Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    By Umi FatehahSeptember 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia. - GAMBAR HIASAN MARIA ZIEGLER/UNSPLASH

    SUDAH ada banyak perbincangan mengenai pelaburan hartanah dan bagaimana ia boleh mendorong kepada impian anda untuk mencapai tahap kebebasan kewangan (financial freedom). 

    Kita sedikit sebanyak tahu dan faham bahawa ia melibatkan usaha yang tidak putus-putus, penyelidikan dan pemahaman. Tetapi, masih perlu ingat bahawa untuk menghasilkan pendapatan daripada hartanah bukanlah perkara yang mudah.

    Justeru itu, Relevan rungkaikan beberapa cara bagaimana kebanyakan orang menjana pendapatan daripada hartanah.

    1. Sewa hartanah (beli untuk sewa)

    Salah satu cara paling popular untuk menjana pendapatan melalui hartanah ialah beli rumah dan menyewakannya kemudian. Pilihan ini juga dikatakan pelaburan yang selamat dan kurang berisiko apabila dilakukan dengan betul.

    Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah cari hartanah yang bersesuaian. 

    Penting untuk anda mencari hartanah di lokasi strategik dengan potensi untuk semakin berkembang maju. Kebiasaannya, lokasi berhampiran universiti atau kawasan di mana banyak perniagaan berkembang pesat. 

    Kebaikan anda memilih beli rumah untuk disewakan ialah mendapat pulangan yang baik dan mempunyai saluran pendapatan sampingan yang stabil. 

    Namun, setiap yang baik ada buruknya. Keburukannya ialah anda perlu bersedia dengan kemungkinan penyewa merosakkan harta benda rumah disewakan atau penyewa lari tanpa membayar sewa.

    1. Beli untuk jual (house flipping)

    House flipping ialah proses di mana pelabur akan membeli hartanah dan kemudian menjualnya semula sebagai hartanah sub-jualan untuk mendapatkan keuntungan. Matlamatnya adalah untuk membeli pada harga yang rendah dan jual semula pada harga yang lebih tinggi.

    Persoalannya, adakah orang yang mahu membeli hartanah sub-jualan? Terdapat beberapa jawapan kepada persoalan tersebut:

    • Kemudahan jaringan pengangkutan 
    • Perbandaran yang telah siap menawarkan kemudahan yang hebat berbanding ketika ia masih dalam pembinaan
    • Potensi hasil sewa yang tinggi

    Seterusnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa dalam proses pemilihan rumah.

    Pastikan anda mampu dari segi kewangan untuk mempertahankan rumah itu dalam keadaan baik sehingga ia rasmi dibeli. Maksudnya, walaupun rumah itu masih belum ada pembeli, anda masih boleh hidup seperti biasa tanpa kesempitan wang. 

    Seterusnya, komitmen untuk mengekalkan keadaan hartanah. Seeloknya, anda perlu memastikan keadaan rumah itu dalam keadaan baik dan cantik supaya dapat menarik minat pembeli.

    Kebaikan menggunakan cara ini ialah anda akan mendapat pulangan yang tinggi dan cepat. Manakala keburukannya pula kemungkinan pelan pembangunan kawasan hartanah itu kurang memuaskan atau hartanah yang dibeli mempunyai nilai yang rendah.

    1. Sewaan jangka pendek

    Anda mesti pernah dengar tentang Airbnb, bukan? Konsepnya sama sahaja seperti hotel. Sewaan boleh dikira melalui tempoh penginapan seperti satu malam, seminggu atau sebulan. 

    Sekiranya anda menyewakan rumah di Airbnb, ia boleh menghasilkan margin keuntungan yang jauh lebih tinggi dan pulangan keuntungan yang lumayan berbanding strategi beli untuk sewa jangka panjang tradisional.

    Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk menceburi sewaan jangka pendek, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. 

    Kebaikan:

    • Anda boleh mengenakan bayaran lebih untuk sewaan jangka pendek berbanding sewaan jangka panjang.
    • Anda berpotensi untuk mendapat lebih banyak tempahan kerana orang ramai sering mencari penginapan saat akhir.
    • Pulangan keuntungan yang cepat dan aliran tunai yang lebih baik.

    Keburukan:

    • Ia mungkin membebankan kerana anda perlu menguruskan proses check-in tetamu, membersihkan unit dan menguruskan apa sahaja masalah yang timbul. Semuanya diletakkan di atas bahu anda sendiri.

    Berminat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah? Pertimbangkan apakah jenis pelaburan yang bersesuaian dengan anda dan lakukan perancangan yang teliti. 

    Jangan lupa untuk terus layari kami di relevan.com.my ikuti kami di Facebook, Twitter dan TikTok untuk perkongsian yang menarik dan bermanfaat. – RELEVAN

    Previous ArticleRamai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    Next Article 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.