Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Potensi besar kerjaya maritim, gaji lumayan

    Potensi besar kerjaya maritim, gaji lumayan

    By Zubaidah IbrahimJanuary 11, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERJAYA dalam bidang maritim menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah.- Gambar hiasan/Travelscape/Freepik

    MELIHAT kapal yang keluar masuk dan anak-anak kapal bertugas ketika bekerja di sebuah syarikat menyelenggara dan membaiki kapal sekitar tujuh tahun lalu membuatkan Zairid Azmir Zainuddin, 32, berminat untuk menceburi bidang maritim.

    Dia yang pada ketika itu bertugas membersihkan tangki kapal amat terpegun melihat kapal-kapal di situ dan mula menanam hasrat untuk turut berlayar serta menjadi sebahagian daripada kru kapal.

    Selepas empat tahun bertugas di situ, Zairid Azmir mengambil keputusan untuk menyambung program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam bidang maritim di Pusat Latihan Pelita Akademi (Pelita Akademi) untuk mengejar cita-citanya.

    ZAIRID AZMIR

    KURSUS PERKAPALAN

    “Melihat kapal dan kru-kru itu membuatkan saya rasa berkobar-kobar untuk belayar lalu saya mengambil keputusan untuk mengikuti Kursus Profisiensi Perkapalan selama dua bulan.

    “Bekerja di atas kapal memerlukan sijil untuk melayakkan kita menjadi kru kapal. Seperti hendak bawa kereta perlu ada lesen.

    “Sebaik sahaja tamat kursus, saya menjalani latihan di sebuah kapal selama enam bulan,” cerita pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu.

    Kini sudah memasuki tahun ketiga dia bertugas di atas kapal yang membawa bekalan barangan (kapal supply) dan memegang jawatan sebagai Able Bodied (AB).

    Sebelum diberi kepercayaan membawa kapal, dia memperkukuh kemahiran dengan membawa feri di Langkawi selama lapan bulan.

    Menjelaskan tugas sebagai AB, Zairid Azmir memberitahu, dia bergilir-gilir dengan kapten untuk membawa kapal dan sekiranya kapal turun sauh (kapal tidak bergerak), dia akan membawa kren untuk membawa masuk barang ke dalam kapal atau memunggah barang keluar.

    “Saya bertugas membawa kapal yang menghantar pelbagai barangan seperti gas, minyak, bahan kimia dan barangan stor.

    “Bagi kapal supply, kami hanya pusing negara-negara Asia seperti China, Indonesia dan Singapura,” kata anak kelahiran Pekan, Pahang itu.

    Tambahnya, gaji pekerja di kapal supply lebih lumayan berbanding kapal-kapal pelayaran lain dan mereka dibayar dalam mata wang dolar Singapura.

    Zairid Azmir berkata, dia memperoleh gaji mencecah lima angka sebulan dan perkembangan kerjaya juga sangat cepat.

    “Saya bermula dengan jawatan sebagai Ordinary Seaman (OS) dan dua tahun selepas itu dinaikkan pangkat sebagai AB.

    “Ada empat peringkat jawatan di atas kapal iaitu OS, AB, pegawai dan kapten,” ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

    Terangnya, jawatan pegawai ada tiga peringat iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga manakala kapten pula ada empat peringkat dan empat jenis kelas lesen.

    Kapten akan bermula di lesen kelas empat, tiga, dua dan satu yang mana masing-masing perlu melengkapkan pelayaran 24 bulan untuk menaik taraf tahap tersebut.

    Melihat kepada perkembangan kerjaya itu, besar harapan anak ketiga daripada empat beradik itu untuk bergelar kapten dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

    Terang Zairid Azmir, antara syarat bekerja di laut adalah mempunyai sijil asas latihan yang perlu diperbaharui setiap lima tahun sekali begitu juga memiliki kad pelaut yang perlu diperbaharui dalam tempoh yang sama.

    Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap dua tahun sekali bagi memastikan benar-benar sihat dan boleh bekerja dengan baik di atas kapal.

    Sementara itu, Pengasas Pelita Akademi, Baharom Mohd. Taha berkata, kerjaya dalam bidang maritim menjanjikan masa hadapan yang cerah tetapi sayangnya masyarakat belum nampak potensinya.

    BAHAROM

    PELUANG PEKERJAAN

    “Jika bercerita tentang program TVET kita hanya berfikir tentang bidang lain dan sama sekali tidak memberi tumpuan kepada maritim sedangkan peluang pengajian serta pekerjaan terbuka luas.

    “Terdapat tiga kursus pengajian TVET yang ditawarkan iaitu Sijil Kemahiran Perkapalan Bahagian Enjin, Kursus Profisiensi Perkapalan dan Kursus Asas Perkapalan.

    “Kursus-kursus ini terbuka kepada mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun, sihat tubuh badan dan tidak buta warna,” katanya.

    Tambah beliau, paling penting dalam kerjaya ini adalah minat kerana bukan sahaja lepasan SPM tetapi mereka yang tidak memiliki sijil tersebut juga layak mengikuti pengajian TVET dalam bidang maritim.

    Mereka yang mengikuti pengajian di Pelita Akademi diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa untuk Konvensyen Antarabangsa mengenai Standard Latihan, Pensijilan dan Pengawasan Pelaut.

    Sejak lebih dua dekad penubuhan Pelita Akademi, lebih daripada 50,000 orang pelatih di dalam dan luar negara telah berjaya dilahirkan.

    Pelita Akademi turut menerima akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.

    Dalam pada itu, usaha untuk menyediakan peluang pengajian dan membekalkan tenaga tempatan dalam bidang maritim turut disokong Malaysia Industrial Skill Academy (MISA) menerusi kerjasama strategik dengan Pelita Akademi bagi program TVET dalam bidang maritim di negara ini.

    SITI PATIMAH

    Menurut Ketua Pegawai Operasi MISA, Siti Patimah Hussin, pihaknya menerima maklum balas dan permintaan memberangsangkan daripada industri maritim untuk tenaga kerja mahir dan berkelayakan bagi mengendalikan operasi di atas kapal.

    “Kerjasama ini diharapkan dapat menyebar luas kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai peluang cerah dalam bidang TVET maritim.

    “Bidang ini bukan sahaja menjamin peluang pekerjaan, malah gaji juga lumayan. “Kami juga optimis untuk melahirkan graduan yang mampu menyumbang secara positif kepada kemajuan sektor maritim,” ujarnya.

    Tambah beliau, kerjasama ini menjadi langkah penting dalam merealisasikan potensi sektor maritim sebagai pemacu utama ekonomi negara. Kerjasama itu juga memberi peluang kepada pelatih untuk menyambung pengajian dengan menaik taraf sijil sedia ada.- RELEVAN

    Previous Article“Suami dengkur macam mesin basuh, susah nak tidur sekali” – Ini tip untuk pasangan yang ‘bercerai tidur’
    Next Article Baik buruk melompat kerja

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.