Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana proses melihat anak bulan?

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    By Umi FatehahMarch 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAGAIMANA proses melihat anak bulan?. - GAMBAR HIASAN NOUSNOU IWASAKI/UNSPLASH

    SETIAP tahun, kita pasti menunggu ucapan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setiap Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha dengan penuh debaran. Tetapi, bagaimana tarikh mula berpuasa dan raya ditentukan?

    Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita melihat anak bulan untuk menentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan.

    “Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787)

    Hilal atau anak bulan merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Anak bulan akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap atau new moon.

    FASA-fasa bulan. – INFOGRAFIK OLEH WIKIPEDIA

    ​​Berdasarkan hadis di atas, puasa dan hari raya ditetapkan dengan penampakan anak bulan. Dari hadis ini juga kita dapat memahami bahawa sama ada anak bulan kelihatan atau tidak, orang yang pergi melihat anak bulan tetap berpahala kerana ia merupakan amalan di bawah fardu kifayah. 

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan terdapat 29 lokasi di seluruh negara yang diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.

    Menurut Jabatan Mufti Negeri Perak, pada majlis melihat anak bulan, ia akan didahulukan dengan majlis zikir dan ceramah khas yang biasa disampaikan oleh para pendakwah.

    Majlis zikir ini sebenarnya penting kerana melihat anak bulan bukanlah satu ibadah yang boleh dilakukan setiap hari. Justeru itu, majlis zikir ini berfungsi agar semua yang mahu melihat anak bulan mempunyai hati yang bersih dan jauh dari maksiat. 

    Terdapat dua cara untuk melihat anak bulan iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop.

    Melalui mata kasar, pandangan akan lebih luas. Tetapi dengan bantuan peralatan seperti teodolite dan teleskop, penglihatan akan menjadi lebih fokus dan jelas.

    Bagi memudahkan untuk melihat anak bulan, kita memerlukan data daripada matahari dan bulan. Data ini perlu disediakan berdasarkan koordinat lokasi dengan kekerapan setiap satu minit.

    Berpandukan data yang dikumpul, seseorang itu akan menumpukan kepada satu arah yang dikenal pasti. Melihat anak bulan adalah kerja yang memerlukan ketelitian. Bagi seorang ahli falak, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan ketika waktu matahari telah terbenam. 

    Setelah matahari terbenam, ketika inilah potensi anak bulan kelihatan lebih besar dan jelas. Pada waktu ini, setiap peralatan perlu siap diletakkan dengan stabil.

    Setelah keputusan sama ada hilal telah dilihat atau tidak, ia perlu dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar dan pejabat Sultan negeri. Maka disinilah peranan Penyimpan Mohor Besar untuk mendapatkan perkenan Duli-duli Tuanku. 

    Setelah itu, barulah Penyimpan Mohor Besar akan mengumumkannya melalui siaran media yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di Malaysia. 

    Secara ringkasnya, begitulah amalan melihat anak bulan di Malaysia. Amalan ini bukan dilakukan tanpa sebab yang kukuh, sebaliknya ia perlu dilakukan dengan teliti dan penuh hikmah. 

    Penentuan awal puasa dan hari raya juga dapat ditetapkan pada tarikh yang tepat seperti disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. – RELEVAN

    anak bulan bulan puasa cerap featured pendidikan penyimpan mohor besar raja-raja Ramadan ramadhan
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.