “Sebagai PBT, MPAJ komited untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran penduduk Ampang Jaya.

    “Perkara ini akan berhasil sekiranya penduduk mengamalkan pengasingan sisa di punca dan amalan kitar semula yang pastinya membantu mengelakkan limpahan sisa di tapak pelupusan sampah,” ujarnya.

    Di bawah progam ini, Bumi Waste Management (M) Sdn. Bhd., dilantik sebagai pengumpul barangan sisa kitar semula dengan menggunakan mekanisme memberi pampasan kepada mereka yang telah mengasingkan sisa kitar semula di peringkat strata.

    Selain itu, GreenSteps Malaysia akan membantu memperkasakan pemimpin komuniti agar dapat membawa perubahan positif kepada masyarakat dengan mewujudkan komuniti yang melaksanakan amalan kitar semula.

    Program ini penting untuk membentuk rangka sistem EPR di Malaysia dan menggariskan kerjasama antara pelbagai pemegang taruh dalam memacu pengurusan sisa yang mapan serta lestari. 

    MAREA memainkan peranan penting sebagai organisasi tanggungjawab pengeluar sukarela yang terdiri daripada wakil industri untuk mengurus dan memastikan pembiayaan projek EPR seluruh negara. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025
    Artikel Terkini

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.