Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan jadi lebih sedap dengan penyepit pintar ini? Berikut penjelasan pakar

    Makanan jadi lebih sedap dengan penyepit pintar ini? Berikut penjelasan pakar

    By Zubaidah IbrahimAugust 23, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENYEPIT makanan pintar ini dicipta untuk menjadikan makanan mempunyai rasa lebih enak.

    SYARIKAT pembuat minuman di Jepun, Kirin Holdings Co., telah bekerjasama dengan Universiti Meiji untuk menghasilkan penyepit makanan atau chopsticks pintar untuk menjadikan makanan mempunyai rasa lebih enak.

    Penyepit makanan pintar itu merupakan hasil ciptaan Profesor Homei Miyashita dari Universiti Meiji yang membuat kajian mengenai rangsangan elektrik untuk mengubah cara manusia menikmati makanan dan merasanya. 

    Pada tahun 2016, Miyashita bersama rakan penyelidik Hiromi Nakamura telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa kerana berjaya menghasilkan garpu elektrik yang boleh membuatkan makanan itu berasa lebih masin.

    Tahun lalu, beliau juga mendapat perhatian untuk projek Taste The TV (TTTV) iaitu skrin televisyen yang boleh dijilat dan boleh meniru rasa pelbagai makanan.

    Kini, Miyashita sekali lagi menjadi bualan ramai apabila berjaya mencipta sepasang penyepit makanan pintar yang boleh menjadikan rasa makanan itu lebih sedap.

    PERANTI makan ini menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada pergelangan tangan.

    Secara purata, orang Jepun mengambil kira-kira 10 gram garam sehari iaitu dua kali ganda pengambilan sodium harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Miyashita mendakwa, rangsangan elektrik ciptaannya itu boleh membantu memerangi masalah tersebut.

    “Penyepit makanan pintar pertama di dunia ini boleh meningkatkan rasa masin yang mana sebenarnya makanan itu rendah sodium sebanyak kira-kira 1.5 kali.

    “Peranti makanan ini menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada pergelangan tangan,” jelasnya.

    Teknologi tersebut menghantar ion sodium daripada makanan melalui penyepit ke mulut pengguna untuk mencipta sensasi masin yang dipertingkatkan.

     Menurut kenyataan Kirin Holdings Co., penyepit itu menggunakan rangsangan elektrik yang sangat lemah maka, ia tidak cukup kuat untuk menjejaskan tubuh manusia.

    Alat itu menyesuaikan fungsi ion seperti sodium klorida dan sodium glutamat untuk mengubah persepsi rasa dengan menjadikan makanan tersebut sama ada mempunyai rasa lebih kuat atau lebih lemah.

    Sementara itu, seorang lagi penyelidik yang turut membantu membangunkan penyepit pintar tersebut, Ai Sato berkata, jika kita cuba mengelak daripada mengambil makanan kurang garam dengan cara konvensional, kita perlu menahan ‘kesakitan’ menghadkan makanan kegemaran atau bersabar dengan makanan hambar

    Kedua-dua penyelidik itu berkata, ujian klinikal yang dijalankan ke atas orang yang mengikuti diet rendah sodium telah mengesahkan keberkesanan penyepit pintar ciptaan mereka.

    Para peserta yang mencuba sup miso rendah garam dengan menggunakan penyepit pintar itu memujinya hidangan tersebut mempunyai rasa yang sangat sedap keseluruhannya termasuk menikmati rasa manis.

    Miyashita dan Sato kini sedang mengubah suai penyepit pintar itu dan merancang untuk mempunyai versi yang berdaya maju secara komersial seawal tahun depan.- RELEVAN

    Previous Article10 kematian Covid-19 semalam, 3 BID
    Next Article Skim khas untuk graduan baharu beli kereta pertama

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.