Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    By September 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BUAT persediaan rapi sebelum hadiri temu duga supaya anda boleh menjawab setiap soalan dengan baik. - GAMBAR HIASAN/YANALYA/FREEPIK

    Antara soalan popular yang ditanyakan ketika temu duga ialah “mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?”

    Soalan itu kedengaran ringkas tetapi tanpa persediaan boleh membuat anda sukar untuk menjawabnya tepat dan tergagap-gagap tidak yakin.

    Jika tersilap jawab, akan mendedahkan kelemahan anda dan memberi persepsi negatif penemu duga terhadap anda.

    Oleh itu, Relevan perincikan 5 jawapan untuk anda menjawab tersebut dengan selamat menurut money.usnews.

    1.   Saya boleh menyelesaikan masalah

    Anda perlu menjawab kebimbangan utama majikan. Beritahu yang anda adalah penyelesai masalah.

    Jika anda melihat sesuatu yang anda boleh membantu syarikat membetulkan sesuatu masalah itu, maka anda benar-benar boleh memberi kesan positif.

    Tindak balas seperti ini menaikkan nilai calon, menunjukkan keprihatinan dan menunjukkan bahawa pemohon berminat dengan organisasi dan pekerjaan ini.

    Sebagai contoh, anda memberitahu bahawa perkhidmatan pelanggan di syarikat tersebut kurang memuaskan dan di syarikat lama juga mempunyai masalah yang sama.

    “Begini cara saya menyelesaikannya…”

    Atau anda boleh mengemukakan masalah syarikat lama dan beritahu cara anda menyelesaikannya.

    1.   Jual kelebihan diri

    Apabila diajukan soalan ‘mengapa kami perlu menerima anda bekerja’? Inilah masanya untuk anda ‘menjual’ kelebihan diri.

    Namun, jangan terlebih yakin dan kelihatan seperti sombong ketika menceritakan kelebihan diri. Lakukan dengan penuh berhemah dan bijaksana

    Contoh jawapan yang baik: “Saya fikir saya akan menjadi hebat dalam pekerjaan ini. Inilah sebabnya. …”

    Anda juga tidak mengatakan bahawa anda adalah orang yang terbaik untuk pekerjaan itu, cuma anda fikir anda akan menjadi hebat jika diterima bekerja di situ.

    Ia adalah kenyataan yang yakin tanpa kedengaran sombong.

    1.   Bercerita

    Tindak balas yang baik adalah dengan merangkumi contoh situasi prestasi masa lalu. Ini membolehkan bakal majikan melihat potensi dalam diri anda.

    Di samping menceritakan kelebihan diri. Anda juga boleh menceritakan satu atau dua contoh kerja terdahulu yang telah anda lakukan dan hasilnya.

    Ini penting untuk menunjukkan perkara yang boleh anda lakukan pada masa hadapan.

    Contoh jawapan yang baik: “Saya fikir anda patut menggaji saya kerana saya telah mencari pekerjaan ini sudah lama. Saya ada cerita menarik tentang itu, sebenarnya…”

    Hiburkan penemu duga anda dengan cerita bernas yang memberitahu anda sesuatu tentang sebab anda sesuai untuk pekerjaan ini.

    1. Strategi yang lebih khusus

    Terdapat beberapa perkara khusus untuk anda terangkan dengan tepat mengapa anda perlu diterima bekerja di situ.

    Dapatkan butiran lanjut tentang syarikat yang anda temu duga dan bagaimana cara anda menyesuaikan diri.

    Pastikan anda telah meneliti organisasi itu sebelum menghadiri temu duga supaya anda boleh menerangkan bagaimana latar belakang anda sejajar dengan misi, nilai dan matlamat mereka.

    Anda juga perlu menamakan bidang kepakaran tertentu yang membolehkan anda berjaya ketika menjalankan tugas.

    Tawarkan beberapa kemahiran khusus dan unik.

    Serlahkan pengalaman atau kemahiran yang membuat anda menonjol daripada calon lain seperti kefasihan dalam bahasa lain atau kepakaran teknologi yang berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

    1. Kerana ini sesuai untuk saya

    Syarikat mahu calon mereka benar-benar mahukan pekerjaa itu. Oleh itu, anda boleh mengatakan seperti “saya telah lama menyimpan impian untuk bekerja dalam industri ini.”

    Jawapan itu membolehkan bakal majikan tahu bahawa anda mempunyai semangat yang wajar dan benar-benar mahu bekerja di situ.

    Selain itu, anda juga boleh memberi jawapan: “Anda harus menggaji saya kerana saya ingin membuat perubahan dalam syarikat ini……”

    “Saya mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Saya mahu belajar dan berkembang dengan syarikat ini dan pekerjaan ini adalah yang paling sesuai untuk saya.”- RELEVAN

    featured kerja soalan temuduga
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.