Facebook Twitter
    Trending
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    • Apa erti bekerja dalam kehidupan?
    • Memahami hak sebagai pekerja
    • Yuri Gagarin, manusia pertama jelajah angkasa lepas
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025

      Pencapaian SPM 2024 terbaik dalam tempoh 11 tahun

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025

      Apa erti bekerja dalam kehidupan?

      May 1, 2025

      Memahami hak sebagai pekerja

      May 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 ciri pekerja Gen Z untuk perhatian para majikan

    4 ciri pekerja Gen Z untuk perhatian para majikan

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 30, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GENERASI Z merupakan generasi terbaharu yang memasuki dunia pekerjaan. - GAMBAR HIASAN/FAUXELS (PEXELS)

    GENERASI Z atau Gen Z merupakan generasi paling berpengaruh di dunia ketika ini. Secara umum, generasi ini merupakan mereka yang lahir antara 1997 hingga awal 2000.

    Ketika ini, dianggarkan 30 peratus daripada populasi dunia merupakan Gen Z. Mereka juga merupakan generasi terbaharu yang memasuki alam pekerjaan.

    Disifatkan sebagai natif digital (generasi yang lahir dan membesar dalam dunia digital), pelbagai pandangan telah dikongsikan tentang sikap dan ciri mereka dalam alam pekerjaan. 

    Hal ini menjadi tumpuan perbincangan dalam sektor sumber manusia kerana pengurusan Gen Z sebagai pekerja akan menentukan jatuh-bangun dan kejayaan syarikat. Ciri pemikiran dan budaya mereka yang berbeza memberi cabaran kepada majikan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Semua yang anda perlu tahu tentang ‘quiet quitting’

    Berpandukan laporan penyelidikan Gen Z at Work yang diterbitkan platform perbincangan pengurusan, ThoughtExchange, Relevan menyenaraikan sikap, ciri dan kemahuan Gen Z dalam pekerjaan.

    Cuma perlu diingat, penyelidikan ini dilakukan di Amerika Syarikat dan menggunakan responden dari Amerika Syarikat. Mungkin ada sedikit perbezaan dari segi budaya dan keadaan di Malaysia tetapi tidak salah untuk kita ambil pengajaran dari negara luar, bukan?

    • Apa yang Gen Z mahu?

    WANG! Ya, Gen Z mahukan wang tapi siapa kita untuk menghakimi mereka? Kebanyakan mereka memulakan pekerjaan dalam era pandemik, ketika ekonomi meleset. Wang merupakan keperluan dan tidak salah untuk meletakkan ia sebagai keutamaan dalam pemilihan pekerjaan.

    84 peratus responden menyatakan bahawa jangkaan gaji menyumbang kepada pilihan laluan kerjaya mereka. Namun, bukan itu sahaja yang mereka mahu. Keutamaan lain yang digariskan responden termasuk faedah istimewa di tempat kerja, manfaat tambahan dan keperluan peribadi. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar 

    Kajian ini juga mendapati, responden sanggup menerima sehingga 19 peratus potongan gaji asalkan kelebihan-kelebihan lain dapat dipenuhi. 

    Selain itu, 51 peratus responden berkata mereka menghargai rehat berbayar (paid time off – PTO) yang kompetitif. 46 peratus lagi mahukan faedah kesejahteraan (wellness stipend) manakala 45 peratus lagi menghargai makanan percuma di pejabat. Makanan percuma, siapa tak mahu?

    49 peratus responden juga mencari peluang pertumbuhan kerjaya. Jadi, untuk syarikat yang ambil masa lama untuk naikkan pangkat pekerja semata-mata kerana umur, fikirkan semula polisi anda.

    Kajian ini juga mendapati, Gen Z menghargai pertumbuhan kerjaya dan perkembangan peribadi. 80 peratus responden lebih sukakan pekerjaan yang membolehkan mereka meneroka dan belajar pelbagai set kemahiran berbanding pekerjaan yang fokus pada satu set kemahiran sahaja.

    79 peratus responden pula menghargai pengurus yang mengambil berat tentang perkembangan peribadi mereka.

    • Apa perubahan yang akan dibawa oleh Gen Z?

