Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Senarai lokasi sambutan Ambang Merdeka di seluruh Malaysia

    Senarai lokasi sambutan Ambang Merdeka di seluruh Malaysia

    By Umi FatehahAugust 29, 2023Updated:August 29, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SENARAI lokasi sambutan Ambang Merdeka di seluruh Malaysia. - FAISOL MUSTAFFA

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meraikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada tahun ini. Sambutan ini sudah menjadi acara tahunan sejak kita mula merdeka pada tahun 1957. 

    Jika diimbas kembali, sebelum malam 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman berucap menerusi Radio Malaya untuk menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah. Dato’ Abdul Razak Hussein juga memaklumkan menerusi Radio Malaya mengenai atur cara sambutan kemerdekaan supaya rakyat boleh melakukan perancangan dan persediaan.

    Pada tahun ini, Relevan meneruskan tugas bagi menyeru rakyat seluruh negara untuk meraikan Hari Kemerdekaan. 

    Sambutan Ambang Kemerdekaan tahun ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2023 bermula jam 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam. Sambutan ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagi rakyat yang berada di luar kawasan sekitar Kuala Lumpur, sambutan Ambang Kemerdekaan juga diadakan di beberapa negeri berlainan. Kesemua atur cara sambutan di negeri-negeri lain bermula pada waktu yang sama iaitu jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

    Di Shah Alam, sambutan akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

    Manakala di Sarawak, sambutan akan berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bertanggungjawab untuk sambutan Ambang Kemerdekaan di Sarawak.

    Rakyat di Melaka pula boleh berhimpun di Dataran Sejarah Ayer Keroh bagi sama-sama menunggu detik jam 12 malam untuk melaungkan “merdeka!” bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

    Sementara itu di Johor, Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang bakal menghimpunkan warga Johor bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    Di Terengganu dan Kelantan pula masing-masing akan menyambut sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Drawbridge Kuala Terengganu dan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

    Pada masa yang sama, rakyat Perlis akan menyambut Ambang Kemerdekaan di Jalan Persiaran Wawasan dan Dataran Kompleks DUN. Manakala di Perak, sambutan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru. 

    Marilah kita bersama-sama menyambut hari bersejarah ini, hari negara kita bebas daripada belenggu kuasa asing. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 Malaysia.

    Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

    – RELEVAN

    Previous ArticleSejarah perkhidmatan kesihatan sebelum merdeka
    Next Article Kemeriahan sambutan Kemerdekaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini 

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.