Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 2)

    Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 2)

    By FATIMAH MOHAMED ARSHAD dan NURFITRI AMIR MUHAMMADJune 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SISTEM monopoli pembekalan benih yang diamalkan sekarang akan hanya mengongkong dan mengekang petani daripada mengambil keputusan yang terbaik untuk sawahnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BAGAIMANA kualiti benih padi yang dibekalkan kepada petani boleh dipantau?

    Pertama, melalui persaingan. Dinamik persaingan akan menyebabkan pembekal menjual benih yang terbaik untuk terus bertahan dalam pasaran. 

    Sebaliknya dalam pasaran yang terdapat hanya 11 syarikat pembekal, masing-masing memiliki syer pasaran yang besar dan hampir-hampir terjamin iaitu sekurang kurangnya 10 peratus. 

    Apabila syer pasaran besar, pembekal akan selesa dan tiada insentif untuk memastikan kualiti kerana petani tiada alternatif lain selain mereka. Kerana bilangan pembekal yang kecil, mahu tak mahu petani perlu beli dari mereka kerana keterdesakan. 

    Apabila pasaran bersaing, semua masalah ini terselesai dengan sendirinya dan faedah persaingan akan menjelma. 

    Kedua, wujudkan ekosistem penilaian kualiti dari tahap awal sampai ke tahap agihan. Sistem penilaian perlu cekap menggunakan teknologi maju seperti menggunakan kod QR. 

    Penggunaan kod QR pada penandaan (tagging) benih padi ini telah pun diumumkan sebagai satu kaedah untuk memantau kualiti benih oleh pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 2020, namun ia tidak diteruskan oleh para pengeluar. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 1)

    Ketiga, beri kupon input terus atau bayaran subsidi terus kepada petani. Faedahnya, membenarkan petani menggunakan bakat mereka dengan memberi kebebasan membeli memilih baja yang mereka fikir sesuai mengikut jenis tanah. 

    Mereka lebih mengetahui apa baja atau racun serangga yang sesuai untuk sawah mereka setelah berbendang sekian lama. 

    Kearifan petani

    Sedia maklum selama separuh abad petani telah diberi formula baja tanpa mengambil kira profil tanah. Bayangkan jumlah kerugian terkumpul semenjak 1980 kesan daripada kecuaian sistem ini. 

    Tanpa ragu, bukan setakat petani tahu apa yang terbaik untuk sawahnya, malahan bertanggungjawab atas keputusannya. Sikap pertanggungjawapan sebegini melahirkan petani yang berinovatif, kental dan berdaya tahan. 

    Mungkin ada pihak yang bimbang cadangan ini akan menyebabkan ketirisan. Ketirisan boleh dipantau melalui data raya atau big data. Semua kegiatan pembelian petani akan direkodkan dan ditentusahkan kesan input ke atas hasil apabila mereka menjual padi dan menuntut subsidi. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Monopoli syarikat gergasi bahayakan jaminan bekalan makanan, tiba masa sokong petani tempatan

    Petani sebenarnya tersepit di antara dua monopoli besar. Pertama, monopoli import dan usaha sama (joint venture) antara pengilang dan pengimport membolehkan mereka bebas menetapkan harga beras import dan berkuasa besar dalam pasaran padi berbanding dengan petani kecil. 

    Sekian lama, iaitu hampir separuh abad, petani hanya memiliki pilihan satu hingga dua pembeli padi sahaja berbanding dengan pembelian kendiri melalui kilang koperasi milik mereka sendiri dalam tahun 1970-an. 

    Kebebasan dan kemampuan mandiri petani ini telah dihapuskan apabila industri ini dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Padi dan Beras Negara pada  1971 dan kemudian BERNAS (1992). 

    Sistem usang

    Di satu pihak pula, pemusatan baja dimonopoli oleh satu agensi selama hampir lima dekad. Monopoli agihan baja dan input ini membina benteng yang tinggi yang menghalang kemasukan peserta baharu ke dalam perniagaan agihan baja ini. 

    Tiada petani, usahawan muda, atau pemula (start ups) atau PMKS yang berani menceburi perniagaan agihan baja dan input ini. 

    Maka tidak menghairankan , industri baja atau input tanah air lembap dan berterusan bergantung kepada import. 

    ARTIKEL BERKAITAN: NGO desak Malaysia keluar CPTPP, jejas hak petani dan keterjaminan makanan 

    Agihan baja dan input disalurkan melalui tiga tahap, kebangsaan dan negeri. Bererti, apabila sampai ke tahap sawah, petani perlu membayar harga lebih tinggi daripada yang dibayar oleh pengagih sebelumnya. 

    Lantas, apabila mereka diberi kupon atau subsidi secara terus, mereka tidak perlu bayar harga tinggi kerana bilangan orang tengah telah dikurangkan. 

    Struktur monopoli input ini terus bertahan walaupun landskap perniagaan kini telah berubah di mana individu tidak perlu bergantung kepada beberapa “orang tengah” lagi untuk membeli atau menjual. Petani boleh membuat pesanan terus baik daripada pembekal dalam negeri mahupun antarabangsa. 

    Pentas perniagaan terkini iaitu secara dalam talian boleh dikatakan hampir sama rata dan terbuka untuk semua, pembeli, peniaga dan penjual. Maklumat harga, kualiti dan spesifikasi adalah terbuka untuk paparan semua. 

    Monopoli akan hanya mengongkong dan mengekang petani daripada mengambil keputusan yang terbaik untuk sawahnya. 

    Pendek kata, polisi benih mahupun campur tangan yang mendalam ke atas padi dan beras adalah arkib dan usang, tidak sejalur dengan perubahan zaman. 

    Dalam dunia digital sekarang ini, pentas perniagaan adalah terbuka untuk faedah semua, pengguna, peniaga dan petani. 

    Monopoli, kartel, dan pemusatan fungsi agihan melembapkan industri dan memberi untung besar kepada individu tertentu, tetapi meragut kebebasan dan kemampuan petani berdikari dan mandiri untuk memberi input yang terbaik kepada sawahnya, lantas kehidupannya dan keterjaminan makanan negara. – RELEVAN

    Benih Penyelesaian ialah siri artikel yang ditulis oleh Felo Laboratori Kajian Polisi Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Fatimah Mohamed Arshad dan Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), NurFitri Amir Muhammad. Siri artikel ini membincangkan masalah dan penyelesaian isu benih padi di Malaysia.

    Previous ArticleBenih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 1)
    Next Article Memahami Belanjawanku: Data penting dan cara memanfaatkannya

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.