Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rahsia ‘dating’ jimat tanpa perlu menjatuhkan air muka

    Rahsia ‘dating’ jimat tanpa perlu menjatuhkan air muka

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 18, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DATING tak perlu mahal, asalkan ia penuh makna. - GAMBAR HIASAN/JOSH HILD (Unsplash)

    BERCINTA itu mahal, lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial sekarang.

    Seringkali pasangan bercinta, terutamanya yang muda, tewas dengan tekanan sosial dan menganggap setiap temu janji perlu melibatkan belanja yang banyak.

    Sebenarnya kita tak perlu sampai kering dompet pun apabila bercinta. 

    Pertama, baru bercinta, belum berbaloi lagi nak korbankan kesihatan kewangan sekarang. Kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit.

    Kedua, ada helahnya untuk bercinta gaya murah tanpa menjatuhkan air muka. Cuma perlu rajin dan kreatif sedikit.

    Untuk pasangan bercinta yang mahu jimat wang, ikuti perkongsian Relevan kali ini. Ini rahsia untuk anda jaga poket dan dalam masa sama memelihara aib serta membela maruah.

    • Buat belanjawan

    Mungkin ada yang kata, tak romantik betul nak dating pun buat belanjawan. Tapi ini keperluan, kawan. 

    Belanjawan membantu anda merancang perbelanjaan sepanjang temu janji dengan lebih baik. Untuk elakkan terlebih belanja, rancang mana anda nak pergi, apa nak dibeli dan berapa had perbelanjaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 inti utama pengurusan kewangan peribadi

    Belanjawan itu boleh dibuat sendiri-sendiri tetapi lebih baik kalau dapat dibuat bersama pasangan. Mana tahu, ketelitian dalam soal kewangan boleh menjadi feromon yang mengikat pasangan kepada anda dengan lebih erat. 

    Sedangkan kawan yang mengejek anda tidak romantik tadi terus single tanpa teman, tak ada orang nak Whatsapp malam-malam.

    • Cari promosi

    Kita bukan kedekut, cuma mahu menjaga kesihatan kewangan sebaiknya selagi mampu. Kalau ada mana-mana kedai atau pusat pelancongan yang buat promosi, segeralah manfaatkan.

    Yang penting, kita rancang temu janji lebih awal supaya promosi-promosi itu dapat dinikmati tanpa kalut. 

    Kalau boleh makan dua orang dengan harga kurang RM20 sebab promosi, buat apa nak cari pilihan yang lebih mahal?

    • Pilih hobi yang percuma

    Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bersama pasangan dan sebahagiannya percuma. Seperti berlari atau berjalan cergas di taman-taman serta mendaki bukit. Sudahlah percuma, baik untuk kesihatan pula.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?

    Kalau kurang berkenan dengan aktiviti fizikal, boleh berpiknik di taman menunggu mentari tenggelam. Boleh juga berjalan-jalan mengelilingi pekan. 

    Tak semua temu janji romantik perlukan wang yang banyak. 

    • Cipta pembaharuan

    Percintaan yang romantik ialah percintaan yang segar merentas masa. Untuk mencapainya, anda perlu selalu keluar dari kelaziman dan kebiasaan. Nanti dah kahwin nak kena hadap benda sama hari-hari lagi, maka carilah perbezaan ketika bercinta.

    Kalau selama ini sudah biasa bertemu janji di kafe romantik yang mengeringkan dompet, cuba benda baharu yang lebih murah. Pergi ke kedai buku atau sekadar duduk melayan busker.

    Walaupun murah, istimewanya tetap ada sebab ia baharu dan segar.

    • Keluar siang

    Memang biasanya pasangan bertemu janji pada waktu malam. Namun, sebagai bangsa jimat, buat kelainan sedikit.

    Berbanding makan malam romantik, cuba sarapan segar di waktu pagi. Harga sarapan semestinya lebih murah berbanding makan malam.

    ARTIKEL BERKAITAN: 11 tanda anda sedang angau merenyam dilamun cinta

    Satu lagi, cuba pergi tonton wayang di waktu tengah hari pada hari Rabu. Penjimatannya menakjubkan.

    Kebanyakan aktiviti memang lebih murah pada waktu siang berbanding malam, maka manfaatkanlah.

    • Buat simpanan

    Selepas berjimat berkali-kali, pastilah kita mahukan satu temu janji yang sedikit mewah, terutamanya pada tarikh-tarikh istimewa.

    Untuk hari-hari istimewa itu, buat simpanan bersama supaya anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak secara mengejut. 

    Bukan sahaja menjimatkan kerana anda berkongsi, ia juga lebih sihat untuk kewangan kerana perancangannya telah dibuat awal. – RELEVAN

    Previous ArticleMPC bangunkan modul produktiviti untuk pelajar UiTM
    Next Article Trend pekerja ‘boomerang’ meningkat di Asia Tenggara  

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.