Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pengajaran dari Covid-19: Tiga cara ubah budaya kerja syarikat

    Pengajaran dari Covid-19: Tiga cara ubah budaya kerja syarikat

    By February 14, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Olia Danilevich (Pexels)

    PANDEMIK Covid-19 membawa kejutan kepada seluruh dunia. Ketika ia mula muncul pada penghujung 2019, manusia di seluruh dunia terpaksa mengubah gaya hidup. Norma baharu diamalkan, interaksi sesama manusia tidak lagi seperti dahulu.

    Antara sektor yang paling terkesan dengan keadaan baharu ini ialah perniagaan. Apabila kerajaan di seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan, perniagaan terpaksa beroperasi dari jarak jauh. Semua operasi dialihkan ke rumah.

    Situasi ini membawa banyak pengajaran kepada kita. Perlahan-lahan, kita dapat mengubah pandangan tentang pekerjaan dan budayanya. Tiada siapa yang membayangkan sebuah perniagaan beroperasi tanpa pejabat sebelum ini, terutamanya untuk syarikat dengan kakitangan yang ramai. 

    Dahulu, kalau mahu buka perniagaan dengan skala sederhana atau besar, hal utama yang difikirkan ialah lokasi dan kos pejabat. Sekarang tidak lagi kerana melalui Covid-19, kita tahu bahawa operasi syarikat tak semestinya perlu berpusat.

    Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Kanan Boston Consulting Group, Debbie Lovich berkongsi pengalamannya membantu pelbagai syarikat mengubah budaya kerja dan kepimpinan sepanjang pandemik Covid-19. Dalam perkongsian Ted Talk beliau, Lovich mengenal pasti tiga perkara yang perlu diamalkan pemimpin syarikat untuk menghasilkan budaya kerja yang selari dengan masa hadapan dunia.

    • Percayakan pekerja

    Perkara pertama ini mungkin yang paling sukar dilakukan majikan. Tekanan untuk memastikan operasi syarikat berjalan lancar sering dipindahkan kepada pekerja. Status sebagai pemimpin syarikat pula menyebabkan majikan dan kakitangan pengurusan merasakan tugas memantau dan menyusun gerak kerja kakitangan bawahan itu sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

    Antara mitos yang mahu dipecahkan Lovich ialah produktiviti pekerja dapat dilihat jika mereka bekerja di pejabat berbanding di rumah. Ini tidak benar. Produktiviti hanya dapat dilihat melalui hasil kerja dan kerja tetap dapat dihasilkan tidak kira bekerja di rumah atau pejabat.

    Menurut Lovich, kepercayaan kepada pekerja bukan sahaja dapat menarik, mengekalkan dan memotivasikan pekerja, malah dapat menjimatkan banyak masa majikan yang selama ini dihabiskan dengan menguatkuasakan peraturan.

    Betul, akan ada pekerja yang mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan namun itu hanya sebilangan pekerja. Pasti lebih ramai yang melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik. Jika tidak, pasti sudah banyak syarikat yang lingkup sepanjang pandemik.

    • Buat keputusan berpandukan data

    Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Lebih-lebih lagi kakitangan pengurusan yang memiliki pengalaman yang lebih lama. Namun, pendapat tidak akan dapat menjadi fakta tanpa sokongan data.

    Untuk menyelesaikan kekeliruan sama ada budaya kerja berjauhan lebih baik atau buruk, majikan boleh melaksanakan eksperimen dalaman. Pecahkan kumpulan dengan tugas yang sama. Satu kumpulan bekerja di pejabat, satu lagi bekerja di rumah. Nilai prestasi mereka dan lihat kumpulan mana yang lebih produktif. Analisis kelebihan dan kekurangan kedua-dua kaedah kerja.

    Majikan juga boleh membuat tinjauan dalam kalangan pekerja. Dapatkan pandangan mereka tentang budaya kerja yang diamalkan. Apa yang mereka suka dan apa yang tidak. Langkah ini lebih baik berbanding pihak pengurusan tertinggi bersangka-sangka tentang kemahuan pekerja.

    Dengan data-data yang ada, majikan boleh membuat keputusan yang lebih baik, tepat dan menyeluruh. 

    • Keluar dari rangka kerja lama

    Menurut Lovich, pandemik Covid-19 merupakan peluang untuk syarikat-syarikat mengubah budaya kerja lama secara hampir keseluruhannya. Melalui kesempatan yang ada disebabkan kaedah kerja yang terpaksa diubah, majikan boleh membuat penilaian dan memulakan semula operasi pascapandemik dengan cara yang baharu.

    Selama ini, kita meletakkan kepentingan kerja lebih tinggi berbanding kehidupan. Kita menyusun kehidupan supaya ia sesuai dengan kehendak pekerjaan. Tiba masanya untuk pekerja diberi ruang mengubah kehendak pekerjaan supaya ia sesuai dengan kehidupan.

    Langkah ini memberikan keseimbangan hidup dan kerja kepada pekerja serta telah terbukti pekerja yang seimbang hidup dengan kerjanya lebih produktif dan gembira.

    Membuat perubahan bukanlah mudah. Pada beberapa tahap, ia menakutkan kerana kita mempertaruhkan masa hadapan syarikat. Namun, dengan penilaian data dan kepercayaan yang lebih tinggi, ia boleh dilakukan.

    Untuk masa hadapan syarikat juga, proses menyesuaikan budaya kerja syarikat dengan masa hadapan perlu bermula sekarang. Jika terlambat, kita akan tewas dengan persaingan yang sangat sengit pada ketika ini. – RELEVAN

    BDR Debbie Lovich kerja dari rumah kerjaya ted talk WFH
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.