Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Nak mandi sungai? Perhatikan 6 petanda awal kepala air demi keselamatan

    Nak mandi sungai? Perhatikan 6 petanda awal kepala air demi keselamatan

    By Umi FatehahJune 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Nak mandi sungai? Perhatikan 6 petanda awal kepala air demi keselamatan. - GAMBAR HIASAN SYAKIR RADIN/UTUSAN

    ADA rancangan nak pergi healing di sungai hujung minggu nanti? Sekali sekala, seronok juga buat aktiviti bersatu dengan alam. 

    Setelah bekerja di hadapan komputer dari pagi hingga lewat petang, ada baiknya cuci mata dan otak dengan melihat kehijauan pokok dan berendam dalam air sungai yang dingin. 

    Sebelum itu, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian. 

    Dulu, orang-orang tua selalu berpesan supaya elakkan pergi ke sungai dan air terjun ketika musim hujan atau selepas hujan. Ini kerana kepala air mudah berlaku di kawasan-kawasan seperti itu.

    Tambahan pula cuaca kita sekarang tidak boleh diagak, mula-mula panas tapi tidak lama selepas itu, tiba-tiba hujan pula.

    Kepala air berlaku akibat hujan lebat di hulu sungai, iaitu di puncak bukit. Apabila hujan lebat, tanah menjadi lembab. Ini menyebabkan akar pokok yang terdapat di sekitarnya tidak dapat menahan air untuk diserap ke dalam tanah. 

    Akibatnya, air terus melimpah menghala ke sungai dengan kadar yang deras. 

    Berikut ialah beberapa panduan untuk mengenal pasti petanda awal kepala air.

    1. Langit gelap di bahagian hulu sungai

    Sebelum merancang untuk melakukan aktiviti di lokasi air terjun dan sungai, orang ramai dinasihatkan untuk memantau keadaan cuaca di kawasan sekitar terlebih dahulu.

    Sekiranya anda mendapati langit di hulu sungai atau puncak bukit kelihatan semakin mendung, ambil inisiatif untuk segera tinggalkan lokasi sungai.

    Walaupun langit di kawasan berdekatan masih cerah, ada kemungkinan pada bahagian hulu sungai hujan sudah turun.

    Anda juga digalakkan untuk periksa keadaan cuaca melalui mana-mana aplikasi atau laman web ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan dari rumah. 

    Setidak-tidaknya, anda dapat mengenal pasti keadaan cuaca dan menjimatkan masa. 

    1. Bunyi guruh dan kilat

    Kilat dan guruh biasanya akan muncul ketika hujan sebagai tindak balas kepada perubahan suhu persekitaran.

    Jika terdengar bunyi guruh dan ternampak pancaran kilat, segera tinggalkan kawasan sungai.

    Tidak mustahil hujan lebat sudah berlaku di atas bukit. 

    Ini adalah contoh situasi yang anda tidak perlu husnudzon. Apabila melibatkan keselamatan dan nyawa, tolak tepi bersangka baik dan gunakan ia pada masa lain.

    1. Bunyi dentuman batu dalam sungai

    Arus deras dari atas bukit akan menolak batu-batu kecil untuk turun mengikuti aliran sungai ke bahagian sungai utama. Ini akan menghasilkan bunyi dentuman gerakan batu-batu di dalam sungai dan ia boleh dijadikan sebagai satu amaran.

    Jangan terlalu leka berseronok, pastikan anda peka dengan setiap bunyi dan keadaan di sekeliling. 

    Orang tua-tua pun ada pesan jangan seronok sangat, nanti menangis. Berseronok itu tidak salah tetapi berpada-padalah.

    1. Air sungai kekuningan dan berbuih

    Peningkatan arus air dari bahagian atas bukit akan menyebabkan banyak partikel-partikel tanah dibawa bersama.

    Ini akan menyebabkan air sungai berubah warna, daripada jernih menjadi keruh secara tiba-tiba.

    Perkara ini juga akan membuatkan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di bahagian permukaan.

    1. Isi sungai terapung

    Kelajuan air menyebabkan semua isi alam yang ada di dalam sungai dihanyutkan bersama.

    Isi sungai tersebut termasuklah keladak, daun reput, ranting serta kayu-kayu kecil.

    Jika nampak objek-objek ini muncul dengan banyak di permukaan air, segera tinggalkan tebing sungai.

    1. Dengar siren

    Sesetengah sungai di Malaysia mempunyai siren sebagai tanda amaran sekiranya berlaku kepala air. 

    Sekiranya ketika anda sedang asyik bermandi-manda dan terdengar siren, beredar daripada kawasan sungai dalam kadar segera. Ajak bersama rakan-rakan dan orang sekeliling untuk beredar. Mungkin ada yang tidak perasan, jadi pastikan tiada siapa yang masih berendam dalam sungai apabila siren dibunyikan. – RELEVAN

    Previous ArticleLangkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 
    Next Article Wawancara bersama Mukmin Nantang (Bhg. 1): Pengaruh awal, pengalaman sekolah dan gerakan mahasiswa

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.