Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teori Kereta Merah dan peluang

    Teori Kereta Merah dan peluang

    By January 12, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEORI Kereta Merah menjelaskan bahawa kita mesti aktif mencari peluang jika tidak peluang itu tidak akan datang kepada kita. - Foto Sean Whelan/Unsplash

     

    TAHUN baharu merupakan permulaan segar untuk kita memulakan azam baharu, memperbaiki kualiti hidup dan menjadi lebih berjaya. Jangan bersedih jika tahun-tahun sebelum ini kita gagal kerana pengalaman pahit itu adalah ‘guru’ pada masa akan datang.

    Setiap orang pastinya sudah menulis azam masing-masing untuk dilaksanakan pada tahun ini seperti mahu kurus, menamatkan pengajian di peringkat tertinggi, mencari pekerjaan lebih baik, membuka perniagaan dan berkahwin.

    Sudah pasti untuk mencapai matlamat itu bukan mudah dan memerlukan sikap yang positif serta optimistik agar jalan yang dilalui itu tidak terasa lelah meskipun terpaksa meneguk kepahitan berulang kali.

    Paling penting adalah cara pandang kita melihat sesuatu perkara dan peluang supaya impian itu dapat direalisasikan.

    Bercerita tentang peluang, ia sesuatu yang unik dan tidak semua orang mampu melihatnya dengan jelas walaupun berada di depan mata. Saya tertarik kepada Teori Kereta Merah.

    Ia membuka mata kita tentang cara melihat peluang. Sebenarnya banyak peluang yang ada di hadapan tetapi kita langsung tidak sedar.

    Teorinya begini: bagaimana jika seseorang bertanya berapa banyak kereta merah yang anda lihat hari ini? Pastinya anda tidak dapat memberi jawapan itu kerana tidak mengambil tahu akan perkara tersebut.

    Tetapi, bagaimana jika anda diberi wang RM1,000 untuk setiap kereta merah yang anda lihat? Pastinya anda akan membuka mata luas-luas untuk melihatnya. Ia berkisar tentang idea bahawa peluang adalah seperti kereta merah.

    Peluang berada di sekeliling kita tetapi kita biasanya terlepas pandang. Teori Kereta Merah menjelaskan bahawa kita mesti aktif mencari peluang jika tidak peluang itu tidak akan datang kepada kita.

    Apa sahaja boleh bertukar menjadi peluang tetapi anda perlu sedar dan perlu terus mencari. Mungkin sebelum ini kita banyak terlepas peluang sebab tidak sedar, tidak ambil tahu dan berhenti mencuba.

    Teori Kereta Merah ini boleh diguna pakai dalam seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dalam kerjaya, perhubungan dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

    Bagi memanfaatkan kuasa Teori Kereta Merah, kita mesti melatih minda mencari peluang secara aktif. Berikut empat tip untuk memulakannya.

    Pertama, tetapkan matlamat yang jelas: tentukan objektif dan perkara yang anda ingin capai.

    Kedua, rasa ingin tahu: anda perlu sentiasa dahagakan ilmu dengan bersikap terbuka kepada pengalaman dan idea baharu walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak berkaitan dengan matlamat anda.

    Ketiga, pembelajaran berterusan: melabur dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran. Mengikuti kursus, bengkel dan sumber yang sejajar dengan matlamat anda.

    Keempat, terima perubahan: bersikap terbuka untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan baharu. Kadangkala, peluang terbaik timbul apabila kita bersedia untuk keluar dari zon selesa.

    Apa kata tahun ini kita ubah cara berfikir dan cuba melihat serta mencari peluang sebanyak mungkin. Jangan biarkannya terlepas lagi!- RELEVAN

    featured kereta merah teori
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.