Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » NGO desak Malaysia keluar CPTPP, jejas hak petani dan keterjaminan makanan

    NGO desak Malaysia keluar CPTPP, jejas hak petani dan keterjaminan makanan

    By NURFITRI AMIR MUHAMMADOctober 27, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERJANJIAN Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) telah diratifikasi pada 5 Oktober 2022 oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet.

    Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet telah melakukan perkara tidak bertanggungjawab apabila meratifikasi CPTPP hanya beberapa hari sebelum membubarkan parlimen.

    Ini sengaja dilakukan supaya mereka boleh lari daripada menjawab persoalan yang timbul daripada rakyat melalui wakil-wakil rakyat di parlimen. 

    NURFITRI AMIR MUHAMMAD

    Ini juga menyekat dan mengehadkan kuasa Kabinet baharu selepas pilihan raya umum daripada mengambil langkah-langkah yang perlu untuk perlindungan kepentingan negara dan rakyat.

    Dalam tempoh 60 hari, CPTPP akan dikuatkuasakan. Persoalannya adakah kita mampu menarik semula ratifikasi ini sebelum ia dikuatkuasakan dan sebagai negara berdaulat adakah kita tidak boleh keluar setelah ratifikasi ini dikuatkuasakan? 

    Apa pun, pasti ada cara untuk keluar daripada perjanjian ini sebagai sebuah negara berdaulat (sovereign nation), maka belum terlambat untuk kita bertindak.

    Kesan CPTPP amat luas dan tumpuan artikel ini adalah kepada keterjaminan makanan negara, kerana CPTPP bakal memberikan kesan besar kepada petani, nelayan, penternak dan lain-lain. 

    Ancaman kepada industri makanan

    CPTPP mewajibkan penyertaan Malaysia dalam konvensyen UPOV 1991 yang mana konvensyen ini akan menguatkan lagi hak monopoli pengeluar benih tanaman. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Monopoli syarikat gergasi bahayakan jaminan bekalan makanan, tiba masa sokong petani tempatan

    Petani tidak lagi dibenarkan berkongsi dan menjual benih kepada individu yang berada di luar kawasan ladang mereka sedangkan amalan tradisi ini adalah hak petani dan membantu dalam meningkatkan kepelbagaian biodiversiti tanaman. Ini melibatkan benih yang dilindungi di bawah undang-undang pendaftaran varieti baharu tumbuhan.

    Kesan CPTPP juga melibatkan tarif dan kawalan import. Melalui CPTPP, hampir semua cukai import akan dihapuskan secara berperingkat dan kawalan import seperti permit import (AP) dan lesen-lesen akan dihapuskan secara berperingkat. 

    Ini boleh menyebabkan lambakan produk import berlaku dalam negara dan sudah pasti menjejaskan harga jualan petani, penternak dan nelayan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana mahu sokong produk tempatan jika produk import lebih murah? 

    Kita para petani, penternak dan nelayan akan bersaing dengan pelabur asing yang boleh menawarkan harga yang lebih murah. Ini juga akan memberi kesan kepada usahawan yang membekalkan perkhidmatan kepada kerajaan seperti kantin sekolah, hospital dan lain-lain.

    Mana-mana kerajaan yang memerintah pada masa depan akan menanggung segala kos-kos terlibat dalam jangka panjang dan rakyat akan terbeban berbanding manfaat jangka pendeknya kepada pengguna.

    Laporan tidak tepat

    Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) sering merujuk kepada kajian Kos dan Faedah (CBA) yang dilaksanakan oleh firma antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang menyatakan bahawa CPTPP ini adalah bagus untuk peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan lebihan nilai dagangan Malaysia. 

    Laporan ini juga melaporkan bahawa petani tidak akan terjejas oleh UPOV 91 kerana mereka masih boleh menyimpan benih dan negara akan mencapai keterjaminan makanan melalui kemasukan makanan import yang lebih murah. 

    Ini adalah satu kenyataan separuh benar dan tidak tepat. Melalui UPOV 91, memang petani boleh menyimpan benih tetapi dilarang berkongsi dan menjual benih, larangan ini tidak disebut dalam laporan ini. 

    Manakala pemahaman bahawa negara boleh mencapai keterjaminan bekalan makanan dengan import yang murah adalah satu bentuk pemikiran jangka masa pendek.  Model Computable General Equilibrium (CGE) yang diguna pakai dalam kajian PwC ini adalah berdasarkan andaian menurut kehendak pengarang dan tidak menggambarkan realiti sebenar keseluruhan industri. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Memahami jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan

    PwC juga menyatakan hal ini dalam laporan mereka di bab hal-hal teknikal kajian di muka surat 57 dalam bab ‘limitations of the CGE model’ – yang mana tidak ramai membacanya dengan teliti.

    Bukan hak petani dan pasaran tempatan sahaja yang terjejas, kos untuk benih, racun kimia dan organik serta ubat-ubatan veterinar juga bakal meningkat kerana bab harta intelek (IP) dalam perjanjian ini akan memberikan hak monopoli yang lebih besar dan ketat kepada syarikat pemilik IP.

    Para nelayan pula dilarang daripada menangkap beberapa spesies ikan dalam perjanjian ini, kononnya untuk mengelakkan kepupusan. Sedangkan, punca utama kepupusan ikan adalah kemusnahan laut akibat daripada pembangunan yang melampau.

    Dalam perjanjian ini juga, syarikat-syarikat pelabur diberikan perlindungan yang besar apabila mereka boleh menyaman kerajaan melalui mahkamah antarabangsa penyelesaian pertikaian pelabur-negara (ISDS) jika pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka seperti menarik lesen atau denda atas sebab pencemaran alam atau menjejaskan kesihatan awam.

    Rapat umum

    Sebanyak 14 akta perlu dipinda oleh parlimen untuk menepati syarat CPTPP. Malaysia masih belum mengubah akta-akta ini mengikut keperluan CPTPP, namun ia wajib diubah setelah dikuatkuasakan atau negara berisiko disaman oleh negara lain atau syarikat pelabur.

    Kami menyeru seluruh warga tani serta semua rakyat Malaysia yang bakal terjejas akibat perjanjian yang tidak demokratik ini supaya turun menyertai Ceramah Perdana dan Rapat Umum #Keluar_CPTPP pada hari Sabtu, 29 Oktober 2022 ini. 

    CERAMAH Perdana dan Rapat Umum Keluar CPTPP akan diadakan di Taman Jaya Park, Petaling Jaya pada 29 Oktober ini.

    Acara ini akan bertempat di Taman Jaya Park (berhampiran parkir kereta). Bawa juga produk tempatan anda untuk berkongsi dan berjual beli. Ini hak kita. Mungkin ini adalah aksi terakhir kita sebelum perjanjian ini wajib dikuatkuasakan pada November ini oleh kerajaan yang baharu.

    Bukan tidak ada yang untung apabila CPTPP ini dilaksanakan. Persoalannya, siapa sahaja yang untung? Mereka yang bermodal besar dan ‘berkabel’ besar sahaja yang akan untung. 

    Mengapa tidak boleh kita bersama-sama mencapai untung? Jangan biarkan hanya mereka yang kaya terus kaya, yang sederhana jatuh miskin, dan yang miskin jatuh fakir. – RELEVAN

    Penulis merupakan Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.