Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kemeriahan sambutan Kemerdekaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini 

    Kemeriahan sambutan Kemerdekaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini 

    By Umi FatehahAugust 29, 2023Updated:August 30, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMERIAHAN sambutan Kemerdekaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini. - FAISOL MUSTAFA

    PASTI anda semua sudah pun melihat kelibat jet pejuang dan sebagainya berkeliaran di udara bukan? Mereka semua sedang melakukan raptai untuk persembahan yang bakal dilakukan pada 31 Ogos ini.

    Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula jam 7 pagi.

    Selain persembahan aksi terjunan tepat oleh pasukan komando VAT 69 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda juga berpeluang melihat aksi bermotosikal oleh pasukan Army Red Warrior oleh Tentera Darat Malaysia.

    Terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan menarik untuk disaksikan oleh para pengunjung. Antaranya ialah persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Suki Low dan Zizi Kirana.

    Di samping itu, anda bakal menyaksikan 30 kontinjen perbarisan di perkarangan Dataran Putrajaya. Antara yang terlibat ialah Kontinjen Kenegaraan dan Kontinjen Perpaduan Malaysia MADANI. 

    Dalam sambutan yang sama, anda juga akan menyaksikan kumpulan pancaragam yang mengiringi kontinjen semasa acara perbarisan dan perarakan. Sebanyak 36 kumpulan pancaragam akan memeriahkan sambutan kemerdekaan negara.

    Antara kumpulan pancaragam yang terlibat ialah Pancaragam Kawalan Kehormatan Utama (KKU), Pancaragam ATM Puzida, Pancaragam Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain.

    Kedengaran sangat mengujakan bukan? Marilah kita beramai-ramai memeriahkan lagi sambutan setahun sekali ini. 

    Namun, menerusi perkongsian di media sosial, ramai meninggalkan beberapa pesanan dan tip kepada rakyat yang bakal memeriahkan sambutan di Dataran Putrajaya kelak. Antaranya ialah seperti berikut:

    1. Pengunjung dinasihatkan untuk datang awal ke lokasi untuk mendapatkan tempat duduk. Jika sudah tidak ada tempat duduk, anda terpaksa berdiri di bawah terik matahari sepanjang acara. 
    2. Beberapa jalan akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada sambutan Kemerdekaan. Cari laluan alternatif atau gunakan khidmat pengangkutan awam.
    3. Orang ramai juga dinasihatkan membawa beberapa barangan keperluan seperti payung atau topi dan powerbank. Anda juga disarankan untuk membawa air yang mencukupi dan snek ringan.
    4. Oleh kerana sambutan ini dijangka akan menerima kira-kira 10,000 pengunjung, tempat akan menjadi sesak. Seeloknya, elakkan membawa anak kecil atau warga emas bagi mencegah kejadian tidak diingini seperti sesak nafas, pengsan dan sebagainya.
    5. Elakkan memakai pakaian yang terlalu tebal. Hal ini kerana cuaca tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan. 

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Memetik slogan kemerdekaan tahun ini, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. – RELEVAN

    featured Merdeka putrajaya sambutan kemerdekaan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.