Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Katakan ‘tidak’ kepada anak-anak? Ibu bapa boleh cuba 5 cara ini

    Katakan ‘tidak’ kepada anak-anak? Ibu bapa boleh cuba 5 cara ini

    By January 15, 2024Updated:January 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DI usia yang masih kecil mereka tidak mengerti apa-apa dan yang anak-anak tahu adalah keseronokan.- Gambar hiasan/Bruna Saito/ Pexels

    BERGELAR ibu dan ayah adalah tugas berat yang mana bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makan dan pakaian tetapi merangkumi semua aspek kehidupan anak.

    Untuk membesar dan mendidik mereka juga bukan mudah kerana setiap anak mempunyai perangai serta ragam masing-masing.

    Lagi memeningkan kepala untuk mengatakan tidak kepada sesuatu perkara yang tidak baik untuk anak-anak dan juga kepada perkara yang anda mungkin tidak dapat memberinya.

    Di usia yang masih kecil mereka tidak mengerti apa-apa dan yang anak-anak tahu adalah keseronokan. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk mengatakan tidak.

    Berikut Relevan kongsikan lima tip untuk ibu bapa berkata ‘tidak’ kepada anak-anak dengan cara positif.

    1.     Beri jawapan yang jelas

    Memberi jawapan seperti mungkin (tidak pasti) akan membuat anak kecil anda terus merengek dan merayu sehingga kita terpaksa bersetuju dengan mereka.

    Apabila anda bermaksud tidak, jadikan jawapan anda muktamad. Katakan,  “tidak, anda tidak boleh melakukannya hari ini,” atau “tidak, kita tidak akan pergi ke sana,”.

    Bercakap dengan tegas dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa anda sangat bermaksudkannya.

    Jangan sesekali beri harapan palsu kepada anak-anak. Beri tempoh masa yang jelas untuk tunaikan hasrat mereka

    1. Beri penjelasan ringkas

    Ibu bapa perlu terangkan secara ringkas sebab anda mengatakan tidak dan menolak permintaan anak-anak.

    Contohnya, “anda tidak boleh melompat ke dalam kolam tanpa memakai jaket keselamatan,”. Tanpa penjelasan akan membuatkan anak anda berfikir bahawa ibu atau bapa mereka jahat dan terlalu mengawal ketat.

    Sebaliknya katakan, “anda tidak boleh melompat ke dalam kolam tanpa memakai jaket kerana anda bukan perenang yang cukup kuat untuk berenang ke hujung kolam tanpa memakainya,”. 

    Apabila anak anda memahami sebab di sebalik jawapan anda, dia akan memahami bahaya itu dan sentiasa berwaspada pada masa hadapan.

    1. Tangani emosi anda dengan cara yang sihat

    Walaupun sesetengah ibu bapa mungkin tidak suka mengatakan tidak kepada anak-anak kerana tidak mahu menjadi jahat di mata mereka dan pada masa sama tidak mahu mengecewakan anak-anak.

    Tetapi adalah penting untuk melihat perasaan anda ketika anda berkata tidak supaya anda boleh menangani perasaan itu dengan cara yang sihat dan produktif.

    Ingatkan diri anda bahawa tidak mengapa anak anda mengalami emosi yang tidak selesa seperti kesedihan dan kekecewaan. Malah, mengatakan tidak kepada permintaan anak anda memberinya peluang untuk berlatih menangani perasaannya dengan cara yang sesuai dari segi sosial.

    1. Pastikan anda kerap berkata ‘Ya’

    Mengatakan tidak kepada semua permintaan anak boleh membahayakan. Kanak-kanak memerlukan peluang untuk meneroka tempat yang berbeza dan mencuba perkara baharu. 

    Oleh itu, penting untuk anda memberikan kebenaran kepada anak anda untuk melakukan perkara yang baik untuk perkembangan fizikal dan mentalnya.

    Apabila anda mendapati banyak berkata tidak, tanya diri anda mengapa? Adakah anda terlalu letih? Adakah anda bimbang akan membawa mudarat atau anda risau anak-anak akan membuat kekacauan?

    Walaupun tidak mengapa untuk mengatakan tidak kadang-kadang, tetapi jangan menjadi terlalu ketat sehingga anak-anak berasa tidak bebas.

    1. Hormat privasi anak

    Ingat, walaupun anak-anak masih kecil tetapi jaga air muka mereka. Jangan marah atau malukan mereka di khalayak ramai.

    Sebaliknya, bawa dia ke satu tempat tertutup dan bercakap dengan tenang. Beritahu mengapa anda berkata tidak. 

    Anak anda akan memberontak dan menaruh dendam jika anda memarahi mereka di tempat orang ramai. Ingat ibu bapa adalah role model dan mereka akan melakukan hal yang serupa kelak.

    – RELEVAN

    anak-anak featured pendidikan tidak
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.