Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semua yang anda perlu tahu tentang ‘quiet quitting’

    Semua yang anda perlu tahu tentang ‘quiet quitting’

    By Umi FatehahSeptember 6, 2022Updated:September 9, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Quiet quitting membawa maksud mengehadkan tugas kepada apa tugasan yang diberikan di dalam deskripsi kerja sahaja. - Gambar oleh Vlada Karpovich/Pexels

    BARU-baru ini, terdapat beberapa perbincangan hangat di media sosial mengenai quiet quitting. Walaupun bukan konsep baharu, istilah quiet quitting menjadi topik perbualan kerana perubahan cara kerja semenjak pandemik Covid-19 melanda negara.

    Apakah yang dimaksudkan dengan quiet quitting?

    Walaupun ketika terlihat perkataan quiet quitting membuatkan anda terfikir tentang berhenti kerja, hakikatnya ia tidak memberi maksud yang langsung dengan berhenti kerja. 

    Merujuk kepada WhatIs.com, quiet quitting membawa maksud mengehadkan tugas kepada apa tugasan yang diberikan di dalam deskripsi kerja sahaja. 

    Mereka mahu melakukan usaha minimum untuk menyelesaikan kerja dan meletakkan had bekerja yang jelas untuk meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).

    Para pekerja masih melaksanakan tugas masing-masing tetapi tidak mengaplikasikan budaya ‘kerja untuk hidup’ semata-mata bagi menonjolkan diri kepada pihak atasan. 

    Mereka berpegang kepada tugasan yang ada dalam deskripsi kerja dan apabila mereka pulang ke rumah, mereka tidak memikirkan hal-hal kerja dan menumpukan kepada tugas dan aktiviti kehidupan. 

    Sebagai contoh, tamat sahaja waktu bekerja mereka akan fokus kepada aktiviti kehidupan seperti berseronok bersama keluarga, kawan-kawan atau melakukan hobi seperti bersukan.

    Walau bagaimanapun, quiet quitting boleh menjadi tanda bahawa pekerja tidak berpuas hati dengan taraf pekerjaan atau mengalami keletihan (burnout). 

    Pekerja telah mengamalkan quiet quitting selama bertahun-tahun untuk mencari sesuatu yang baharu, sama ada kerana gaji yang rendah, persekitaran kerja toksik, beban kerja yang tidak terurus, kelesuan atau kekurangan peluang perkembangan pekerjaan.

    Sesetengah majikan akan menjangka pekerjanya untuk memberi komitmen kerja yang lebih untuk terus maju. Ini juga bermakna pekerja perlu datang awal ke pejabat dan berjaga malam untuk menunjukkan bahawa pekerja itu komited dalam melaksanakan tugasnya.

    Namun, sesetengah syarikat tidak memberi bayaran untuk bekerja lebih masa. Ini juga berkemungkinan menjadi salah satu faktor pekerja mengambil pendekatan yang selamat dengan quiet quitting.

    Sedikit sebanyak perkara ini membimbangkan majikan. Apa yang majikan boleh lakukan untuk membantu pekerja?

    Seorang ketua yang baik perlu mempunyai sifat empati. Lakukan perbincangan dengan pekerja, kumpulkan maklum balas mereka dan bincangkan perkara yang boleh dilakukan untuk membuat mereka merasa lebih dihargai. 

    Seterusnya, pastikan beban kerja adalah realistik dan setimpal dengan gaji yang dibayar untuk mengekalkan keseimbangan kerja-kehidupan. 

    Adalah penting untuk mengetahui keluhan dan masalah pekerja untuk memastikan had kerja yang jelas dan membantu mewujudkan hubungan yang terbuka dan jujur antara majikan dan anak buahnya.

    Majikan juga boleh bantu pekerja menguruskan tekanan dengan memastikan kesihatan mental anak syarikat sebagai keutamaan. 

    Majikan harus menggalakkan pekerja menjaga kesejahteraan mereka melalui kesedaran kesihatan digital atau sekadar bertanya khabar. 

    Dengan mewujudkan had bekerja dan menghormati pilihan pekerja untuk mengehadkan waktu bekerja, persekitaran bekerja juga menjadi lebih produktif.

    Sekiranya anda seorang majikan, penting untuk menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Anda juga pasti tidak mahu menjadi ketua yang teruk dan tidak disukai oleh pekerja anda. 

    Masalah quiet firing tidak akan selesai jika syarikat tidak menunjukkan penghargaan kepada pekerja dan memberi ekspektasi yang terlalu tinggi dan tidak realistik. – RELEVAN

     

    featured kerja kerjaya
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.