KES jangkitan Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,728 kes semalam berbanding 4,684 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,708,552 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,856 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,626,756 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,026 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,655 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 45,770 kes dengan 44,159 kes atau 96.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 30 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,529 kes atau 3.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 16 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 36 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN