Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 10, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada… - GAMBAR HIASAN CANVA

    RAMAI memilih jalan mudah dengan menelan ubat tahan sakit atau “painkiller” setiap kali pening kepala, sakit gigi atau lenguh badan. 

    Kelegaan sementara ini dianggap penyelesaian segera, sedangkan pengambilan tanpa kawalan boleh memudaratkan kesihatan.

    Menurut STR Behavioral Health, tabiat ini berisiko mewujudkan kebergantungan serta menyukarkan pengesanan punca sebenar penyakit.

    Painkiller bukan penyelesaian kesihatan berpanjangan

    Ubat tahan sakit berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dalaman. Ia tidak merawat penyakit anda sepenuhnya, sebaliknya hanya menahan sakit yang anda rasai buat seketika. 

    Sekiranya ia digunakan terlalu kerap, badan mula bergantung kepada ubat untuk berfungsi secara normal. Lebih membimbangkan apabila ubat ini mudah didapati di kedai runcit atau farmasi, menyebabkan ramai menganggap ia selamat digunakan sesuka hati.

    Tabiat ambil painkiller untuk sakit ringan

    Pengambilan painkiller untuk sakit ringan seperti sakit kepala atau lenguh selepas bersenam boleh menjadi satu tabiat yang boleh mengancam nyawa. Lama-kelamaan, seseorang bakal mengalami perkara berikut:

    • Mengambil ubat walaupun sakit masih boleh ditahan
    • Meningkatkan dos kerana ubat sudah tidak berkesan seperti dahulu
    • Sukar menjalani aktiviti harian tanpa ubat
    Kesan buruk terhadap organ dalaman

    Pengambilan painkiller secara berlebihan tanpa nasihat doktor boleh membahayakan kesihatan, antara kesannya termasuk:

    • Kerosakan hati, terutama jika ubat diambil dengan dos tinggi
    • Masalah buah pinggang akibat penggunaan kerap ubat antiradang 
    • Pendarahan dalaman dan ulser perut
    • Tekanan darah meningkat dan risiko jantung
    • Kekejangan otot akibat penggunaan jangka panjang

    Lebih merisaukan, kesan ini berlaku secara perlahan dan menjejaskan kesihatan tanpa tanda awal yang jelas.

    Abaikan isyarat tubuh badan

    Rasa sakit merupakan isyarat awal oleh tubuh badan. Mengabaikannya dengan kerap mengambil ubat tahan sakit boleh menyukarkan pengesanan punca sebenar serta meningkatkan risiko kesihatan.

    Sebagai contoh, sakit gigi yang sepatutnya dirawat awal boleh bertukar menjadi jangkitan serius jika dibiarkan. Malah, menangguhkan rawatan turut menyebabkan keadaan bertambah buruk dan kos rawatan meningkat.

    Gunakan painkiller dengan bertanggungjawab

    Tidak dinafikan, painkiller sememangnya berguna apabila digunakan dengan betul. Namun, penggunaannya perlu disertai dengan kesedaran berikut:

    • Ambil ubat mengikut dos yang disarankan
    • Elakkan makan painkiller sebagai rutin harian demi hilangkan sakit
    • Paling penting, dapatkan nasihat doktor jika sakit berpanjangan -RELEVAN
    Previous ArticleBagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    Next Article Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.