UMUM mengetahui berpuasa memberi banyak manfaat baik dari segi spiritual dan kesihatan. Ramai juga melakukan rutin berpuasa untuk menurunkan berat badan di samping menjaga pemakanan. Oleh itu, tidak hairanlah berpuasa menjadi amalan sejak berabad lamanya dan ditambah lagi apabila ia menjadi tuntutan penting dalam banyak agama. Berikut Relevan kongsikan tujuh manfaat berpuasa dengan merujuk healthline. Jom kita teliti satu persatu. Mengawal gula dalam darah dengan mengurangkan rintangan insulin Beberapa kajian mendapati bahawa berpuasa boleh meningkatkan kawalan gula dalam darah yang sangat membantu mereka yang berisiko menghidap diabetes. Kajian pada 2023 terhadap 209 orang mendapati intermittent fasting (IF) tiga hari seminggu…
Zubaidah Ibrahim
MENINGGALKAN zon selesa bukanlah mudah kerana kita sudah sebati di dalamnya dan menjadi sangat mustahil untuk manusia menyukai perkara yang sukar bukan? Namun, demi perkembangan hidup, kita perlu keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk menjadi lebih baik. Dengan berpandukan PositivePsychology.com, kami kongsikan tujuh cara yang anda boleh cuba untuk keluar dari zon selesa seperti berikut: Lakukan perkara harian secara berbeza Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak peluang untuk mencabar diri sendiri. Matikan telefon pintar dan televisyen anda semasa makan malam, tentukan apa yang hendak dipakai dengan lebih cepat atau berjalan mengelilingi kawasan di persekitaran. Perubahan ini memisahkan anda daripada…
PELUANG terbentang luas di hadapan kita, tetapi sanggupkah kita untuk keluar dari zon selesa dan mengambil risiko? Ada yang merasakan sudah selesa dengan kehidupan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko. Bagi dirinya cukuplah segala keperluan asas dipenuhi. Namun, ada juga yang mahu mencipta kejayaan tetapi takut untuk keluar dari zon selesa kerana khuatir kehidupan akan jadi lebih kacau dan akhirnya, tahun berganti tahun, dia tidak membuat sebarang perubahan. Oleh itu, merujuk kepada PositivePsychology.com, Relevan mahu mengajak anda untuk melangkah keluar dari zon selesa dan mula mencapai perkembangan diri. Apakah zon selesa dalam psikologi? Metafora ‘meninggalkan zon selesa’ menjadi popular pada…
BERGELAR ibu dan ayah adalah tugas berat yang mana bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makan dan pakaian tetapi merangkumi semua aspek kehidupan anak. Untuk membesar dan mendidik mereka juga bukan mudah kerana setiap anak mempunyai perangai serta ragam masing-masing. Lagi memeningkan kepala untuk mengatakan tidak kepada sesuatu perkara yang tidak baik untuk anak-anak dan juga kepada perkara yang anda mungkin tidak dapat memberinya. Di usia yang masih kecil mereka tidak mengerti apa-apa dan yang anak-anak tahu adalah keseronokan. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk mengatakan tidak. Berikut Relevan kongsikan lima tip untuk ibu bapa berkata ‘tidak’ kepada…
RAMBUT yang bersepah di atas lantas dan bilik mandi kadang-kadang membuat kita rasa rimas. Lebih merunsingkan apabila rambut semakin menipis kerana terlalu banyak gugur. Keguguran rambut biasanya disebabkan oleh genetik dan menjadi lebih ketara terjadi pada lelaki dan wanita apabila usia meningkat. Penyebab kedua paling biasa ialah telogen effluvium. Keadaan ini berlaku apabila lebih banyak rambut anda memasuki kitaran rehat (gugur). Telogen effluvium boleh disebabkan oleh: Tekanan Kehamilan Kesan sampingan ubat Masalah kesihatan asas Jika pelbagai produk sudah dicuba tetapi menemui kegagalan apa kata anda mencuba kaedah rawatan alami di rumah. Merujuk kepada healthline, kami kongsikan…
