Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    By Umi FatehahFebruary 16, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP kali musim perayaan, statistik kemalangan sering meningkat. Ramai yang memandu jarak jauh dalam keadaan penat, kurang tidur atau tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi.

    Selain faktor memandu laju dan keletihan, mengantuk sebenarnya antara penyumbang utama kemalangan. Ramai pemandu merasakan mereka masih boleh tahan walaupun mata sudah berat dan fokus semakin hilang.

    Hakikatnya, memandu dalam keadaan mengantuk boleh memberi kesan hampir sama seperti memandu dalam keadaan mabuk. Tindak balas menjadi perlahan, pertimbangan terganggu dan risiko terbabas meningkat.

    Jadi, apakah langkah yang benar-benar berkesan untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu?

    1. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

    Langkah paling asas tetapi paling penting ialah tidur yang cukup sebelum memandu terutamanya bagi perjalanan jarak jauh.

    Ramai yang memandang ringan perkara ini. Ada yang berjaga lewat malam, kemudian terus memandu awal pagi. Keadaan ini sangat berisiko kerana tubuh sebenarnya belum benar-benar bersedia.

    Jika anda merancang perjalanan jauh, tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam malam sebelumnya, elakkan memandu selepas bekerja syif malam dan jangan paksa diri jika badan sudah terlalu letih.

    Perjalanan jauh cenderung menyebabkan keletihan mental kerana tempoh fokus yang panjang. Lebuhraya yang lurus dan kurang rangsangan juga boleh mempercepatkan rasa mengantuk.

    2. Ambil minuman berkafein atau isotonik

    Apabila badan kekurangan tenaga dan cecair, rasa lesu lebih mudah datang. Minuman berkafein seperti kopi atau teh boleh membantu meningkatkan fokus untuk sementara waktu.

    Namun, perlu difahami bahawa kafein bukan penyelesaian jangka panjang. Ia hanya membantu merangsang sistem saraf buat sementara waktu. Jika badan terlalu penat, kesannya mungkin tidak bertahan lama.

    Minuman isotonik pula membantu menggantikan cecair dan elektrolit, terutamanya jika anda memandu dalam cuaca panas atau selepas aktiviti yang memenatkan.

    Tetapi, jangan bergantung sepenuhnya pada kafein. Elakkan juga minuman terlalu manis kerana ia boleh menyebabkan keletihan selepas berlaku lonjakan gula. Jika anda bukan peminum tegar kopi, teh panas juga memadai.

    3. Berbual dengan penumpang

    Jika anda memandu bersama pasangan, keluarga atau rakan, manfaatkan kehadiran mereka.

    Berbual ringan boleh membantu otak terus aktif dan mengurangkan risiko melayang atau berkhayal ketika memandu. Perbualan juga boleh menjadi rangsangan mental yang membantu anda kekal fokus.

    Namun begitu, pastikan perbualan tidak terlalu serius atau emosional sehingga mengganggu tumpuan. Penumpang juga perlu memainkan peranan dengan:

    4. Berhenti dan rehat seketika

    Ini antara langkah paling berkesan tetapi sering diabaikan.

    Jika mata sudah terasa berat, kerap menguap atau sukar mengekalkan fokus, berhenti segera di kawasan rehat yang selamat. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal.

    Ambil masa 5 hingga 15 minit untuk regangkan badan, berjalan, lakukan senaman ringan dan basuh muka.

    Pergerakan fizikal membantu melancarkan aliran darah dan menyegarkan badan. Jika perlu, tidur seketika (power nap) selama 15 hingga 20 minit juga sangat membantu.

    Memaksa diri untuk terus memandu dalam keadaan mengantuk adalah keputusan yang sangat berisiko.

    5. Pasang muzik yang lebih rancak

    Muzik yang bertenaga boleh membantu merangsang minda dan meningkatkan tahap kewaspadaan.

    Elakkan lagu yang terlalu perlahan atau mendayu-dayu kerana ia boleh membuatkan anda lebih leka. Pilih lagu yang sedikit rancak dan mempunyai tempo yang lebih cepat.

    Namun, jangan terlalu leka menyanyi atau menari sehingga hilang fokus terhadap jalan raya.

    Selain muzik, sesetengah pemandu memilih untuk mendengar podcast atau siaran radio yang bersifat interaktif bagi memastikan otak terus aktif.

    Tanda-tanda awal mengantuk

    Kadangkala kita menafikan bahawa diri sudah terlalu penat. Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian:

    • Kerap menguap
    • Mata terasa pedih atau kabur
    • Sukar mengingati beberapa kilometer terakhir
    • Kepala terasa berat
    • Kereta hampir terkeluar dari lorong

    Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, jangan berlengah. Lakukan panduan yang dikongsikan di atas. Ingat, lebih baik lambat tetapi selamat. – RELEVAN

    Previous ArticlePantang larang selepas cabut gigi
    Next Article Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.