Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar

    Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Pixabay (Pexels)

    PERBINCANGAN berkenaan gaji minimum baru-baru ini memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang tahap gaji yang rendah di Malaysia. Walaupun kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500, ternyata belum memuaskan rata-rata golongan pekerja yang melihat ia tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan dengan kos yang semakin tinggi.

    Gaji minimum bertujuan untuk menetapkan satu aras ganjaran minimum kepada pekerja dan ia dikanunkan sebagai undang-undang dalam sebuah negara. Perkiraan gaji minimum akan mengambil kos sara hidup, namun ia bukan satu-satunya faktor. Disebabkan gaji minimum merupakan keperluan perundangan, pertimbangan turut diberikan kepada faktor lain seperti kesan kepada guna tenaga dan pewujudan pekerjaan.

    Oleh itu, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi sehingga menyukarkan majikan menggaji pekerja secukupnya untuk operasi perniagaan atau sehingga menyebabkan inflasi yang tidak terkawal.

    Gaji minimum memastikan pekerja dapat menyediakan keperluan asas kepada diri dan keluarga menggunakan upah yang diberikan. Namun, dapat membeli keperluan asas sahaja belum mencukupi. Seorang pekerja dengan gaji yang ‘cukup makan’ untuk menyediakan keperluan asas tidak dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.

    Pekerja sebegini sukar membuat simpanan dan menyediakan wang untuk kecemasan. Golongan ini dinamakan sebagai kumpulan isi rumah mudah terjejas. Menurut dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, terdapat 75 peratus rakyat Malaysia tidak boleh menyediakan RM1,000 ketika kecemasan, majoriti rakyat Malaysia akan kehabisan tunai dalam masa seminggu sekiranya hilang sumber pendapatan dan hanya tiga juta daripada 14.5 juta pekerja mempunyai cukup wang persaraan.

    Situasi ini menyebabkan ada dalam kalangan pekerja yang perlu melakukan lebih daripada satu kerja supaya pendapatannya mencukupi untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

    Gaji kehidupan wajar

    Menjalani kehidupan yang berkualiti bukan sekadar kemampuan menyediakan keperluan asas. Lebih daripada itu, kehidupan yang berkualiti melibatkan jaringan keselamatan sosial, simpanan persaraan, penglibatan aktif dalam masyarakat dan pembangunan diri serta keluarga.

    Untuk menggalakkan pembayaran gaji dan upah yang mencukupi bagi menjalani kehidupan yang berkualiti, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah menyarankan pengenalan kadar gaji kehidupan wajar yang dapat menjamin taraf hidup yang minimum untuk pekerja.

    Berbeza dengan gaji minimum, gaji kehidupan wajar kebiasaannya tidak berfungsi sebagai sebuah undang-undang dalam sesebuah negara. Bagaimanapun, ada juga negara yang menjadikannya sebagai keperluan perundangan, contohnya kerajaan United Kingdom (UK) yang menetapkan Gaji Kehidupan Wajar Kebangsaan.

    Penentuan kadar gaji kehidupan wajar juga bersandarkan terutamanya kepada kos sara hidup. Disebabkan itu, kadar gaji kehidupan wajar perlu sering disemak semula supaya seiring dengan kos sara hidup dalam sesebuah negara.

    Pada 2016, BNM menerbitkan anggaran awal gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur. Dapatan mereka, seorang dewasa bujang memerlukan RM2,700 sebulan dengan andaian utama bakul barangan dan perkhidmatan melibatkan sewaan sebuah bilik, lebih kerap makan di luar dan sesekali memasak serta lebih banyak menggunakan pengangkutan awam.

    Untuk pasangan tanpa anak pula, anggaran awal gaji kehidupan wajar adalah sebanyak RM4,500 dengan andaian utama bakul barangan dan perkhidmatan seperti sewaan pangsapuri satu bilik, kerap makan di luar rumah dan memiliki dua kenderaan, iaitu motosikal dan kereta.

    Pasangan dengan dua orang anak pula memerlukan RM6,500 untuk menjalani kehidupan wajar. Andaian bakul barangan dan perkhidmatannya termasuk menyewa pangsapuri tiga bilik, kerap memasak, memiliki dua kenderaan serta membayar yuran kelas tambahan swasta dan penjagaan kanak-kanak.

    Pelaksanaan gaji kehidupan wajar

    Seperti yang dimaklumkan di atas, gaji kehidupan wajar bukan keperluan perundangan. Ia lebih berbentuk galakan dan saranan kepada majikan untuk memberikan upah dalam kadar tertentu kepada pekerja supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti seterusnya meningkatkan produktiviti.

    Untuk melaksanakan gaji kehidupan wajar, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan anggaran kadar gaji yang realistik dan adil kepada pekerja dan majikan. Seterusnya, perlu ada pemantauan berterusan baik dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan.

    Di beberapa negara seperti Kanada, New Zealand dan United Kingdom, organisasi kesatuan sivil memainkan peranan penting dengan memberikan sokongan kepada majikan yang menawarkan gaji kehidupan wajar kepada pekerjanya. Syarikat yang berbuat demikian akan diberikan penghargaan dalam bentuk akreditasi, plak, tanda dagang serta disenaraikan dalam laman web.

    Walaupun kesan pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas, ia boleh memberikan manfaat kepada golongan pekerja khususnya dan negara umumnya. Mewajibkan pembayaran gaji kehidupan wajar kepada pekerja mungkin sukar, namun sekurang-kurangnya kadarnya perlu diumumkan secara berkala.

    Ini dapat membantu NGO, kesatuan sekerja atau individu berkepentingan membuat perbandingan antara kadar gaji minimum dengan gaji kehidupan wajar, seterusnya memberi gambaran kerelevanan kadar gaji minimum yang ditetapkan.

    Sebagai contoh, nilai RM2,700 sebulan yang dianggarkan untuk individu dewasa bujang pada 2016 bersamaan RM2,894.18 pada tahun ini. Dengan kadar gaji minimum RM1,500, ia bermakna seorang dewasa bujang yang menerima gaji minimum perlu melaksanakan dua kerja sepenuh masa untuk menikmati kehidupan yang wajar. Secara ringkasnya, ini memberikan gambaran bahawa kadar gaji minimum yang ditetapkan masih rendah. – RELEVAN

    Previous ArticlePenasihat kewangan menjadi ahli terapi kewangan pelanggan
    Next Article Jangan terpedaya penapis air tiruan

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.