Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahasiswa UPM sebar kesedaran pencemaran plastik

    Mahasiswa UPM sebar kesedaran pencemaran plastik

    By November 9, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI 17 orang pelajar daripada Kelab Mahasiswa Kimia menjayakan program ‘We Protect We Survive di Pantai Morib baru-baru ini.

    BAHAN plastik seperti beg plastik, pembalut dan pembungkus plastik adalah item wajib yang digunakan dalam kehidupan seharian.

    Tanpa kita sedar, penggunaan plastik yang berterusan tanpa kawalan menyebabkan alam semakin tercemar dan sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan hidupan di bumi.

    Menyedari perkara tersebut, Kelab Mahasiswa Kimia (KMK), Jabatan Kimia, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program kesedaran mengurangkan penggunaan bahan plastik yang menyumbang kepada penghasilan mikroplastik dan nanoplastik kepada pengunjung di Pantai Morib, baru-baru ini.

    Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman berkata, program We Protect We Survive (WPWS) ini memberi pendidikan kepada komuniti di Pantai Morib bahawa pencemaran mikroplastik dan nanoplastik menjadi ancaman yang memberi mudarat kepada hidupan laut serta manusia.

    PELAJAR sedang memberi penerangan tentang bahaya pencemaran mikroplastik dan nanoplastik kepada pengunjung di Pantai Morib.

    “Program dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ini juga secara tidak langsung mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga ekosistem marin seperti sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 14 (SDGs) demi pembangunan mampan.

    “Beberapa aktiviti interaksi seperti permainan mencari mikroplastik dan kuiz mengenai mikroplastik dan nanoplastik telah dijalankan kepada pengunjung bagi mencapai objektif program ini,” katanya.

    Selain itu, terdapat juga sesi penerangan risalah maklumat berkenaan pencemaran mikroplastik dan nanoplastik kepada para pengunjung di sekitar pantai.

    PENGUNJUNG juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

    “Melalui aktiviti ini, ia dapat memberikan impak kepada orang awam untuk menjaga kebersihan pantai dan cakna dengan kesan bahaya mikroplastik dan nanoplastik terhadap ekosistem.

    “Pelaksanaan program seperti ini juga bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan kepada 17 pelajar FS UPM dalam melaksanakan program,” terangnya.

    Katanya, mahasiswa dapat membuka minda dan meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah untuk diamalkan pada masa akan datang selain mendukung Matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

    Program ini turut mendapat kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Kesatuan Mahasiswa (KM) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN). – RELEVAN

    featured masyarakat pencemaran plastik upm
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.