Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Punca tangan menggigil, adakah ini penyakit serius?

    Punca tangan menggigil, adakah ini penyakit serius?

    By Zubaidah IbrahimAugust 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK punca yang menyebabkan tangan menggigil, jangan ambil mudah.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    MESTI ada diantara kita yang pernah mengalami tangan tiba-tiba menggigil atau terketar-ketar. Keadaan itu mungkin disebabkan oleh gentian otot kecil di tangan dan lengan anda sentiasa mengecut dan mengendur secara rawak.

    Kadangkala terdapat ketidakseimbangan antara kumpulan otot yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

    Walaupun begitu, Pakar neurologi di Piedmont, Dr. Gathline Etienne berkata, ia boleh jadi membimbangkan jika tangan anda menggigil sehingga mengganggu tugas harian seperti makan, minum, menulis, membutang baju dan mendail telefon.

    “Jika keadaan ini terjadi, dapatkan rawatan segera dengan melakukan ujian neurologi atau metabolik,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu tahap kesihatan mental, cegah sebelum terlambat

    Etienne menjelaskan terdapat banyak punca yang menyebabkan tangan menggigil dan keadaan paling biasa adalah seperti berikut:

    • Kurang tidur: Apabila anda tidak cukup tidur, ini boleh mencetuskan refleks saraf yang menyebabkan getaran pada tangan.
    • Terlalu banyak kafein: Kafein merangsang badan anda sehingga menyebabkan otot anda bergerak keluar dari urutan.
    • Gula dalam darah rendah: Gula dalam darah yang rendah boleh menyebabkan getaran kerana saraf dan otot kekurangan bahan bakar yang diperlukan.
    • Kebimbangan (anxiety): Apabila anda cemas, tertekan atau marah, saraf anda akan meningkat sehingga menyebabkan getaran.
    • Kesan ubat: Sesetengah orang lebih sensitif terhadap ubat. Antaranya ubat asma, anti kemurungan, lithium dan juga antihistamines boleh menyebabkan tangan anda bergetar.
    • Gangguan neurologi (Essential Tremor): Keadaan menggigil paling ketara berlaku apabila anda melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan dan bukan semasa anda berehat. Keadaan ini bukan hanya menjejaskan tangan, tetapi juga kepala, bahagian badan lain dan juga suara

    Orang selalu keliru yang mengatakan keadaan gangguan neurologi ini adalah penyakit Parkinson tetapi sebenarnya ia berbeza.

    Menurut Persatuan Essential Tremor Antarabangsa, dianggarkan 10 juta rakyat Amerika Syarikat mengalami keadaan ini yang biasanya menjadi lebih teruk apabila usia meningkat.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 manfaat kesihatan brisk walking

    Di samping punca-punca di atas, anda juga perlu perhatikan penyebab lain yang lebih serius seperti berikut:

    Tiroid: Tiroid yang terlalu aktif adalah lebih biasa terjadi kepada wanita berbanding lelaki dan ia muncul paling kerap di antara umur 20 dan 30 tahun.

    Ia boleh menyebabkan gegaran bersama-sama dengan kesan sampingan yang lain. Doktor anda boleh mendiagnosis keadaan ini dengan ujian darah untuk memeriksa tahap hormon tiroid anda.

    Parkinson: Penyakit Parkinson setakat ini adalah diagnosis paling serius yang dikaitkan dengan masalah menggigil atau terketar-ketar ini.

    Dalam kes ini, gegaran teruk berlaku walaupun ketika anda sedang berehat dan bukan semasa anda menggunakan tangan.

    “Gegaran dalam penyakit Parkinson sering dipanggil ‘pill rolling’ kerana ia seperti menggulung pil kecil di antara ibu jari anda dan sisi jari telunjuk anda.

    “Terdapat ubat-ubatan yang tersedia untuk merawat penyakit Parkinson serta Essential Tremors,”  kata Etienne

    Ujarnya lagi, anda lebih mengenali badan sendiri, jika berasa goyah selepas beberapa cawan kopi atau semasa membuat persediaan untuk pengucapan awam, mungkin kafein atau adrenalin yang menyebabkan anda gementar dan tidak ada sebab untuk berasa cemas.

    Tetapi jika anda tidak dapat mengawalnya, walaupun tidak menggunakan tangan, ini mungkin tanda serius dan perlukan nasihat doktor. – RELEVAN

    Previous ArticleKemeriahan sambutan Kemerdekaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini 
    Next Article 8 amalan untuk tubuh kalis sakit

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.