Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 fakta langka tentang P. Ramlee

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 22, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK perkara berlaku dalam kehidupan P. Ramlee sepanjang 44 tahun usianya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SENIMAN agung negara, Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 sebagai Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh di Pulau Pinang. Jika beliau masih hidup, usianya sudah mencecah 94 tahun hari ini.

    Pelbagai cerita telah dilipur, setiap penjuru hidup P. Ramlee telah diteroka namun mungkin ada beberapa perkara yang kurang mendapat perhatian ramai.

    Dalam satu temu bual, isteri terakhir beliau, Puan Sri Saloma menyifatkan P. Ramlee sebagai ganjil. Ada kelakuannya yang tidak seperti orang lain, contohnya suka berlama-lama dalam bilik mandi.

    “Kadang-kadang dalam bilik mandi, dia duduk berjam-jam. Dia berfikir-berfikir sampai saya pun naik takut.

    “Rupanya dia karang lagulah, buat skriplah,” kata biduan itu.

    Bukan itu saja ‘keganjilan’ seorang seniman bernama P. Ramlee. Sempena ulang tahun kelahirannya ini, Relevan mahu menyorot beberapa fakta langka dan menarik tentang legenda budaya negara itu.

    Fakta-fakta ini diambil dari dokumentari biografi P. Ramlee yang disiarkan dalam saluran History suatu masa dahulu.

    • Masuk seni sebab Jepun

    Ketika Perang Dunia Kedua, P. Ramlee berusia antara 12 hingga 16 tahun. Ada peristiwa dalam tempoh itu yang membawa beliau masuk ke dunia seni.

    Pada usia 14 tahun, penjajah Jepun ada meninggalkan tiket wayang di pejabat pos. Ia bertujuan untuk menarik anak-anak muda Malaya menyertai kem tentera laut mereka.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Mengingati pemergian Sudirman, penghibur legenda sepanjang zaman

    P. Ramlee dan sahabat baiknya, Sukardi Suradi mengambil tiket itu namun kecewa kerana filem yang ditayangkan rupanya filem propaganda Jepun. Malah, mereka juga dipaksa menaiki trak selepas tayangan itu untuk direkrut masuk ke Kolej Tentera Laut Jepun.

    Dalam kolej tersebut, P. Ramlee bukan sahaja belajar untuk berbahasa Jepun dengan fasih, malah belajar menggesek biola. 

    • Berhari raya di atas kereta api

    Tiga tahun selepas Perang Dunia Kedua, salah seorang pengarah di Shaw Studios, BS Rajhans melihat P. Ramlee dan Sukardi membuat persembahan dalam sebuah pesta pertanian di Pulau Pinang. Persembahan itu menarik perhatian Rajhans dan kedua-dua sahabat itu ditawarkan peluang ujibakat di Singapura.

    Kedua-dua mereka tidak pernah keluar dari Pulau Pinang. Melalui dua tiket kereta api yang ditinggalkan Rajhans, mereka menaiki kereta api ke Singapura pada pagi Hari Raya Aidilfitri. 

    Dalam sebuah rakaman suara, P. Ramlee bercerita tentang pengalamannya menyambut Aidilfitri di atas kereta api.

    “Saya masih teringat, pada 8 Ogos 1948, hari yang mula-mula saya keluar dari Pulau Pinang menuju ke Singapura untuk bermain filem adalah hari raya yang pertama. 

    “Pada hari itu, saya merayakan Hari Raya Aidilfitri di dalam kereta api. Jadi saya dapat melihat banyak negeri berhari raya, dari Pulau Pinang terus ke Singapura,” katanya.

    • Kahwin dengan permaisuri

    Pada 1954, P. Ramlee membuat persembahan di hadapan Sultan Perak. Kerana terhibur dengan persembahan itu, Sultan Perak menyuruh salah seorang isterinya, Norizan Mohd Noor untuk menontonnya pada malam kedua.

    Namun, titah Sultan itu datang dengan amaran. 

    “Norizan, kamu jangan pandang mata dia kerana mata P. Ramlee itu magnetik, ada besi berani. Takut jatuh cinta,” cerita Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh. 

    Ia akhirnya benar-benar berlaku. Norizan menjadi isteri P. Ramlee yang kedua selepas memutuskan untuk meninggalkan istana.

    Ketika memperisterikan Norizan, P. Ramlee mencapai puncak kerjayanya. Filem arahannya mendapat sambutan dan dia menjadi anak emas Shaw Studios.

