Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

    Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

    By Umi FatehahMarch 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUN ini, musim persekolahan, puasa dan raya berlaku dalam jarak masa yang sangat dekat.

    PENGGUNA platform media sosial pasti pernah melihat ciapan berkaitan kewangan yang dikongsikan oleh individu ini. Suraya atau nama lengkapnya, Suraya Zainuddin banyak berkongsikan tip-tip berkenaan kewangan, khususnya perancangan kewangan peribadi di Twitter.

    Dia merupakan seorang pencipta kandungan. Menurut Suraya, dia sudah berkecimpung dalam penciptaan kandungan sejak 2015 lagi, bermula dengan penghasilan blognya, Ringgit Oh Ringgit yang asalnya bertujuan untuk mencari klien.

    Pada ketika itu, dia bekerja dalam bidang penulisan. Ada kalanya, Suraya membuat perkongsian berkaitan kewangan peribadinya sebagai suka-suka sahaja.

    Namun, lama-kelamaan ia mula dapat permintaan yang tinggi sehinggalah blognya sudah stabil dan mampu menjana pendapatan yang tinggi.

    Baru-baru ini buku nukilannya, Bergaji & Pokai yang diterbitkan oleh Iman Publication mendapat sambutan yang sangat baik. Meskipun buku tersebut diterbitkan sejak dua hingga tiga bulan yang lepas, ia masih menduduki carta 10 buku terbaik bahasa Melayu di kedai buku MPH Bookstore.

    BUKU Bergaji & Pokai boleh didapati secara dalam talian dan kedai buku fizikal.

    Buku tersebut memperincikan langkah demi langkah dalam membina perancangan kewangan peribadi dengan baik.

    Setiap perkongsian di blognya ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk buku Bergaji & Pokai, ia ditulis dalam bahasa Melayu.

    Berdasarkan maklum balas daripada pembaca, ramai yang menyukakannya dan berkata ia mudah difahami kerana ditulis dalam perspektif yang mudah untuk dikaitkan dengan diri sendiri.

    “Di Malaysia, orang dah penat dengar nasihat. Orang mahukan benda yang lebih dekat dengan diri mereka. Nasihat senang nak dapat, cari sahaja di Internet. Tetapi, ada juga yang rasa nak buat bila kita jelaskan dalam cara yang mudah difahami.

    “Biasalah, orang selalu cakap hal-hal kewangan ni berat dan susah untuk dilakukan. Jadi, bila diterangkan dalam cara yang lebih mudah dan santai mungkin orang akan lebih senang nak ikut,” tambah Suraya.

    Seperti yang kita tahu, perbelanjaan untuk musim persekolahan, puasa dan hari raya adalah antara yang terbesar. Kebetulan pada tahun ini pula, semuanya berlaku dalam jarak masa yang sangat dekat.

    Rancang Perbelanjaaan

    Ibu bapa terutamanya, pasti runsing memikirkan perbelanjaan untuk keperluan. Menurut Suraya, perancangan perbelanjaan sepatutnya sudah dibuat bermula tahun lepas lagi. Habis sahaja sambutan Aidilfitri, kita pasti sudah tahu berapa jumlah yang dibelanjakan.

    “Masa itu dah kira-kira semua perbelanjaan raya, termasuklah kos beli baju, beli makanan, balik raya, pemberian duit raya dan sebagainya. Katakan perbelanjaan bagi raya tahun lepas RM2,400, dah tahu kita perlukan lebih kurang RM2,400 juga untuk hari raya tahun ini. 

    “Kalau dah tahu amaun nak pakai untuk beraya tahun depan, kita sudah boleh mula menyimpan sedikit demi sedikit dari tahun sebelumnya. Contoh, RM2,400 dibahagikan kepada 12 bulan. Maksudnya kita boleh menyimpan RM200 sebulan,” kata Suraya kepada Relevan.

    Dalam situasi lain, katakanlah kita sudah mempunyai simpanan yang diasingkan untuk perbelanjaan Aidilfitri cuma tahun ini, kita tidak mahu berbelanja berlebihan. Contohnya, kita sudah tetapkan bajet untuk hari raya pada tahun ini sebanyak RM2,500 tetapi tidak mahu membelanjakan lebih daripada RM2,000.

    Apa yang kita boleh buat adalah meneliti semula kos perbelanjaan pada bahagian yang boleh dikurangkan.

    “Bagi kebanyakan orang, paling senang untuk kurangkan kos biasanya untuk baju raya. Sama ada pakai baju sedia ada ataupun boleh beli baju atau kain sahaja, pakai apa yang sudah ada.

    “Selain itu, ramai juga orang menjual baju terpakai atau jualan penghabisan stok. Saya pernah nampak baju kurung yang masih cantik dan dijual dengan harga RM30 sahaja pun ada. Ada banyak cara untuk kurangkan perbelanjaan untuk baju raya,” katanya lagi.

    Sebagai manusia, tidak dinafikan akan ada nafsu untuk berbelanja dan bukan mudah untuk mengawalnya. Kata Suraya lagi, apa yang penting, kita kena tahu apa dan dari mana punca nafsu membeli itu datang.

    Tambahan pula sekarang semuanya dijual secara dalam talian. Layan sahaja media sosial, akan nampak pelbagai iklan atau perkongsian daripada pempengaruh (influencer) berkaitan baju-baju raya.

    Kemudian, mulalah terdetik, “eh cantiknya baju ini. Kalau aku pakai untuk raya mesti cantik”. Nafsu untuk berbelanja pun membuak-buak.

    “Dalam situasi seperti ini, kita boleh senyapkan pemberitahuan (mute notification) atau unfollow pempengaruh yang kerap mempromosikan barang-barang. Boleh jadi itu memang kerja mereka untuk mempromosikan tetapi kerja kita pula ialah kawal nafsu sendiri.

    “Sama juga dengan iklan. Kalau jumpa yang buat kita rasa tergoda, boleh sahaja tekan butang tidak berminat (not interested), takkan keluar dah. Tak nampak maka tak beli, betul tak?” terangnya lagi.

    Suraya juga kongsikan tip bagi mereka yang lebih suka membeli di kedai fizikal. Sebelum keluar rumah, tetapkan bajet dan bawa sahaja wang cukup-cukup untuk elakkan terlebih belanja. – RELEVAN

    Previous Article7 fakta langka tentang P. Ramlee
    Next Article Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    Artikel berkaitan

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.