    Sebagai generasi natif digital, kerja berjauhan (remote work) bukan masalah bagi mereka. Malah, 71 peratus responden yang bekerja berjauhan atau secara hibrid berkata mereka tidak akan kembali ke persekitaran bekerja di pejabat.

    Bahkan, 39 peratus responden secara spesifik mencari pekerjaan yang menawarkan keanjalan untuk bekerja dari rumah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Pengajaran dari Covid-19: Tiga cara ubah budaya kerja syarikat 

    Gen Z juga generasi pekerja yang mementingkan keseimbangan hidup dengan pekerjaan. Istilah “hidup untuk kerja” tidak sesuai dengan generasi ini. Bagi mereka, cukuplah ‘kerja untuk hidup”.

    Disebabkan itu, 85 peratus responden meletakkan keseimbangan hidup dengan pekerjaan sebagai faktor penting dalam pembuatan keputusan mereka.

    Berbeza dengan generasi sebelum mereka, Gen Z lebih suka kekal dalam satu syarikat yang sama apabila 34 peratus responden merancang untuk kekal di syarikat sama selama sekurang-kurangnya lima tahun dan 28 peratus tiada perancangan untuk menukar syarikat.

    Malah, 67 peratus daripada responden yang merancang untuk bertukar syarikat sanggup kekal kekal di syarikat sama sekiranya ditawarkan pertukaran jabatan atau jawatan.

    • Gen Z ambil berat nilai syarikat

    Bukan Nilai, Negeri Sembilan atau nilai kewangan, sebaliknya nilai abstrak seperti pendirian syarikat tentang kepelbagaian di tempat kerja, amalan penjagaan alam sekitar atau integriti. 71 peratus responden secara spesifik mencari syarikat yang mengamalkan kepelbagaian.

    ARTIKEL BERKAITAN: Memupuk kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman di tempat kerja

    92 peratus responden berkata, adalah penting untuk syarikat memegang nilai yang selari dengan pendirian mereka manakala 85 peratus menghargai syarikat dengan misi yang membuatkan mereka bangga dengan pekerjaan mereka.

    Statistik seterusnya lebih menggerunkan. 62 peratus responden akan meninggalkan syarikat disebabkan perbezaan nilai sosial; 58 peratus akan meninggalkan syarikat disebabkan perbezaan nilai politik; 73 peratus akan meninggalkan syarikat jika amalan perniagaan syarikat tidak beretika dan 68 peratus akan meninggalkan syarikat jika amalan perniagaan syarikat tidak mampan.

    • Gen Z mahu didengari

    Ciri utama Gen Z ialah keperluan untuk dihargai, dilibatkan dan diperkasa di tempat kerja. Mereka suka jika suara mereka didengari dan diambil berat oleh majikan.

    96 peratus responden berkata, adalah penting untuk mereka rasa dihargai, dilibatkan dan diperkasa di tempat kerja. 54 peratus daripada mereka merasakan sebegitu kerana suara mereka didengari oleh barisan kepimpinan.

    89 peratus daripada mereka yang tidak didengari pula berkata, mereka mempertimbangkan untuk meninggalkan pekerjaan mereka dalam tempoh setahun. Mereka yang rasa tidak didengari juga enam kali ganda lebih berkemungkinan sedang mencari pekerjaan baharu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    Oleh itu, syarikat perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan penghargaan, penglibatan dan pemerkasaan pekerja. 48 peratus responden yang tidak menerima perkara tersebut berkata, ia dapat diperbaiki jika mereka rasa lebih didengari oleh barisan kepimpinan.

    Syarikat juga digalakkan untuk menjamin kerahsiaan pekerja jika mereka bersuara dan melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan.

    Masalah tidak didengari ini bukan hanya disebabkan pekerja bercakap tetapi kepimpinan tidak dengar, sebaliknya pekerja sendiri tidak berani untuk bersuara.

    Menurut kajian ini, terdapat empat sebab utama pekerja takut untuk bersuara. Pertama, kurang berkuasa kerana kedudukan mereka dalam hierarki syarikat. Kedua, mereka takut dihakimi. Ketiga, pekerja takutkan impaknya terhadap pekerjaan dan keempat, pekerja takutkan diskriminasi. – RELEVAN

    featured gen z kerjaya sumber manusia
    Artikel Terkini

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    May 7, 2025

    Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

    May 6, 2025

    Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

    May 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.