    Mereka berpisah selepas pergaduhan demi pergaduhan berlaku dalam rumah tangga mereka. Perkahwinan itu bertahan selama enam tahun.

    • Tak pandai main saksofon

    Antara watak paling ikonik yang pernah dibawakan P. Ramlee ialah Kassim Selamat atau Osman Jailani dalam filem Ibu Mertuaku. Imejnya meniup saksofon sambil mendendangkan lagu Jeritan Batinku menjadi antara  imej yang paling diingati.

    Lakonan P. Ramlee sangat meyakinkan, membuatkan ramai yang percaya beliau seorang pemain saksofon yang hebat.

    “Yang main (saksofon) dalam Ibu Mertuaku ialah Yusof B,” jelas Datuk Ahmad Nawab. 

    “Ramai orang bilang dia yang main. Sebenarnya bukan, dia tak boleh main saksofon.

    “Tapi sebab P. Ramlee manusia yang luar biasa. Dia pegang piano ke, biola ke, betul-betul macam dia yang main,” katanya lagi.

    NASIR (paling kanan) pernah menyertai kumpulan Panca Sitara bersama (dari kiri) Datuk Ahmad Daud, Aziz Jaafar, Normadiah dan Datuk Aziz Sattar. – GAMBAR KOSMO!
    • Menyorok belakang tiang

    Anak kandung tunggal P. Ramlee, Nasir juga mempunyai bakat seni namun ia tidak pernah mencapai tahap bapanya. 

    P. Ramlee dikatakan kecewa dengan kemampuan Nasir dalam bidang nyanyian dan lakonan manakala Nasir pula sering terbeban dengan jangkaan orang ramai terhadapnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kisah di sebalik album Abadi: “Sudirman nyanyi tak tengok lirik langsung” – S. Atan

    “Beban saya satu saja. Apabila ada persembahan, orang panggil menyanyi, orang akan banding (dengan P. Ramlee),” kata Nasir dalam satu temu bual.

    P. Ramlee sendiri tidak berminat dengan aliran muzik Nasir. Namun, dalam satu kejadian, Nasir terlihat bapanya sedang menyaksikan persembahannya secara sembunyi-sembunyi.

    “Dia intai saya dari (belakang tiang),” kongsi Nasir.

    • Menyanyi di majlis kahwin

    Dua tahun terakhir dalam hidup P. Ramlee adalah yang paling sukar. Atas pelbagai faktor, popularitinya, baik sebagai penyanyi, pelakon atau pengarah semakin merudum.

    Kontraknya bersama syarikat rakaman, EMI dan syarikat penerbitan, Studio Merdeka (yang ketika itu dimiliki Shaw Brothers) tidak disambung. Beliau kemarau jemputan persembahan. 

    P. Ramlee terpaksa melakukan apa sahaja untuk menyara keluarga. Seniman yang diiktiraf karyanya sehingga ke luar negara itu terpaksa menerima jemputan persembahan di majlis kahwin, menjadi pengacara majlis dan menjadi juri pertandingan-pertandingan bakat.

    Namun, kesempitan kewangannya itu tidak pernah ditunjuk dan diceritakan, termasuk kepada anak dan rakan-rakannya.

    • Buka kedai mahjong

    Pada akhir usianya, P. Ramlee banyak bergerak bersama usahawan, Datuk HM Shah yang sentiasa menyokong kegiatan seninya. Kedua-dua mereka menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia (Perfima). Tujuan utamanya adalah untuk P. Ramlee mengarahkan filem berwarna pertamanya.

    Malangnya, P. Ramlee dan HM Shah dikhianati oleh anggota Perfima yang lain. Kedua-dua mereka disingkirkan pada hari pertama bangunan Perfima beroperasi.

    Usaha untuk menyara keluarga yang semakin sempit menyebabkan P. Ramlee membuka kedai mahjong. Pendapatannya diperoleh daripada sewaan meja mahjong di kedai tersebut.

    Rakannya sejak kecil, Sukardi mengetahui P. Ramlee buka kedai mahjong. Ini menyebabkan P. Ramlee malu dan berpura-pura marahkan Sukardi bagi menepis rasa malu diri sendiri.

    Kewangan P. Ramlee tidak pernah bertambah baik selepas itu. – RELEVAN

    Previous ArticleBagaimana proses melihat anak bulan?
    Next Article Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.