TAHUN baharu merupakan permulaan segar untuk kita memulakan azam baharu, memperbaiki kualiti hidup dan menjadi lebih berjaya. Jangan bersedih jika tahun-tahun sebelum ini kita gagal kerana pengalaman pahit itu adalah ‘guru’ pada masa akan datang. Setiap orang pastinya sudah menulis azam masing-masing untuk dilaksanakan pada tahun ini seperti mahu kurus, menamatkan pengajian di peringkat tertinggi, mencari pekerjaan lebih baik, membuka perniagaan dan berkahwin. Sudah pasti untuk mencapai matlamat itu bukan mudah dan memerlukan sikap yang positif serta optimistik agar jalan yang dilalui itu tidak terasa lelah meskipun terpaksa meneguk kepahitan berulang kali. Paling penting adalah cara pandang kita melihat…
MELIHAT kapal yang keluar masuk dan anak-anak kapal bertugas ketika bekerja di sebuah syarikat menyelenggara dan membaiki kapal sekitar tujuh tahun lalu membuatkan Zairid Azmir Zainuddin, 32, berminat untuk menceburi bidang maritim. Dia yang pada ketika itu bertugas membersihkan tangki kapal amat terpegun melihat kapal-kapal di situ dan mula menanam hasrat untuk turut berlayar serta menjadi sebahagian daripada kru kapal. Selepas empat tahun bertugas di situ, Zairid Azmir mengambil keputusan untuk menyambung program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam bidang maritim di Pusat Latihan Pelita Akademi (Pelita Akademi) untuk mengejar cita-citanya. KURSUS PERKAPALAN “Melihat kapal dan kru-kru itu membuatkan…
RAMBUT sihat, kuat dan cantik merupakan impian semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita kerana ia mempengaruhi penampilan seseorang individu. Tahukah anda setiap helai rambut di kepala mempunyai jangka hayat kira-kira tiga hingga lima tahun. Folikel rambut mempunyai kitaran pertumbuhan aktif, peralihan dan rehat. Keguguran rambut berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut anda terganggu. Sehubungan itu, merujuk kepada healthline, Relevan kongsikan enam tip penjagaan rambut sihat dan kuat seperti berikut: Elakkan penggayaan rambut yang menarik rambut Rambut adalah fleksibel, tetapi kajian menunjukkan bahawa rambut anda hanya boleh diregangkan begitu banyak sebelum rosak secara kekal. Gaya rambut seperti cornrows, tocang ketat dan…
SEBAGAI pekerja sudah pasti kita mahukan perkembangan dalam kerjaya setelah beberapa tempoh masa berkhidmat. Perkembangan kerjaya penting sebagai kayu ukur kejayaan anda dan di sini juga anda boleh membuat pertimbangan hala tuju kerjaya pada masa hadapan. Berapa kerap anda melihat perkembangan kerjaya? Dan bagaimana anda mengukurnya? Merujuk kepada Staceyback, Relevan kongsikan lima petanda yang anda sudah capai perkembangan kerjaya. Jelas dengan apa yang anda mahu Kejelasan adalah petunjuk pertama pertumbuhan dalam kerjaya anda. Kita terkadang terperangkap dalam tugas harian atau matlamat jangka pendek sehingga mengabaikan keinginan jangka panjang. Untuk terus berkembang, anda perlu tahu bagaimana peranan semasa anda sesuai dengan…
PENYELIDIK di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) mencipta pil berteknologi tinggi yang mula bergetar apabila ia bersentuhan dengan cecair gastrik dalam perut pengguna untuk merangsang reseptor dalam perut dan mencipta sensasi kenyang. Pil itu diberi nama VIBES atau singkatan kepada Vibrating Ingestible BioElectronic Stimulator. Walaupun kajian itu didedahkan baru-baru ini tetapi ramai yang meramalnya sebagai penurun berat badan masa hadapan. Ujian ke atas khinzir menunjukkan hasil yang sangat menakjubkan. Selepas 30 minit aktiviti VIBES, haiwan itu mengambil secara purata hampir 40 peratus kurang makanan dalam setengah jam berikutnya berbanding tanpa pil pintar itu. “Peranti revolusioner itu berfungsi dengan mengaktifkan reseptor regangan…