Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sejarah perkhidmatan kesihatan sebelum merdeka

    Sejarah perkhidmatan kesihatan sebelum merdeka

    By August 28, 2023Updated:August 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERKHIDMATAN kesihatan telah wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan bagi merawat dan menyediakan bantuan kesihatan kepada penduduk Malaya.- FOTO OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

    KESIHATAN merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Kita bertuah kerana semua orang boleh mendapat akses perkhidmatan yang sangat baik di negara ini dan ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi yang berkembang pesat.

    Sebenarnya, perkhidmatan kesihatan di negara ini telah wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan bagi merawat dan menyediakan bantuan kesihatan kepada penduduk Malaya pada ketika itu.

    Merujuk kepada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan, Relevan kongsikan sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini sebelum merdeka.

    Hospital sebelum merdeka

    Pembinaan hospital pada ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong perlu membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan.

    Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah:

    •   Taiping
    •   Teluk Intan
    •   Tapah
    •   Sungai Siput
    •   Slim River
    •   Sri Manjung
    •   Selama
    •   Parit Buntar
    •   Kuala Kangsar
    •   Kampar
    •   Ipoh
    •   Grik
    •   Changkat Melintang
    •   Batu Gajah
    •   Tanjung Rambutan

    Hospital tertua

    Pada tahun 1880, Hospital Taiping telah dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital tertua di negara ini mencatat sejarah apabila menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray.

    Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri yang kerap berlaku telah mendorong penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 filem patriotik sempena bulan kemerdekaan Malaysia

    Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.

    Kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR ditubuhkan di negara ini.

    Bermula dari situ, kerja-kerja penyelidikan dan perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. Selepas itu diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi.

    Kesihatan di Sarawak dan Sabah

    Di Sarawak pula ia bermula pada era Raja Brooke pada ketika itu hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka.

    Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah memfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar.

    Sementara itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah pula ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942. 

    Perkhidmatan kesihatan pergigian

    Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang (dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur.

    Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian.

    ARTIKEL BERKAITAN: Senarai menteri Kabinet pertama negara, sebelum dan selepas merdeka

    Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E.

    Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif. 

    Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysia untuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya.

    Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching dan Alor Star.

    Selepas merdeka, tumpuan kerajaan lebih kepada mempertingkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita mempunyai sebanyak 65 buah hospital.- RELEVAN

    featured kesihatan Merdeka perkhidmatan sejarah
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.