Facebook Twitter
    Trending
    • Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya
    • Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tentang gaji sepanjang 2023 dan harapannya menjelang 2024

    Tentang gaji sepanjang 2023 dan harapannya menjelang 2024

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 19, 2023Updated:June 19, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADAR gaji yang diterima pekerja akan bertambah baik jika lebih ramai majikan menyertai Dasar Gaji Progresif. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    RELEVAN menganggap isu gaji merupakan perkembangan utama yang perlu dilihat dalam segmen kerjaya pada 2023. Alasannya?

    Pertama, gaji itu sendiri inti penting dalam bidang kerjaya. Selain pengangguran dan guna tenaga, kemajuan kesatuan sekerja serta hak-hak pekerja, gaji memberi kesan besar kepada golongan pekerja dan majikan.

    Kedua, banyak perkembangan yang berlaku dalam isu gaji di Malaysia pada 2023. Tambah baik dalam hebahan perangkaan membolehkan kita melihat realiti gaji rakyat Malaysia yang rendah. 

    Dapatan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir separuh pekerja di Malaysia menerima gaji bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Lebih 50 peratus pula menerima gaji di bawah gaji kehidupan wajar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Realiti gaji rendah rakyat Malaysia

    Malah, pengenalan Dasar Gaji Progresif juga merupakan perkembangan yang besar. Walaupun masih bersifat sukarela, ia dijangka akan membawa perubahan kepada kadar gaji di Malaysia menjelang pelaksanaannya.

    Sehubungan itu, Relevan ingin membawa anda menelusuri isu gaji dalam artikel ini: apa yang berlaku sepanjang tahun ini dan apa pula harapannya untuk tahun hadapan.

    Realiti gaji

    Dalam ucapan dasar berkenaan gaji progresif pada 26 November lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menganggap masalah gaji rendah sebagai isu utama yang dihadapi oleh pekerja Malaysia.

    Ini boleh disimpulkan dengan fakta-fakta berikut:

    • 73.3 peratus daripada 6.54 juta pekerja formal menerima gaji kurang daripada RM5,000 sebulan.
    • Hampir 56 peratus pekerja menerima gaji di bawah gaji kehidupan wajar (RM3,047 sebulan).
    • 47 peratus pekerja menerima gaji di bawah PGK (RM2,589 sebulan berdasarkan PGK 2022).
    • Lebih 10 peratus pekerja menerima gaji di bawah kadar gaji minimum (RM1,500).
    • Kadar pertumbuhan purata gaji penengah dari 2011 sehingga 2022 hanya 4.1 peratus.
    • Gaji penengah graduan yang baru masuk ke pasaran buruh berkurang daripada RM2,066 sebulan pada 2019 kepada RM1,624 sebulan pada 2022.
    • Kelulusan pendidikan pada peringkat tertiari tidak menjamin gaji yang lebih tinggi.

    Gaji yang rendah menyebabkan rakyat Malaysia kurang simpanan kerana sebahagian besar gaji digunakan untuk menampung keperluan asas.

    Laporan Bank Dunia menunjukkan Malaysia merupakan antara negara dengan kadar simpanan isi rumah terendah di dunia. Hampir separuh pekerja juga tidak mempunyai daya tahan kewangan, terutamanya dalam kalangan belia.

    Sehingga Mac tahun ini, 70.5 peratus daripada 7.2 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terdiri daripada pekerja sektor formal yang berumur antara 18 hingga 55 tahun tidak mencapai nilai ambang simpanan asas KWSP, iaitu RM240,000.

    Simpanan penengah bagi ahli KWSP pula hanya mencatat RM890.

    Satu lagi kesan gaji rendah ialah kesenjangan antara golongan berpendapatan tinggi dengan rendah. Ini dapat dilihat pada Pekali Gini yang besar, iaitu kira-kira 0.400.

    Menjadi pelengkap

    Satu persoalan terbesar berkenaan Dasar Gaji Progresif: bagaimana ia dapat menyelesaikan semua masalah yang wujud?

    Berita kilat buat semua: ia tidak dapat menyelesaikan semua masalah dengan sekelip mata.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji progresif: Menang-menang untuk majikan, pekerja

    Namun, pelaksanaannya akan menambah baik keadaan kerana Dasar Gaji Progresif hadir sebagai pelengkap kepada inisiatif-inisiatif sedia ada berkenaan gaji, iaitu Perintah Gaji Minimum (PGM) dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS).

    PGM, walaupun telah berjaya meningkatkan gaji pekerja dalam kategori terendah, tidak memberi kesan kepada gaji pekerja berkemahiran atau separuh kemahiran. Bagi golongan muda dan pertengahan umur, gaji mereka sama ada tidak meningkat atau menjadi semakin rendah.

    Rafizi menggelar fenomena tersebut sebagai herotan gaji (wage compression). 

    PLWS pula kurang berkesan kerana sifatnya sukarela dan tidak melibatkan sebarang campur tangan kerajaan. Sehingga November 2023, hanya 7.9 peratus atau 97,799 majikan yang mengguna pakai sistem tersebut.

    Dasar Gaji Progresif menawarkan penyelesaian menang-menang antara majikan dengan pekerja apabila peningkatan gaji ditimbal balik dengan peningkatan produktiviti.

    Walaupun masih bersifat sukarela, ia dijangka disertai lebih banyak syarikat kerana sifat keduanya, iaitu berteraskan bantuan insentif tunai oleh kerajaan.

    Menurut Rafizi, bagi kumpulan pekerja peringkat permulaan, syarikat yang membayar gaji pada kadar sama atau melebihi cadangan panduan kenaikan gaji tahunan akan menerima RM200 sebulan selama 12 bulan daripada kerajaan.

    Bagi pekerja bukan peringkat permulaan pula, kadar insentif ditetapkan sehingga maksimum RM300 sebulan selama 12 bulan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    Keseluruhannya, dengan andaian pemberian insentif kerajaan sebanyak RM2 bilion, Dasar Gaji Progresif dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja dengan tambahan nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar sebanyak RM3.3 bilion.

    Ia juga dijangka menambah caruman KWSP sebanyak RM0.79 bilion dan tambahan hasil cukai pendapatan sebanyak RM1.8 bilion dengan tambahan 37,529 orang pembayar cukai pendapatan baharu pada tahun pertama pelaksanaan.

    Tumpuan kini dan masa depan

    Dengan pelaksanaan yang teliti dan lancar, Dasar Gaji Progresif akan membawa perubahan besar kepada pasaran buruh di Malaysia, malah ekonomi negara secara keseluruhannya.

    Sistem kenaikan gaji yang adil dan progresif membolehkan rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang lebih saksama dan tinggi, sesuai dengan prestasi kerja serta sumbangan pekerja kepada ekonomi negara dan majikan.

    Ini menjadikan Dasar Gaji Progresif sebagai tumpuan utama bidang kerjaya pada tahun ini dan kesan serta pelaksanaannya akan mencuri perhatian pada tahun hadapan.

    Tidak ada hal lain yang kita harapkan selain pelaksanaan hak dan pemberian gaji yang setimpal kepada golongan pekerja. – RELEVAN

    Previous ArticleMenanti reformasi dan resolusi
    Next Article Palestin: 4 pengajaran dari tahun pergolakan

    Artikel berkaitan

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026
    Artikel Terkini

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.